Wednesday, May 24, 2017

tenggelam timbul

hollaaaa pipol. 

just nak habaq, aku dah pindah hahahaha. tu yang sibuk gilaaa. eh memanjangla sibuk aku ni poyo betoi macam aku sorang jela busy ahahah. macam biasa, lagi seminggu nak pindah baru start packing. memang tak cukup tangan aku buat kerja hahaha. nasib ada adik tolong, and student provide kotak berlambak-lambak. senang keja iols haha. ni kira okay niiii seminggu sebelum. last time pindah, esok nak angkat barang harini baru aku packing hahaha. end up segala sampah sarap aku hangkut semua takdan nak sort buang apa patut sebab semua campak masuk kotak, plastik sampah etc.

but this time, i've learnt the lesson so banyak gila barang aku buang hahaha. and since rumah sekarang nak sewakan, aku tinggal banyak jugak barang-barang hewhewhew. last time aku jual mana perabot yang aku tanak, dapatlah buat duit poket pi joli kat ikea kahkahkah.

rumah baru ni pun masih comel size nya. tak banyak barang sangat sebab aku memang suka konsep minimalis. dinding masih kosong. pelan-pelan kayuhla kemas cuma sesak nafas aku nervous pikir nak posa, pastu nak raya haruslah rumah berseri-seri noksss. cuma yang bestnya, posa ni students cuti so aku rileks sikitlah tayah memekak-mekak mengajar tekak kering bagai. cadang macam-macam nak tingkatkan level iman, tu pun bikin nebes jugak hahaha. setan kena ikat, tapi aku ni pun bleh tahan gak perangai setan huhuhu.

rumah baru jarak jauh daripada tempat kerja. jauhlah sebab dulu 3km je kah3. bontot pun takdan panas lagi duduk dalam keta. skang sejam jugaklah campur dengan hantar anak ke rumah pengasuh. dari segi cost tak boleh nak calculate lagi sebab baru beberapa hari. tapi balik keja dreadful jugak la sebab dulu sat je dah sampai hahahaha. ni campur jem penat otak penat badan pindah lagi, memang terasa jarak tu. nanti biasalah kot ek. orang lain keja lagi jauh kecoh je aku ni hahahahaha.

sekarang lunch time taleh balik tido dah. so now.. aku kena setup tempat tido kat bawah meja kot ni hahaha over. oklah, nak start marking. selamat berposa uolsss! semoga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. muahhh!

2 comments:

  1. Selamat menjalani ibadah berpuasa di rumah baru.. ehemm..!
    hehehehheee.. :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiinnn. teruknyaaa lahai raya dah nak habis aku baru nak reply. sorry beb!

      Delete