dugaan dalam hidup datang satu persatu. dengan masalah tempat kerja, masalah pengajian, masalah kewangan, masalah keluarga - semua serentak. macam nak pecah kepala kalau terus-terusan berfikir.
yang membuatkan aku kuat - suami. demi Allah, kebahagiaan dan kegembiraan suami aku utamakan. belajar untuk menjadikan itu yang terulung. tapi, dalam pada aku cuba mengubah diri menjadi lebih taat, satu persatu dugaan datang menguji. Allah. Allahuakbar.
kalau mengikut darah muda dahulukala, pasti robek mukanya aku siat. pasti anaknya aku tempiaskan. kalau muda. sekarang lebih berusia. maka lebih sabar. lebih mudah menahan amarah daripada melepaskan. nak marah, tapi dah penat. aku dah penat bermusuh. mahu berdamai. tapi kenapa masih ada yang memancing benci?
mana maruah? kenapa begitu murah? mana otak? kenapa begitu bodoh? lucu. lucu bila kau rasa terancam pada yang tak punya apa-apa. terancam sangat sebab kau lebih miskin. miskin harta, miskin budi, miskin adab, miskin kasih sayang.
serba serbi kurang, makanya dicuit-cuit orang lain bagi sama berkurangan. biar setanding. biar setaraf. tapi gagal. cemburu kerana orang lebih bahagia. lebih gembira. kenapa tak gembirakan diri sendiri dengan apa yang ada? kenapa membanding-banding rasa?
Allah masih sayangkan aku. yang diuji bukan kecil. moga ini buat peringatan. muhasabah diri. tengok mana yang koyak, mana yang tercarik.
tengok. jangan hanya tahu menunjuk.
No comments:
Post a Comment