dah almost two weeks tahun baru berlangsung. sebelum ni acah-acah takde azam baru, tapi diam-diam nak buat itu ini, bukankah itu juga dipanggil azam? maka akulah acik propa itu hahaha. memang selalu propa pun. konon minggu ni nak fokus marking assignments berlambak-lambak, but here i am merepek di ruang pojok aku yang entah dibaca atau tidak sebenarnya hahaha.
beberapa tahun lepas, aku memasang nekad untuk lebih istiqamah menutup aurat. masa tu aku ingat, aku masih belum berkahwin. tapi kakak aku sudah. tapi aku masih lagi tidak bertudung bila abang ipar ada. hampeh kan? kerja je dekat institusi islam tapi bab tu masih lembab bak siput babi hahaha gelak nervous. tapi pelan-pelan pasang niat untuk bertudung penuh. tapi tapi tapi, tetap jugak aku berlengan pendek. hampeh sekali lagi.
kemudian selepas beberapa menjak berkahwin, aku berjinak-jinak berlengan panjang bila keluar rumah. ye, akulah manusia yang konon-konon panas bila lengan ditutup penuh. haih, aku cuma manusia biasa. juga gelaran acik peluh itu bukanlah omongan kosong. no kidding, aku kalau berpeluh boleh banjir rasanya haha. tapi aku kuatkan jugak hati, nak jugak berlengan panjang. student berniqab, bertutup litup - ok je aku tengok tak pula mereka lemas dalam peluh sendiri ekekekee. maka aku teruskan jugak hijrah walaupun seciput seperti langkah siput babi.
dan kemudian aku cuba berubah cara pemakaian di tempat kerja. well, membantu jugak sebab sini kalau kau pakai sendat ke jarang ke kau adalah seketul alien hahaha. daripada baju kurung, sekarang berjubah. nak pulak dah ada anak, senang lagi jubah nursing ni hahaha. baju kurung leceh nak selak-singkap bagai tu. daripada tudung bawal, sekarang dah pakai instant shawl yang besor menutup dada, perut dan lengan. kalau dulu tudung gaya gedoboih macam ni hanya ke tempat kerja, sekarang aku jadikan tudung harian jugak. bolehlah tu, pelan-pelan kayuh. cuma tulah, pakaian santai aku masih lagi berseluar jeans. tapi baju memang besar-besar tutup pungkoq la. aku harap pelan-pelan bab seluar ni ada improvement jugak hihih.
tahun ni aku habaq kat laki, aku nak berlengan panjang juga walaupun hanya di rumah. maksud aku bila ada kehadiran abang-abang ipaq la. so niat simple aku ni membawak kepada aku pi beli stokin tangan. and now dah dua hari aku dok pakai mai keja, nak tengok ok ke dak panas ke dak ewah banyak plak cekadak hang nak berubah ke tanak ni? huhuhu.
aku tamau banyak, aku cuma nak Allah terus-terus bagi rahmat dan kasih sayang Dia supaya aku boleh berubah, dan istiqamah. semoga Allah terus-terus bagi ruang dan umur nak jadi elok sikit berbanding sebelum ni hewhewhew.
kalau boleh, toksahlah jadi acik propa sampai mati ye dak? hahah gelak nervous sekali lagi. heww~
im reading. And yes, dalam phase yang sama untuk berubah. in my case, nak tutup kaki (pakai socks). =)
ReplyDeleteaminnn.. insyaAllah we can do it! semangat! semangat! hehehe
Deleteaminnn... insyaAllah hihi.
ReplyDelete