Wednesday, November 23, 2016

tepu.

aku nekad nak berhenti kerja, dan nak carik kerja lain. or carik kerja lain, dan kemudian berhenti kerja. so stressful kerja dalam environment yang tak sihat ni.

belajar entah ke mana, kerja yang konon aku dok commit sangat tu sekarang makan diri. Allah, ampunkan aku kalau selama ni aku buat kerja tak ikhlas. i love my job, but i don't love my colleagues. i despise them. terlalu bermuka-muka, kuat mengata mengumpat, mengadu domba dan suka melihat kejatuhan orang. buat peraturan as if we are all perfect. terlalu mengikut peraturan (kononnya) sampai hilang budi bicara. aku tak sempurna, aku banyak dosa, tapi aku tetap tak suka diorang hahaha.

jangan kau buat silap hatta sebesar kuman kat sini. siaplah. i am so depressed, dan tak ada tempat atau ruang atau sesiapa untuk aku buat aduan. pernah cuba nak tukar bahagian, things went ugly and lets say i was hurt twice as bad by those people. sampai sekarang aku menanggung beban; dilabel tak buat kerja, siap hantar spy bagai. come on, takkan aku sebodoh itu untuk tak kenal dosa pahala. aku tak makan gaji buta, okay. just because i don't comply to your stupid rules doesn't mean i didn't do my fucking job. 

dalam keadaan ekonomi buruk ni, changing job is never advisable. but what else i can do? makan hati? nak tengok muka diorang pun tak ada hati weh. hari-hari doa dalam hati, janganlah aku begitu busuk hati mendoakan bila depa ni nak mampus hahaha. dahlah, mungkin aku yang patut angkat kaki. mungkin lama dah aku patut angkat kaki, tapi aku dah terlalu selesa, dan takut sangat sebab terbeban dengan komitmen kewangan. 

sekarang pun masih terbeban jugak hahahahah. but i don't care dah kot. nantilah aku plan baik-baik pasal ni. i am so nervous, scared yet aku dah tak boleh kerja kat situ. buntunya haih.

semalam ali kurang sihat. demam. dan harini kereta rosak. dan kerana aku tak cukup tidur, aku migrain. aku nak tukar kereta baru sebab satu kereta dah habis bayar, apply loan tetiba sangkut sebab ptptn hahahaha. berhuhu lah kita membayar selepas ni. but good things are coming next year. moga Allah mudahkan semuanya.

ye, aku nak berhenti kerja yet aku beli kereta baru tambah komitmen bulanan hahahaha. life is crazy. and i am crazy. aku still tak pindah rumah sebab takde bajet nak buat gate and grill hahahahahahahah gilo la mahal nak mampus all those things. and urusan masukkan air masih tergendala. air sangat penting, we can't live without it so yeah, aku rasa hujung tahun kot pindah. no rush sebab rumah baru we don't pay anything pun. cuma macam sedap sikitlah kalau rumah sekarang duduk ni dapat disewakan. dapatlah extra money every month. 

talking about that, harga sewa mak aih mahal betoi. my house ni nilai sewa sekali ganda bayaran bulanan. memang rezeki sangat dapat beli rumah bawah market price, and ketika tu memang market price tak mahal pun hahahaa. so walaupun lawyer lembabun sampai sekarang tak settle isu cukai aku ni, aku redha mengenangkan how cheap i bought the house. i'm thinking of refinancing my house ni. ada sesapa boleh bantu? aku tak faham konsep hahaha. untung ke rugi kalau refinance? can we change bank? i mean now rumah ni cimb yang finance. kot ada housing loan yang offer better interest rate ke, can i switch to other bank? any banking officer or you friend who can help me?

i really need help on refinancing matter. so kalau sesapa boleh tolong, aku sangat berterima kasih. kerana anda, rumah aku mungkin berpagar hahaha.

2 comments:

  1. bab jual beli rumah aku tak tahu nak advice.. tak dapat tolong.. sebab aku dah tua2 ni pun tak beli rumah lagi.. harapkan suami je beli sebijik.. itu pun dengan loan gomen.. senang sikit proses nya kot.. entah la..

    apapun, aku doakan apa jua yang kau rancang berjalan lancar dan Allah permudahkan semuanya.. be strong ok..! InsyaAllah ada peluang lebih baik di luar sana..

    :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu beb.. but for now aku masih mereput di tempat sama hahahah.

      Delete