Tuesday, November 24, 2015

cyst and infertility.

alhamdulillah, my surgery went well. thank you for all your kind wishes. minggu ni aku dah masuk kerja. mc cuma seminggu, but alhamdulillah luka semua kering bercantum elok. since it was laparoscopic surgery, luka ciput je pun.. ala-ala luka kena pisau sikit saje.

that type of surgery itself is less risky, cuma in my condition, the risk is more. disebabkan berkemungkinan ada komplikasi, kitorang laki bini decide kabor ke orang operate remove cyst jela, nothing else. starting from that point, semua orang dok ingat aku ni ada masalah kesuburan, therefore dah dua tahun kahwin masih tak membunting. what people didn't know is, kami memang plan secara alami hahaha. memang we plan to start having kids not that early. i know, ramai yang kata tak baik merancang, nak-nak kalau anak sulung. tapi bukankah Allah itu sebaik-baik penentu kejadian? kita hanya merancang, Allah yang menentukan? kami merancang lain, Allah bagi lain. ha apo nak dikato? aku memang dah mula ada perasaan nak ada baby starting this year, tapi macam takut-takut lagi. aku dok la doa pada Allah, berilah bila Kau rasa aku bersedia, kami bersedia. kalau ikut kami ni memang berdua sampai hujung hayat la sebab penakut nak mampus laki bini haha. memang serah kat Allah bulat-bulat, tapi dalam masa yang sama takut tamau lagi ha kau rasa cemana bipolar tak laki bini? haha.

yang wanita-wanita, beria suruh aku makan supplement bagi subur, pergi mengurut untuk betulkan peranakan, urut untuk bagi subur. yang para lelaki pulak, suruh laki aku makan jamu la vitamin la apa la bagi senang lekat. hahaha sian laki aku terkulat-kulat. and what they didn't know is, aku dah pregnant pun masa aku discovered aku ada cyst! dua benda yang buat aku tanjat, pertamanya - aku pregnant hahaha, pastu masa nak bukak buku pink kat klinik kesihatan, masa tulah aku discover aku ada cyst ngok ngek tu. 

kitorang memang sangat berjaga-jaga nak bitau orang aku dah membunting, pertama sebab ni first pregnancy and with what we had gone through dengan kakak aku, kami memang sangat berhati-hati, memang decide nak simpan sampai perut aku terbonjol tak boleh sorok. orang akan kata, kenapa nak macam tu pulak, we should be happy la apa la. tapi kami pun ada alasan kami sendiri. suka duka keluarga yang susah orang nak faham paranoid tu macam mana. explain pun tak guna sebab orang pun ada pandangan masing-masing, so kita hormati jela kehendak masing-masing okayh? hehehe. 

sebab kedua kenapa kami macam hesitate tamau kabor ke orang yet sebab surgery ni ada risiko keguguran. keguguran bukan kerana surgery sahaja, tapi risiko ubat bius, risiko gas yang dimasukkan untuk kembungkan abdomen etc boleh menyebabkan fetal distress. tapi alhamdulillah, anak aku memang fighter, macam-macam dah aku lalui tapi Allah masih panjangkan umur dia untuk aku merasa perasaan perut membesar tidur tak lena susah hati semuala hahaha sebab dia selamat for now. masih bebas berjoget-joget dalam perut aku. duduklah kau kat situ anak oi.. dok main elok-elok sampai masa selayaknya kau keluar nanti.

berbalik kepada cerita pasal ketidaksuburan. yes, memang cyst boleh jadi punca masalah susah nak pregnant, but in my case it wasn't. kitorang tak marah orang dok pikir kitorang tak subur, kitorang laki bini tergelak-gelak berdua bila people keep on shoving ideas and opinions about our inability to conceive. kitorang tak salahkan diorang pun sebab they didn't know aku pregnant, how i discovered my cyst etc. so sekarang laki aku dah bolehlah nak jawab yang aku dah pregnant, kami takde masalah, alhamdulillah.

so begitulah masyarakat kita. begitu mudah buat telahan ada cyst sahaja, haa tak subur la tuu patutlaa lama sangat kahwin takde pape lagi. sabor jela aku hahaha. tapi yang mereka tak tahu, setiap wanita ada cyst, it's normal. cumanya samada cyst tu mengganggu atau tidak, bahaya atau tidak, kita sendiri kena pastikan dengan doktor. aku bersyukur sebab Allah atur semuanya cantik je untuk aku. baby ni satu hikmah. walaupun kami tanjat teramat (nanti aku cerita la kenapa baby ni ajaib sikit hahah), tapi kalau bukan kerana anak aku ni, aku takkan tahu aku ada cyst yang perlu dibuang.

sebab tu masa nak operate, memang aku sedih bila dimaklumkan ada risiko i might lose the baby. tapi aku redha sebab dialah hikmah yang Allah nak bagi. dan sakit buang cyst ni cuma sikit je daripada perasaan risau bila dah jadi mak nanti. Allah nak bagi aku merasa, susahnya jadi mak hahahahah. mama, anakmu insaf sebab asyik melawan hahaha. i love you, mama. 

aku nak pergi kelas. nanti aku cerita pasal laparoscopic surgery during pregnancy. melilau aku carik info susah sangat nak dapat. kot kalau ada orang jumpa blog aku boleh la diorang dapat idea and some comfort kot. i know how it feels. been there, done that hehehe.

btw, terima kasih korang sebab doakan yang baik-baik. kalau tak keberatan, doalah jugak untuk kesejahteraan aku dan baby fighter ni ye. mucho gracias! :)

Wednesday, November 4, 2015

why make things harder?

sometimes i just don't get it. why certain people love to make things complicated? were they born that way or what?

i'm leaving for a surgery next week. i just found out i have a huge dermoid cyst on the left. 5cm x 7cm. if it is not removed, it will be more risky. so somehow i have to get rid of it. i didn't plan for this, you know. never. i thought i was just fat, my belly is huge. rupanya ada cyst. apalah agaknya plan Allah untuk kami ni.

dahla serabut sebab tiba-tiba jadi macam ni. dengan all the risks we have to face. and my bos is making it harder pulak. macam-macam hal. sesungguhnya Allah tu tak zalim. aku je kena cari hikmah apesal dapat bos cam najis ni hahahaha. entahla. maybe aku yang lelebih. tapi seriusssssss. kalau takda agama ni, rasanya makan santau dah dia ni hahaha. ramai gila haters kot dia ni. kesian.

aku doakan dia dapatlah ketenangan yang dicari dengan menzalimi orang lain tu. harap tenanglah dikau ye.

Thursday, October 22, 2015

special kids, super parents, great families.

health is a blessing, and freaking expensive. i never thought i could be this sick and weak. one day i thought i managed to beat it, next day it came double in pain. besarnya pahala jika mampu bersabar tapi kadang hilang sabar jugak menangis-nangis sampai tertidur hahaha so childish.

enough with my health, let's talk about the title. i have been reading tina's blog, so i have been following maqil's progress. tak pernah komen sebab rasa macam nak cakap panjang, tapi inappropriate sebab dekat blog orang kau dah kenapa nak membebel hahaha. but i can't stop thinking of how blessed this child is, just like the other special kids i have met since i work here. 

this is my sixth year teaching here. i can see the trend, that nowadays more special kids start to come to our institution to study. dulu, kita selalu rasa bimbang apalah nak jadi dengan anak-anak istimewa ni kan? macam risaunya siapa nak jaga diorang, how are they going to survive etc. tapi recent years, the awareness of these kids' well-being has increased, walaupun masih jauh nak dibandingkan dengan negara-negara barat, at least we could see progress. 

and it has made me realize, these kids are special bukan sebab diorang ni kekurangan akal or perhaps their development are slower or lesser than the normal ones; but these kids are special because they are gifted, their conscience are better than us, their humanity is beyond our imagination. they are blessed with 'things' we are either lacking or not even exist at all. perhaps you could say what i've seen is only minimal, and diorang pun dah besar so things are different, but the early intervention or family's effort cannot be denied.

these kids are blessed to have great parents, great siblings and a great family. and we are grateful to have these parents and families to care for them. there is a story of a boy who is autistic. we adore him, because he was different. at first, we were scared because we didn't have much exposure on handling special kids. takut kalau salah handling ke cemana kan. within few weeks being here, we learnt a lot about him, and we were sad when he had to leave because the system can't fit him here.

this boy loves malaysia, he knows history more than us the normal people do. he loves going to the mosque to pray, never miss solat berjemaah. disayangi kawan-kawan kerana baik hati, dan orangnya pandai bergaul, berjenaka. bila bercerita tentang keluarga, memang  dia sangat disayangi adik beradik kerana dia istimewa. mak, ayah, abang kakak sedia datang bila-bila masa untuk bantu dia di sini, sentiasa memberikan kerjasama bila perlu. they treat him macam orang lain, and will give more when needed. aku sendiri rasa cemburu mengetahui betapa dia disayangi. betapa Allah itu maha Adil; hakikatnya dia tak kurang apa-apa.

he came back to visit us, and he cried when we asked how was he doing there. at the new place. he wasn't happy. we were not happy to know that. when we asked why were you unhappy, he said his friends didn't pray, they smoked, and they didn't recite al-quran. he missed being here. nak solat jemaah, nak ke masjid dengan kawan-kawan. nak cakap apa lagi? aku pun insaf sebab aku pun solat kat rumah je. masjid pun malas pergi, jujur ni habaq huhu. 

this kid berjaya buka mata aku, buat aku insaf. sebab despite what we thought dia serba kekurangan, dia sebenarnya lebih dekat dengan Allah. walaupun hakikatnya status dia istimewa di sisi Allah, he never fails untuk berbakti lebih lagi. kita? kita ni solat pun lambat. dia cukup time je dah siap berwudhuk. 

these kids are special bukan sebab mereka kurang itu ini, tapi mereka ni special sebab mengingatkan kita bahawa Allah tu maha kuasa, maha adil, maha sempurna. kita adalah sebaik-baik kejadian. they are special sebab diorang mampu mengubah hati manusia dengan menjadi diri mereka sendiri. semoga Allah melindungi anak-anak ini, dan memberi kita lebih peluang untuk menjadi lebih baik melalui anak-anak ini.

tina, if you are reading this - you and your husband are amazing. maqil is a gift that many people would envy you for having this opportunity membesarkan anak syurga. it's gonna be tough, it's gonna be hard but Allah is with you, always. 

to those yang mempunyai anak-anak istimewa, jangan berhenti berdoa, jangan berhenti berusaha sebab Allah suka kita usaha kuat-kuat, taat, bergantung dan berserah pada Dia. kerana anak-anak kalian, we are working on things that can help them here, so doakan kami berjaya. we want them to get what they deserve, so we are planning things for them. semoga usaha kita dalam membantu dan mendidik mereka dibantu dan dipermudahkan, insyaAllah.

walaupun hakikatnya, diorang yang sebenar-benarnya mendidik kita lebih lagi. terima kasih, korang sebab bagi kami peluang getting to know your kids. :)

p/s: sebenarnya, seeloknya kena cakap terima kasih jugak pada semua parents yang mendidik anak sebaik mungkin, anak-anak yang akhlak sungguh terpuji. sejuk hati dan mata kami tengok anak korang kat sini. semoga syurga milik korang, sebab susah payah berjihad membesarkan dan mendidik amanah Allah. terima kasih, korang sebab mudahkan kerja kami. :)

Wednesday, September 23, 2015

jangan macam-macam laa wehh.

finally, after few busy weeks, today macam rileks sikit. ada je kerja, tapi bolehlah lagi cari masa membebel kat sini haha. ada beberapa perkara nak cerita, so i'll do it in numbers la. senang nak baca hohoho.

1. at my workplace, program mentoring ni wajib. kalau kau tak turut serta aktiviti, nanti tak cukup markah lepas tu gagal. thank god this semester program mentoring cuma 3 kali berbanding sebelumnya 6 kali kena jumpa dalam masa 12 minggu gila ke hapa macam aku takde kerja lain hahaha. so kalau ikut perancangan, 19/9 aku nak buat aktiviti pertandingan memasaklah konon. sekali minggu tu jerebu teruk, maka aku batalkan program sabtu, aku buat perjumpaan on friday instead. tapi ada student tak datang, and hari ni baru tunjuk muka selepas mendapat tahu dia gagal. alasan demi alasan kau bagi eee gerammnya rasa nak pijak je hahaha. ada ke bagi alasan takde kredit, kawan tak inform, kelas padat tak sempat nak jumpa nak tanya. duhhh. since bulan ogos aku habaq last perjumpaan 19/9, tak ke kau pelik tetiba 23/9 datang jumpa bitau kau, saya tak dapat maklumat apa-apa pun puan buat aktiviti; kawan saya tak cakap apa-apa pun. baik kau datang tahun depan je tanya, 19/9 tahun gajah haritu ada mentoring tak hahaha. lepas tu nanges nak aje aku telungkup muka dia dengan kain telekung aku ni huarrrghhh. ni dah gagal baru nak datang jumpa, tahu pulak kau takut yerrrrr hahaha.

2. ada lagi satu kes kelakar, yang aku rasa macam tak masuk akal langsung. harini tarikh akhir untuk hantar borang permohonan tabung infaq. jumaat lepas aku dah collect borang untuk aku sahkan, and bagi ulasan as mentor. lepas tu aku pesan, siapa lagi yang nak hantar borang, hantar kat bilik saya nanti. minggu depan baru datang ambil. on monday, aku dah maklumkan dalam group boleh datang kutip semula borang, and semua dah datang ambik. tetiba petang semalam, aku dapat text, student tanya borang dia mana, dia datang bilik aku borang dia takde. seingat aku, memang aku takde terima pun borang dia tu, so aku tanya dia bila dia hantar. dia jawab, jumaat. okay. aku dah pelik sebab kalau jumaat kenapa aku tak dapat. memang dia ada text aku jumaat petang, tanya pukul berapa last hantar borang, and i said at 5 p.m. so bila takde borang dia, aku assume dia tak berminat nak memohon la kot. aku tanya balik, you hantar kat mana? kau tau apa dia jawab? dia hantar kat kelas kosong wehhhhh. kelas kosong! bukan bilik akuuuuu. ya rabbbb. tak terjangkau akal - punyalah tak logik kau boleh hantar borang kat kelas yang tak ada orang, kau letak atas meja what the fishhhh hahahahaha aku terbahak-bahak gelak pikir aiyoooo apesal laaaaaa kau ni badigol sangat hahahaha. dia kata kawan dia cakap hantar situ. nak je aku tanya kawan kau tu memang nak pedajal kau ke cemana ek hahahaha. of course la lepas tu pergi cari balik, borang tu dah takde. mesti acik cleaner dah buang sebab dia ingat sampah huuhuhu. sorry la dik non, hakak tak mampu nak tolong hihihi.

3. student ni, bab belajar, bab buat esemen semua kalau boleh nak hantar lambat. tapi bab carrymark kemain kau kannnn semua nak laju je. kengkonon nak target untuk exam. seingat aku masa belajar dulu, sekali je aku tau carrymark aku. tu pun ciput gila siap lecturer cakap u will probably fail my subject terus aku menangis-nangis cam orang gila nak berhenti belajar terus bahahahaha. lepas tu, sumpah aku tanak tau langsung berapa aku dapat hahaha sebab trauma. mampus laaa lecturer nak tampal ke tak ke, aku tanak tahu. students ni semalam hantar assignment, harini nak tau markah. kau ingat kerja aku memang marking paper kau je eh? dengan tulisan macam menulis pakai kaki, berair mata hakak ni nak baca tau. nak je hakak suruh kau makan kertas esemen kau ni, dik. dah macam rupa belacan aku tengok. dengan siap ada kesan sambal wehhhhh! ni nak tunjuk kau memang semangat buat kerja aku ke cemana ni hahaha.

ni contoh. hantar esemen, selak-selak, ada lalat. 
epic tak? hahahahaha.


cukuplah untuk hari ni. panjang plak aku tulis hahaha. nak pergi kelas. ye, aku masih ada kelas walaupun esok raya hohhhh. nanti rajin aku carik lagi benda-benda yang student buat aku terhibur heheheh.

p/s: cemana pun diorang ni, aku taklah benci ke hapa. aku cuma manusia biasa okayhhh. ada time rasa bengang, ada time rasa sayang. love-hate relationship gitewwww hahaha. selamat hari raya korang! 

Monday, September 21, 2015

Handful.

Banyaknya kerja. Rasa macam kalau boleh nak belah-belah badan ni bahagi sana sini huhu.

Pagi-pagi dah kena hadap bos merempan, gila sakit jiwa ke hapa. It's almost the end of september, yet she is still here. Kata nak blah, tapi awat dok ada lagi ni hahaha.

Nak raya tapi takde mood. Dok pikiaq nak cuti je ni. Gilalahhh sangapnyaaa bosan dah kerja haha. Lagi nak muntah kena marking beratus-ratus skrip jawapan. Bluerghhh.

Stress tengok tulisan student. Hishh.

Saturday, September 5, 2015

Being in the office on saturday.

It's no fun to work on weekends. But today is exceptional. In fact, i love coming to the office on weekends.

It's very quiet, i can focus more on my work without having to make small talks with colleagues or being interrupted by students coming to my room.

I don't have to teach; no class on weekends so no need to teach. I can just do my work unrelated to teaching. Telling you, there are lots of works to be done. I am in charge of selling the textbook (talking about calculating, againnnn), and i am in charge of department activities that also deal with money. Hahaha dahlah bengap maths, but end up aku jugak kena deal with the numbers.

And only today, i get to clean my workplace aka my working area aka table. Sepah gilaaa baq hang. Sampai cari dokumen pun tak jumpa lol i am super bad in doing filing stuff. Feels so good tengok meja lapang hahaha. All this while, cluttered with papers and i don't know what haha.

So i would say, i love working on weekends. I can have the time to myself, quietly and peacefully settling whatever needs to be settled.

But now tak quiet sangat, sebab aku bawak my baby tua aka my husband, so dia tengah main game on my laptop while i'm doing my work. Riuh menjerit-jerit terkejut aku hahahah.

Okaylah, time to do something else than work. Happy weekend, people!

Friday, September 4, 2015

bila kau bengap matematik.

selamat kembali diucapkan kepada diri sendiri. hikks. minggu lepas aku berpergian ke langkawi atas urusan kerja. tak seronok baq hangggg sebab bukan dapat bercuti pun huhu. asyik-asyik lawatan ke HIG bapak bosannnnn hahaha.

masa kat sana, aku kena food poisoning aku rasa. membuang keluar minyak kaler merah, kau rasa? aku punyalah panik kot aku dah kena sumpahan tanah mahsuri hahahaha. lepas tu baru teringat, aku makan tomyam sebelum tu, memanglah kaler merah hahaha. tapi apahal keluar minyak? gila ngeriiii. eh disgustingnya cerita hahaha.

banyak isu timbul sebelum aku ke sana. dalam waktu yang sama, aku ada satu lagi projek on-going. tapi sebab dah lama beli tiket flight, baru kompem projek ni, sorrylah memang tak dapeklah aku nak tolong. disebabkan aku ni bangsa bertanggungjawab, aku cubalah selesaikan tugas sebanyak dan sebaik mungkin. tapi apakan daya, niatku disalahertikan dan dipertikai lantas dituduh tidak menghormati unit lain. lepas tu mampus laaaa korang aku malas nak cakap banyak, aku pun fly lah ke langkawi.

masa kat sana, baru sibuk-sibuk nak contact aku etc. mintak aku buat itu ini sedangkan benda tu aku dah cuba nak selesaikan sebelum pergi tapi kau cakap aku macam-macam kan? lepas tu aku kat tempat orang, kau nak suruh aku buat macam-macam. nak aje aku antar santau hangen kat dia hahaha. aku memang tak respon la, sebab aku rasa inappropriate untuk dia mengarah aku sejauh itu sedangkan ketika aku di sini, kau tak bagi aku selesaikan kerja aku. so, mendapeklah kau kannn.

tapi kalau dah nama insan mulia (haktuihh), balik sini aku buat jugaklah kerja tu bagi selesai. tapi disebabkan buat dengan huru hara, sekarang ni aku dah terlebih belanja huaaaa nangisssssss. mujur lebih tak banyak, maka aku infaqkan lebihan tersebut, dengan niat - semoga apa yang kot aku terkurang bayar tu, Allah terima harta aku yang sedikit ni huhu. semuanya gara-gara aku salah sifir. 15 x 2, 30. tapi aku terkira 60. tu baru satu unit. aku tersalah dua unit. nangessss lagi disitu. kecik je amaun, tapi besar kesannya pada aku.

mungkin Allah nak hantar signal, lain kali jangan berlagak mementang kau pandai bahasa inggeris, jangan lupa matematik kau bodoh hahahahah.

ok, insaf. jom belajar mengira ye.