Wednesday, April 12, 2017

12 april 2016 - 12 april 2017

ke hadapan anak mak, muhammad ali.

masa ali belum lahir, mak berkira-kira nak letak nama al-haq untuk ali. supaya bila omputih sebut tu ala-ala hulk la haha. tapi akhirnya, mengambil kira pelbagai faktor mak dan ayah decided nama muhammad ali lebih sesuai. sesuai dengan semangat ali untuk meneruskan hidup.

to be honest, kehadiran ali tak dirancang pun. mak dan ayah selalu rasa tak bersedia nak pikul tanggungjawab. pengecut. susah hati memikirkan amanah yang sangat berat. tapi, Allah is the best planner of all. hadirnya ali, bersama dengan ujian dan nikmat. mak seronok sangat setahun bersama ali. semoga Allah murahkan rezeki kita untuk bersama selama yang boleh, ali. mak tak puas lagi tengok ali, nak gomol-gomol ali.

though your birth date is 12 april, tapi ali baby tak cukup bulan. ikut kiraan umur sebenar ali baru 10 bulan 3 minggu. ali beruntung, dapat celebrate dua kali setahun. alasan untuk mak shopping hadiah untuk ali haha. ali dah mula bertatih, walaupun ali tak merangkak. ali cuma menyusur je macam komando hahaha. habis rosak baju ali, tapi mak tak kisah sebab tu pun alasan jugak nak shopping haha. 

alhamdulillah, despite episod suka duka lidah ali, we did it jugak ali. setahun ali minum susu mak. alhamdulillah Allah cukupkan untuk ali. mak doakan Allah cukupkan sampai ali dua tahun, ye. kelahiran ali pramatang, mak cuma boleh mengharapkan susu mak cukup untuk bantu immune system ali, selain minta pada Allah untuk lindungi ali, of course. 

ali suka makan. sebab tu badan ali bam bam. masa ali lahir, ali kecik kurus je. kaki kering macam ranting hahaha. mata besar tak balance dengan muka kecik. sekarang badan ali semangat. lenguh-lenguh tangan mak dukung ali. ali panjang akal. mulut tak banyak, tapi pantang lepa siaplah merata ali pergi. main sorang-sorang pun layan. 

ali dah pandai tunjuk perasaan, but it's good sebab anak mak dah mula ada character and personality. jadilah orang yang baik, insan yang soleh, ali. jadilah orang yang menyenangkan orang lain.



perjuangan ali masih jauh. mak akan cuba bantu ali, ye. esok kita ada routine check up di pusat kesihatan, minggu depan di sungai buloh berikutan tongue tie ali. bulan 7 kita ada fisio. satu demi satu. mak doakan ali kuat semangat, dan jangan mudah mengalah. Allah menguji kita hanya semampu kita, Ali. mak dan ayah akan sentiasa ada dengan ali, insyaAllah.

banyak mak nak tulis lagi, tapi takpelah biar Allah je yang tau. macam poyo plak nak detail kat sini kahkahkah. mak sayang ali!

2 comments:

  1. Happy Birthday Muhammad Ali.
    Semoga terus membesar jadi anak yang soleh, sihat, ceria dan berjasa kepada agama dan ibu bapa ye.. :)

    ...

    ReplyDelete