Saturday, August 20, 2011

tentang tradisi dan budaya. crap crap crappy crap crap.

masyarakat kita perlu lebih diingatkan tentang budi bahasa tak mengira umur dan pangkat. yang muda wajib menghormati yang lebih berusia, dan yang berusia juga tak sepatutnya tidak menghormati golongan muda.

ada sesetengah perkara tak perlu dijadikan topik perbualan sesama manusia walaupun sekadar mahu berbasa basi. contohnya tentang perkara-perkara sensitif seperti perihal pendapatan, bentuk badan dan rumahtangga. 

bila yang tua kononnya mesra dan cuba beramah tamah dengan anak saudara, tak perlulah nak buat lawak bangang tentang bentuk badan ataupun timbang berat beliau. siap ketawa-ketawa acah-acah lucu yang beliau terlebih serbuk penaik *mentang-mentang anak saudara berniaga cookies* ish tak sesuai ok. takkan kau expect beliau untuk turut bergelak ketawa juga? gila.

kadang-kadang si anak saudara buat-buat tak kisah sebab beliau malas nak tanya perihal rumahtangga anak kau yang dah diceraikan talak tiga dan anak kau yang tak tahu duduk letak koordinat geografinya. sementelah kau itu lebih berusia dan pangkat bapa saudara.

pendek kata, jagalah mulut tuh. tak guna tonggang tonggek solat mengaji tapi hubungan sesama manusia kau tak jaga. and please, respect is to be earned. it doesn't come along with you age.

orang kita, bila berjumpa selepas bersalam ayat paling cliche akan keluar daripada mulut adalah: "amboi berisi/besar/sihatnya kau sekarang" dengan nada perli dan diikuti gelak ketawa. bukan aku menyanjung budaya barat, tapi ada tak kau dengar mereka mulakan perbualan dengan "hey you look fat/ugly/sucks"? tak ada kot. they always start with a compliment on how great you look. fine, sekarang kau mungkin nak kata jujur itu lebih baik daripada bersikap hipokrit, kan?

but what is to lose pun if you say nice things, kan? i bet Rasulullah never said nasty things to his friends and families. kalau ye pun mahu menegur, bukan itu caranya. ah you all lebih islamik daripada i therefore you guys should know better.

seriously, this is sickening. sigh.

4 comments:

  1. ye btul..org melayu jujur x bertempat. kalau i duk oversea mesti org tegur i akan ckp.."wow..u look tougher than before!..no wonder it's hard to see u..u spend ur time at the gym.." *mungkin la cmtu*

    ReplyDelete
  2. ngeh3 berpuluh tahun i hidup never people compliment how radiant my skin is. rasanya banyak lagi benda lain yang boleh dijadikan topik perbualan. tak pun kalau dah tak tahu nak cakap apa, diam jelah. dalam islam pun dah kata bercakap banyak tu tak elok. kata islamik sangat heh.

    *tougher tuuuu... hahah mana2 muscle meh nak nyet2*

    ReplyDelete
  3. tu name die acah2 alim...kecuali nenek aku..sedare mare tmasuk mak aku x pernah tegur org sebut 'sehat' or gemut or ape2..akan dimulakan dgn tanya apa khabar adelah...

    ReplyDelete
  4. sebab nenek comel jadi tak boleh ah nak marah wuuuu..

    ReplyDelete