Tuesday, November 18, 2014

anak yang dipinjamkan sebentar.

siapa sangka, dalam kita merasakan kita bijak mengatur hidup, kita sebenarnya bukan siapa-siapa. sekelip mata, kalau Allah kata bukan - bukanlah jawabnya. ya Allah, sesungguhnya kalau bukan kerana iman di dada, pasti kini aku tersungkur menyembah bumi dengan rasa yang paling palat.

tahukah kalian, aku kehilangan anak saudara semalam? eh mestilah tak tahu sebab ni baru aku nak habaq huhuhu. tapi sebelum aku ceritakan lebih lanjut, aku nak mulakan dengan cerita pasal kakak aku. aku jarang bercerita pasal keluarga - it's a subject i refuse or try to avoid, tapi this time aku terasa nak cerita kat sini. just as a living proof bahawa sejauh mana kita diuji, ketahuilah bahawasanya masih ada yang lebih hebat teruji. it is going to be a very, very long entry. 

kakak aku, my only sister i have. kakak yang memang tak pernah sebulu, garang yang amat hahaha. but one thing about my sister, dia sangat protective dengan adik-adik dia. biar dia bantai kami, takpe. tapi kalau ada orang cuit kami siaplahhhh memang you have just awoken a lioness la. tapi yelah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak adik beradik. adik beradik manalah yang tidak bercakaran, ye dak? hidup dia sentiasa teruji. ada masa, kerana kebodohan dia sendiri dalam membuat keputusan. ada masa, memang aku rasa dia menerima ujian yang maha hebat.

tahukah kalian, kakak aku ini ibarat robot? sebab begitu banyak kali dibedah. pernah satu ketika, kakak aku jatuh di waterfall. aku tak ingat sangat kronologi kejadian, yang aku ingat akibat itu kakak aku mengalami masalah lutut dan tulang belakang. tempurung lutut sentiasa lari-lari, sampai satu tahap kena bedah masukkan apatah aku tak ingat. tak cukup tu, slipped disc tu dah operate untuk correction. 

she got married in 2009. four years ago, tulang mula menghimpit saraf, dan kakak aku hilang upaya untuk berjalan. emergency surgery needed, 8 batang skru dimasukkan. she was paralysed dari pinggang ke bawah. took her years untuk berjalan semula dengan baik. masih, belum boleh mengandung kerana kakak aku diabetic. dan dia overweight. sanggup jadi tikus makmal universiti - buat gastric bypass sebab doktor kata boleh kurangkan masalah diabetic, dan memberikan dia harapan untuk mengandung. kakak aku separa mati, sebulan di hospital. i still remember it was ramadhan. devastated by my dad's lost - though it was already years ago, we were so scared of losing her. doctor said it was just 50-50 chances. but she made it, alhamdulillah. she gained back her health, and got pregnant much later. just few weeks, kemudian keguguran. sedih, but she was so strong, she continued life like nothing happened. 

and this year, she got pregnant again. and she was so happy, she did everything she could to protect the baby. cut it short, she delivered the baby by c-sect on 5 nov, 2014 - lepas dah kena induce 4 kali, still laluan tak terbuka. i asked her, why 4 times? why not after two je? why wait until 4? she said, kalau c-sect pun high risk, looking at her medical records. and dia nak cuba beranak normal, sebab although high risk for her, it was still lower than c-sect. Jawapan dia - aku sanggup mati, demi nak bagi suami aku zuriat. sanggup. they had been waiting for so long, and she said it is a gift for her husband. although the price could be her life. 

the baby was fine, and healthy. we were so happy to welcome him. yes, he was a boy. everyone was happy for my sister, her husband, and their baby. muhammad ammar rayyan, nama diberi. sihat walafiat, kuning sikit tapi tak serius. ditatang, disayang dengan sepenuh hati. cucu sulung keluarga kami. selepas 5 tahun kami tunggu.  tapi Allah maha mengetahui. 2.30 pagi semalam, i got a call from my younger brother saying baby rayyan was gone. anak kakak aku dah takde. i had just visited them on saturday - ini mimpi ke apa ni? allahuakbar. allahuakbar.

i was not there when it happened. there were only mom, youngest sister, kakak aku and her husband. and what i wrote here is merely what i got from my youngest sister. kakak aku datang ketuk pintu bilik adik aku, and my mom woke up to open the door - she only said one thing to my mom - anak kaklong... mom frantically went to their room, the baby was pale, and the nose bled. thinking of nothing - mom and sister's husband tried to do cpr - still no pulse, then frantically ran out to the car - after calling the ambulance was failed. so much thing to say about this, later. mom even forgot her headscarf because she was so panic. youngest sister stayed with kakak aku, to calm her down. but how can you calm a mother who was about to lose her child?

mom told me, abang ipar aku kept on wailing 'ya allah selamatkan anak aku, ya allahhhh', so many times she cried telling me this. he was so desperate when they arrived at the clinic - asking for help. mom cried 'tolong, tolong cucu makcik' and mom said, the staff and the doctor were not helpful. doctor said baby was gone 10 minutes ago - but couldn't tell the cause. so police were called. police came, and they wanted mother of the baby to testify.  her husband went back to take her with him. and there she was, badly shaking, and crying for what she had to hear.  i went to the clinic, because i had just arrived. i thought they were still questioned at the clinic, but they had to be brought to the police station because the cause of death was unidentified, that it was a sudden death. and they had to do post mortem on the baby, or else sijil kematian tak boleh dikeluarkan. klinik tak bagi aku balik sebab kena setelkan rm32 for what they claimed 'rawatan dan perubatan' though they actually did nothing. aku memang boleh bayar, but seriously? you did nothing kot. just angkat stethoscope to check the heartbeat and that cost me rm32? tapi aku malas nak cakap, aku diam je. doctor tu pulak menambah 'bukan saya yang nak cas, bos saya suruh'. ee ada gak aku tampar doktor ni kang. apa klinik ni takde CSR policy ke you demmitttttt.

kami menolak nak post mortem tapi it was the procedure. nak tanak kena mengalah. tapi sesungguhnya, Allah nak bantu kakak aku. akak aku ingat dia tertidur sambil menyusukan; that her baby died because of her clumsiness. she kept on apologizing, telling that she had disappointed her husband and his family. that she was a bad mother. if only she didn't fall asleep, it wouldn't happen to the baby. she blamed herself for her baby's passing. hasil keputusan post mortem kata bayi tidak lemas, mahupun tersedak susu. at least, she doesn't have to blame herself anymore. we are still waiting until now the lab report.

kakak aku, darah daging aku. luluh rasa tengok how helpless she was, hugging the no-longer-breathing baby tightly. it was my nephew. my first ever nephew he would be. beratnya dugaan yang kau beri pada kakak aku, ya Allah. aku tak minta banyak. for those who is reading this, aku mohon kalian doakan kakak aku diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik. i am not worried about the baby. he was sinless. he was already in heaven. mak aku juga sangat terkesan, because she is also a mother. 

second death in the family - yet we are not ready. kesakitannya bertambah. muhammad ammar rayyan, dikebumikan on top of my dad. dalam satu kubur yang sama. baby rayyan, is what we will always remember.

p/s: aku sepatutnya masuk kerja semalam, tapi kerana hal ini maka aku ambil emergency leave. my lady boss dah selamat pergi umrah - ada lagi satu lady boss suruh masuk kerja petang semalam. though i had told aku kematian anak saudara. how heartless more can you be? like seriously? ini bukan masalah nak persetankan ke tanak, ini memang setan nama dia. i could just pray you taste the death yourself, but that would make me as low as them. so, yeah - aku doakan kau mendapat keampunan dan hidayah. Allah maha adil.

Friday, November 14, 2014

hari terakhir.

today is my last day cuti. next week masuk kerja. for now, aku rasa biasa-biasa je. tak ada nak rasa sakit hati ke apa. minggu depan, lain ceritalah haha. transition of power memang tak smooth sebab pertama, aku tak sihat. kedua, the other party tak memudahkan urusan. pendek kata, masalah tak selesai hahaha. tapi takpe, my lady boss akan pergi umrah selama dua minggu, so merdeka! hahahaha sukanyaaaa. moga dia teringat-ingat muka orang-orang yang dianiaya eh eh. hihih.

aku dengan azam baru, nak membawa diri menjadi bukan siapa-siapa. nak jadi orang biasa. nak jadi orang yang dilupakan. bencilah kerja banyak. aku nak habiskan study ni hihi. mak mertua aku semangat malam tadi kata - kalau next year graduate, boleh makan dengan sultan. hekhekhek aku tak heran dengan sultan tu, mak. aku lagi takut dengan abah hahahaha. lagipun tak syoklah makan penuh istiadat ni. dahlah tak ada baju cantik baju sutera nak pakai hihi. aku, cuma anak kampung je. dah kerja bertahun pun, masih kekal comot haha.

mak mertua aku selalu cakap - be true to yourself. mak aku kata, sentiasalah ikhlas dan berbuat baik dengan semua orang. mak aku kata lagi, aku mungkin tak banyak duit. tapi rezeki aku murah tang lain. Sayangnya dekat mak and mak mertua aku ni. Bapak mertua pun baik. Aku dah takda ayah. Walaupun abah tak boleh ganti tempat papa, tapi hati sedikit terubat bila aku tahu i still have another dad hihi. Haritu masa aku warded, every night dia datang bawakkan snogurt untuk kurangkan rasa perit di tekak aku. Terharuu. Terima kasih, ya Allah.

btw, aku just nak cerita. lately asyik dok cakap kat laki nak bercuti. rindu nak bercuti. tapi apakan daya - laki bini sengkek hahahaha. nak jadikan cerita, tup-tup hujung bulan satu bapak mertua ada golf trip di chiang mai. ground cost semua dia cover. kami tinggal nak tanggung flight cost jela. tapi lepas berkira-kira laki bini rasanya tak dapat kot sebab lepas aku letak jawatan, duit susut sikit haha jujur jerrr. tapi dah kalau Allah dah kata rezeki, dapat jugak weols pergi sebab mak mertua willing to cover hahaha. so, merasalah ke chiang mai nanti, insyaAllah.

now, mana nak korek duit renew pasport pulak? hihihi.

p/s: laki kata, kalau dia gaji 4k sebulan memang dia suruh aku jadi housewife je. seronok la tu since aku mc ni hari-hari lunch time aku masak, petang balik ada minum petang. rumah pun bersih cuci calat je hahahaha. hoihhh bangggg, tak sangguplah duduk berkurung je di rumah. otak mak tepu, nokkkk.

Wednesday, November 12, 2014

tenkiuuu.

this is one fact about my self - when i am upset, or something is bothering me i would be happier if i can just write and write and write. hoihhhh apehal tak macam ni bila menulis thesis? hahahaha *gelak nervous fikir thesis*

but well, now is not the time to be sad or depressed. i just want to tell, how thankful i am to those who read and dropped comments on my entries. as i always say, this is a place for me to pour everything out. and it feels good that someone out there shares the same feeling, or experience. it feels like i am not alone. so, thank you.

and i actually find it inspiring when i read others' blogs. rasa macam seronok je. and most of the time, i get more information about places to visit or to eat just by reading others'. so much funnnn. dulu lagi banyak blog aku baca but now dah makin kurang sebab ramai bloggers asyik buat iklan je hahahah. takpelah, aku faham. peluang buat duit, kan? siapa je nak menolak hik hik. makanya dek kerana begitu memahami, maka aku kurangkanlah visit blog-blog sebegitu. ada yang menulis macam aku, dok tenggelam timbul hari-hari refresh page tak ada jugak entri baru hahahaha nampak sangat stalker. 

by the way, ni nak cerita sikit. hasil ujikaji aku sejak dua tiga menjak ni (apa ayat aku ni hahaha), aku mendapati bahawa lipas akan lebih cepat mati bila aku guna spray yang waterbased. aku rasa sebab dia kan bernafas melalui liang udara di bahagian bawah badan dia tu. agaknya tersedut masuk terus la kot LOL kemain kau ujikaji lipas hahaha. aku geli gilaaa dengan lipas okay. tapi yelah, aku menyewa seorang diri selama hampir empat tahun membuatkan aku gagah bertempur dengan makhluk-makhluk perosak. cuma cicak je gagal. apa tak ada ke racun khas untuk diorang? sakit jugak hati ni buat jamban merata-rata dahlah tak bayar sewa hahaha.

rumah aku simple je. barang ala kadar je pun. lapang je ruang tamu kami ni hihi. haa nak cerita proses beli rumah pun tak terbuat. penuh pancaroba nak dapatkan rumah seketul ni. bak kata omputeh, blood, sweat and tears semua ada hahaha. lama sangat sampai dah lupa step dia. tapi ada kot few things yang aku boleh share untuk jadi pedoman. maklumlah, beli rumah subsale ni banyak la cekadak dia. sampai sekarang tak settle haihh.

dah toksah syahdu sangat. nah gambar sekadar buat cuci mata.


p/s: abaikan balang kuih tu. biasalah buat kudap-kudap depan tv hahaha.

i really need to move on.

diri ni sekejap baik, sekejap bagai dirasuk hahaha. kejap aku cuba untuk redha, tapi lepas tu syaiton yang direjam ni mesti nak cucuk-cucuk balik bagi ada rasa marah. haihhhh pi main jauh-jauh laaaa setannnnn hihi.

aku memang tengah ada isu di tempat kerja. aku sakit hati. aku sedih. aku rasa macam-macam. i felt like i've lost all my enthusiasm to meet any of them. rasa nak tengok muka pun tak sanggup, inikan pula nak dengar suara dan cerita kipas hangen mereka. and alhamdulillah, Allah perkenankan doa aku sebab kelas aku semua tercampak ke dunia lain. i no longer have to face them, except for certain occasions. syukur, ya Allah.

tiap kali notification whatsapp muncul, aku rasa meluat. Allah, kebencian apakah ini yang sedang merasuk hati? aku silap sebab dari awal aku tak reti berpolitik. aku tak pandai jadi ketua yang tegas. aku terlalu menjaga hati, sampai aku mati. musnah semua sebab empathy yang aku ada. rupanya dalam bekerja, tak boleh berperikemanusiaan. itu konsep mereka. whatttt? itu dah melanggar hukum tabii kerja aku. aku tak reti macam tu huhuhu.

aku usaha dalam diam, sebab aku ingat takpe, Allah nampak dan tahu. rupanya dengan mereka, kau kena menunjuk. kena pamer yang kau berkuasa, yang kau lantang bekerja. Allah, itu bukan cara aku. 

kau tahu apa bos aku buat? punya busuk hati, penuh prasangka - dia sanggup call my doktor to clarify things. like, seriously? setahu aku tu kerja hr kot. hr yang selalunya concern bila staf cuti lama, or bila staf claim perubatan banyak-banyak. yang bos aku ni dia tak puas hati; dok tanya doktor perlu sangat ke aku kena operate, kenapa aku kena mc lama. hoihhhh dia nilahhhh saja je mintak kena bakar kereta hahaha. kau ingat aku suka ke sakit? 

aku dah lepaskan jawatan. apa lagi kau nak?

kau cakap pasal halal haram. yang konon elaun HOD aku tu aku makan secara haram. fine. aku letak jawatan. settle la kan? oh takkk. ada lagi... a never ending story. kau kata didikan keluarga kau bagusssss. bagus sangat kan? bapak kau ajar kau menjerit jerkah orang ek? bapak kau ajar kau hati busuk ek? kenapa kau takut dengan bayang-bayang sendiri?

berhentilah berburuk sangka. jangan buat diri kau hidup dalam neraka ciptaan sendiri. mati terbeliak bijik mata nanti tauuuu. wuuu akutttt.

Tuesday, November 11, 2014

Leave me alone, please.

Stop harassing me.
Please.
Dahlah tak tanya how i was doing, all that you care was just the work.

Come on.

Where is your humanity?
Heartless.

Friday, November 7, 2014

Bukan seorang surirumah.

Adakah aku mengimpikan untuk menjadi seorang surirumah? Tak pernah pun haha. Mungkin kerana aku masih belum ada anak, maka aku merasakan itu bukan keperluan. Atau mungkin, aku hamba yang takutkan kemiskinan. Aku akui, aku takut hidup tanpa duit. Tak perlu banyak, tapi biar cukup. Terlalu takut untuk kembali ke zaman silam, dimana perkataan wang atau duit itu sendiri sudah terlalu mewah untuk dituturkan. Mudah-mudahan, Allah cukupkan rezeki kita selayaknya. Aaminn.

Kenapa aku cakap pasal menjadi surirumah? Haaa sebab harini aku masih cuti. Cuti sakit sampai minggu depan. Makanya pagi tadi macam-macamlah harapan aku nak buat itu ini. Rasa macam okay, macam mampu. Sekali bila aktif sikit, berdenyut-denyut dalam hidung membawa ke sakit kepala. Rehat kejap, sambung balik. Tapi gerak kerja agak perlahan jadi tak banyaklah hasil hihi.

Aku suka bila cuti macam ni. Sebab bila suami balik, makanan sudah terhidang. Macam tengahari tadi aku masak simple aje. Haritu aku ada bekukan tomyam ayam. So tadi aku adjust rasanya sebab tomyam tu memang nak bakar tekak orang kot haha. Pedas gilo. Lepas tu aku buat omelete, setel. Harini omelete mendapat pujian extra hahaha omelete je punnnn. Tapi sebab harini aku extra rajin aku letak bawang lebih sikit, and aku letak minyak bijan. Ohhh i love minyak bijan nyum nyummm. Kemudian, aku letak air sedikit (petua nak bagi telur gebu), dan masak sedikit garing. Eh semua sedikit sedikit hahah. Oh my nampak sangat skill memasak masih amatur - buat telur dadar pun excited hahaha!

Kemudian aku berjaya mengemas aka membuang kuih-kuih raya yang dah berzaman. At last! Sakit mata hari-hari tengok. Belum cerita azab mata tengok kotak bertimbun-timbun daripada pindah haritu tak setel-setel. Since bulan 3, okay hahah. Ya Allah, kau bukakanlah hati aku ni untuk mengemas dengan bersungguh. Masalahnya, mana nak letak buku yang banyak ni. Bingung sungguh. Nak beli rak buku, yang elok dan mampu tahan berat adalah mahal. Kalaulah duit itu sejenis daun di pokok. Grrr.

Okaylah, suami pun hampir pulang. Tadi lepak minum dengan mak mertua, biras dan adik ipar. Geng kamceng bergosip hahah. Diorang datang melawat, lepas tu ajak lepak mamak makan tosei nyum nyumm. I am so blessed. Alhamdulillah.

p/s: weekend ni full kenduri. Weekend kami jarang di rumah. So that explains why rumah aku jarang berkemas haha. Korang kemas rumah time bila?

Wednesday, November 5, 2014

Why are you doing this to me?

Ada masa dan ketika aku rasa jatuh merudum. Sampai tak terkata. Rasa ngilu di hati, sebak di dada, perit di tekak kesan operate senin lalu haha tetiba je. Point dia, aku tengah emosi sekarang. Kalau rasa tak mahu pembacaan berunsur meroyan, silalah angkat kaki.

Apakah kecelakaan sangat perangai orang di pejabat yang bekerja berlandaskan black and white, bukan mata hati dan akal yang Allah beri. Apa yang kau nak buktikan pada dunia? Yang kau hebat? Atau apa?

Allah, aku mc kot. Aku baru je operate senin lepas. Baru je keluar ward hari ni. Instead of asking how am i doing - all that you care is document black and white bukti aku cuti. Allahurabbi. Mana kemanusiaan kau? Mana hati budi kau? Like seriously? Agaknya kalau aku mati, mahu ditanya jenazah aku sijil mati mana sebagai bukti aku tidak lagi boleh bekerja.

Hati aku dah mati nak bekerja di tempat sama. Melihat muka mereka pun aku tak mahu. Benci.

Ya Allah, aku mintak ampun sebab berkata jahat di sini. Truth is, you know me well. Too well, ya Allah. Terima kasih kerana masih tak melupakan aku, dan mengingatkan bahawa aku hamba yang lemah.

Salam rabu semua. Dah, aku nak berehat. Nak berdarah hidung sebab emosi sangat. Grrr.

Saturday, November 1, 2014

It's the new beginning.

Yesterday was my last day as the HOD, and I spent the whole day at Annur Specialist Hospital. No, not that i was terribly sick (but i did feel sick with certain things and people hihi), i was there to do some check ups and after we got to see the result, i will be going through another procedure this coming monday. Nothing fancy or extreme, alhamdulillah.

I am glad nothing has to do with my brain as my migraine is already driving me crazy. Almost everyday i would have to endure such pain, and i wish it will be gone or at least lessen after the procedure. Perhaps it is not only my nose problem; the work stress is beyond imagination. May Allah give them what they deserve.

And today, as much as i feel relieved, i am also scared for what may come. I know she will not let me go easily. And knowing that they have hurt me so much, it already hurts. I was left bittered and shattered into pieces ecewahh kemain kau ye hahaha.

Entahlah. Yang aku tahu, sekarang aku cukup tak suka manusia berlagak tuhan. Macam dia. Grrr.

Wish me luck, all. Doakan aku habis belajar, dan doakan aku masa depan yang lebih baik. Doakan aku terus istiqamah menuntut ilmu dan menyebarkan.

Eh, doakan yang baik-baik la senang cerita hahaha. Muahhhhh!

Salam sabtu yang indah.