Thursday, October 11, 2018

having a new baby.

nope, not pregnant that's for sure hahaha. but was considering jugak nak tambah anak then bila anak emo guling-guling kat lantai freak out takut terus kah kah kah. those yang pernah baca apa aku tulis mungkin ada pernah baca pasal aku seorang yang takut komitmen haha. nak kawen pun makan tahun lama gila sampai mak aku ugut suruh kawen baru terima miahahaha. entah, rasa terlalu selesa being alone sampai takde rasa nak settle down. bukan tak laku ye, sorry sikit. makcik onion kat kampung selalu label aku anak dara tak laku tapi tolong ye, aku je tak expose boifren kat chuolsss sebab malas nak kena desak-desak kawen giteww hihi.

truth is, we planned for kids. i mean, my son was accidentally conceived. cemana nak cakap ek? like kau ok je kalau ada anak, but that's ok i will take my own sweet time. ada, adalah. takde, enjoy jelah hahaha. dah 2+ lebih kawen tak bunting-bunting, memang macam-macam orang cakap tapi ntah kitorang rilek je hahaha surprisingly sangat tenang, takdak rasa nak pi check ka apa ka hihi. perasaan nak ada anak tu sekejap rasa nak, pastu ketakutan terus kensel. tapi Allah dah kata kun fa ya kun.. makanya app disalahkan sebab patutnya tak pregnant kalau ikut app tapi terpregnant juga. paham dak hahaha. sebab tu masa disahkan aku pregnant tu aku macam blur blur jugak. macam takut as if tak kawen lagi plak freak out dia tu weh. serius dua-dua macam hare terdiam terkejut pastu dengan takde duit korek-korek apa ada dalam akaun nak beli upt kit yang mahal tu lepas tu untuk tengok wayang sekali kah kah kah. balik tu diam-diam test dalam toilet.. tatau apa nak rasa. hahaha omg sangat perangai kau kan? sampai hati patutnya lompat-lompat jerit-jerit nangis-nangis la dah kau pi buat hubungan intim tanpa perlindungan sapa suruh hahahaha.

esok anak iols dah 2 tahun 6 bulan (fuuhh how time flies and i am getting older) adalah few times terasa rindu nak ada baby. terasa rindu nak rasa perut keras-keras bergelombang ecewah. tapi bila memikirkan komplikasi masa lepas, lepas tu anak yang manja perlukan perhatian semua, kerja dengan tengah sambung belajar rasa tak ready pulak. eh tapi kau manusia, mana kau tau kerja tuhan haha. so sebenarnya kalau lekat pun aku ok je. macam biasa adapt lah dah ada ye dak? kena la bersyukur cara mana pun. kalau tanya laki aku manjang tak ready tapi bab hubungan intim tu tak pernah lagi cakap tak ready kahkahkah.

tapi yelah, besarkan anak ni tak senanglah. kos, masa, tenaga. aku ni konon berangan nak anak tiga. acah haritu lepas beranak insaf sekejap mungkin hanya satu sahaja. tapi bila tengok anak bijak (kof kof kof mampuslah angkat bakul), rasa eh sayangnya baka elok disia-siakan hahahaha. pastu bila geram bengang dengan laki makan elok je aku ni bersepah bersepai sana sini terus rasa eh aku single parent ke apa hahaha. hakikatnya anak aku prefer mak dia lebih dari segala-galanya okayhhhh sampai nak buat apa pun ada panda kat kaki. dah besar ni sekali sekala je dia gayut kat kaki aku. tapi tetapppp tak boleh hilang dari pandangan mata. kompem carik 'ane maqqqqq' hahahaha. sanggup dia angkut semua hazabedah toys bawak duduk sebelah aku walaupun aku tengah membasuh pinggan eh please eh kau dah besar esok kau lebihkan gf jaga kauuuu aku sindir cukup-cukup eh mak emo ke hahaha.

sejak lagi pandai cakap ni menjadi-jadi hiburan aku memang tak sunyilah. ya Allah, harap betullah didikan aku ni ya Allah. biarlah dia jadi orang beriman, orang baik berbudi pekerti. tak kaya takpelah, janji disenangi dan dipermudahkan. tapi kaya tu bonus la boleh pi bercuti selalu hahahaha amiiiinn.

hampa doa la nohhhh apa yang terbaik. kalau tanya kami... nope, not now. tapi rindu baby ni. acane ni hahah gedik kan? lempang kang hahaha.

1 comment:

  1. Beb, happy is subjective, and usually people would share what they want the world to know hahaha. but itulah when you surround urself with good vibes, selalunya boleh berjangkit. aku doakan kau gembira selalu weh. focus on the good, dismiss the bad after you have learnt couple of lessons giteww madah pepagi ni hahahaha. hope all is well! :)

    ReplyDelete