Friday, January 23, 2015

Macam-macamlah uols ni.

Kalau hati dah hitam. memang tak boleh nak buat apalah. I could just pray minta dijauhkan from this kind of people, and semoga aku bukan dari golongan seperti itu.

I just don't get it; uols tak ada life ke yang tak habis-habis nak mengacau hidup aku yang tak seberapa ni. Cemburu ke apa ek? Aku rasa hidup aku biasa-biasa je. Hari-hari struggle jugak to make ends meet. Banyak komitmen kewangan, hidup tak adalah mewah, sekadar cukup aje.

Aku dapat bercuti pun orang tanggung, sebab tak mampu hahaha. Aku tak malu, bersyukur je. Bukan aku tenyeh-tenyeh muka bodek orang ke apa. Cuti aku banyak, apa salahnya aku amik leave? Cuti tahun lepas pun burn 15 hari. Tak ada pun aku complain ke, amik cuti sederet sampai sebulan macam yang lain. Aku redha je cuti aku burn. Kenapa kau yang panas? Aku cuti salah, tak cuti pun salah?

Aku tak pernah refuse buat kerja. Orang bagi, aku ambil buat diam-diam. Aku tak duduk mengumpat siapa-siapa, aku buat kerja aku, aku pergi kelas mengajar. Aku duduk di bilik menghabiskan sisa waktu kerja. Pun salah? Pagi masuk, clock in on time, cukup sehari 9jam aku kerja. Tak ok lagi?

Kenapa jaja nama aku ek? Kenapa fitnah? Soalnya, kenapa? Sakit sangat ke hati tengok aku bahagia? Duit kau banyak, berkepuk. Kau hebat berjawatan. Kau kata laki kau best, paling baik dalam dunia. Jadi kenapa sakit hati dengan aku? Aku ni siapa? Orang biasa je kot.

Sumpah tak faham. What makes you scared of me, sampai macam ni uols jadi ye? I never thought that silence could scare you to this extent. Till you are so desperate nak jatuhkan aku, just kerana aku diam?

Aneh la uols ni. Aku memang tak faham.

Wednesday, January 14, 2015

renew passport malaysia

after few trips to mini UTC keramat mall, akhirnya sabtu lepas berjaya juga kami laki bini memperbaharui pasport yang dah tamat tempoh november tahun lepas. sebab end of last year kami bercuti dalam malaysia je, makanya tak adalah keperluan nak renew tu. end of last year bercuti dalam negara sebab bapa mertua den sibuk main golf sampai beliau tak ada cuti dah hihih. hujung januari ni sibuk juga main golf di chiang mai, jadi kami semua pakat nak menyibuk ikut hahahaha. all ground costs beliau cover, flight tickets mak mertua cover - alhamdulillah rezeki kami laki bini yang tak berapa nak berada ni.

tiket dah beli, accommodation and ground transport dah settle, pasport jela yang tinggal. yang ni kalau suruh orang cover kos memang melampaulah hahaha. sabtu pertama di tahun baru, kami dengan semangatnya ke UTC keramat mall di awal pagi. siap bangga sebab tak banyak kereta parking. rupanya tutup sebab maulid nabi. aiyooo apesal aku tak register dalam otak yang of course la itu cuti umum. tahu dah tapi sebab sabtu macam terlupa yang satu malaysia cuti. makanya baliklah kami dengan sia-sia.

second time pergi, rushing from the office lunch time. sekali system down daaa. kecewaaaa kali kedua. last saturday, bapa mertua kakak aku passed away waktu subuh; we were thinking jenazah nak dibawa balik sg koyan mungkin akan ambil masa so we went to keramat mall once again, with the thought lepas settle ni nak menziarah. pejabat buka, sistem okay, orang pulak ramai ya Allah semua nak pergi melancong ke apa ni hahahaha. we thought it wouldn't be long, rupanya salahhhhh tanggapan kami. hampir zohor juga baru semuanya selesai. terpaksa batal niat nak ke sg koyan sebab petang tu ada janji lain yang dah dua kali tunda. 

sekarang ada kaedah baru ye. tak perlu bawa gambar. dia akan snap your photo immediately kat kaunter. aku macam tak seronok sikit dengan sistem amik gambar di kaunter ni. sebab muka aku horror hahahaha. yela, dahla kau nak senyum macam segan sebab semua orang tengok kau kan. lepas tu pegawai tu lagi. terus aku senyum buruk huwaaa nasib aku renew untuk dua tahun je. kalau korang nak renew pasport, pastikan pakai tudung warna ye. jangan warna krim, putih ke. sebab gambar black and white. kalau baju tak apa la nanti dia bagi blazer/kot untuk cover. kalau tudung aku tak sure la macam mana sebab haritu semua bagus pakai tudung berwarna.

kalau korang warga emas ada kaunter khas so urusan lebih laju. bapak mertua aku buat kejap je, less than an hour. kami sebab masih muda memang haruslah bersabar. pergi hujung minggu, orang ramai, staf sikit. memang teruskan bersabar tahap wali songo, ok? hahahaha. untung juga jadi orang tua ni, walaupun kedut seribu tapi selalu dapat diskaun warga emas, lepas tu dapat turn awal. eh blessing in disguise sangat hahahaha.

sampai sana, tak ada instruction apa-apa pun. risau kami hahaha. pergi ke kaunter nombor, dia akan bagi borang kecil untuk kau isi. lepas isi pergi balik ke kaunter tersebut, dia akan minta ic dan pasport lama, baru dia bagi kau nombor giliran. nanti nombor naik, bagi ic and pasport lama pada pegawai bertugas di kaunter tersebut, ambil gambar, cap jari etc, dia akan suruh kau tunggu sampai nombor naik sekali lagi; kali ni di kaunter pembayaran pula. bayar, dia akan beri resit. tunggu lagi sekali (menggunakan nombor giliran yang sama) untuk kutipan pasport. kali ni di kaunter lagi satu. kalau cerdik macam kami, dia kata tunggu dua jam. kami tunggu sejam je lepas tu buat muka kesian di kaunter kutipan tanya dah siap ke belum. nasib baik, kalau dah ada di kaunter dia, dia akan serahkan terus tanpa perlu tunggu nombor naik. haaaa sini pun sama juga la. signature teruk. apesal bila untuk hal-hal penting, signature aku macam tahi?? hahahahaha. aku pasrah. janji setel.

so chiang mai, here we come! 

p/s: ruginya bila ringgit jatuh. wuuu. silap tak tukar awal haritu konon nak tunggu jatuh. konon jela jawabnya hahahah.

Tuesday, January 13, 2015

perihal manusia.

dalam pada aku kata hati aku dah kering nak rasa apa-apa, bila ada manusia mengacau hidup aku dengan sengajanya, terdetik juga hati kecil ku ini yang apa mereka ini sudah tidak punya perkara lain untuk difikirkan? ecewah puitis la pulak pagi-pagi hahaha.

perangai manusia jilaka, kadangkala harus dinyatakan juga kejilakaan mereka di sini. supaya menjadi tauladan (ke teladan? haha lingkup bahasa) kepada diri sendiri, dan mungkin pada orang lain. hati jangan busuk, beb. please, jangan. nampak buruk sangat. kita ni, kalau buruk tak apa lagi. tapi kalau hati hitam kuat mendengki ni, kau sapu tabita satu kapal pun tetap terpamer kehodohan dirimu itu heh.

aku dah move on, what about you? masih cuba cari pasal? eh takde life ke, awak? hahahaha. laki awak tak layan awak ke? ke awak tak ada kerja sangat dah? apa kata awak ambil kerja saya sikit, meh? saya dah boleh lupakan kejilakaan awak terhadap saya, saya dah ke hadapan. kenapa awak masih di situ dan masih cuba cari salah saya? awak maksum, eh? ni sabit tak ada kerja sangat ni. maklumlah, bos. semua kerja dah delegate pada macai-macai macam aku ni. eh. efisyen sangat kan *mata ke atas, tangan di bahu*. eh sekali lagi. hahahah.

jangan nampak bodoh sangat, please. jangan kata aku tak nasihat, tau? aku tak buka jaja cerita pasal kezaliman kau. nanti jangan tuduh aku pulak, ye? jangan buat macam dulu, please? kau call orang nak bergosip, korek cerita nak tahu apa aku cakap, apa aku cerita, - you got nothing. bila orang tanya kenapa kau dok mengorek,  kau mengumpat kata aku itu ini, buka cerita entah apa-apa - kemudian tuduh aku yang buka hal 'keluarga' kita pada orang luar? i make things worse? errr hello? busuknya hatimu boleh ku hidu dari sebatu jauh.

please, jangan cari pasal. jom kita move on, jom. jangan nanti kau mengheret diri mencari aku di padang masyar. tanak, please? sekarang pun aku tanak tengok muka kau. takkan sampai kat akhirat kita nak kena menghadap satu sama lain? errr tamau, please. tamau. 

lagipun, malu lah, hari-hari tazkirah perihal agama. bapak tak ajar hati jangan busuk, jangan dengkikan orang eh? haritu kau kata mak bapak aku tak ajar halal haram, kan? ni mesti mak bapak kau tak ajar kau jugak ni. eh termain kasar pulak. dah, pergi balik belajar dengan bapak kau yang ustaz tu, yang ajar kau jadi maksum tu. shoohhh. dah, pi main jauh-jauh.

Wednesday, January 7, 2015

spoiled mood.

i think whatsapp is no good if it is abused. 
what i mean by abused, is when you know no limit when to text, and what to text. 
isn't it too much, texting after midnight?
though your intention was to advise, but still - couldn't it be done at other time?
mesti ke pukul 1-2 pagi? 
4 pagi?

get a life, please.

we created a group as to easily talk or discuss matters related.
kalau kerja, means it must be about kerja la kan?
keep it professional, tak boleh ke?

perlu ke cerita dalam group kerja - kau kena breastfeed anak segala?
which dalam tu ada staf laki bagai?
meanwhile you have another group - group mak-mak. 
wouldn't it be more appropriate there?

sorry, aku memang tak ada anak lagi.
tapi aku malu.
i feel it was so absurd, i almost said something,
which i know will not turn into something good later.
yelah, aku tak ada anak. 
who am i to say anything related to kids?

but seriously, beb?
cerita pasal nenen kau dalam group kerja?

i just can't imagine.

belum lagi yang bertazkirah pukul 2-3 pagi cerita pasal akhirat.
it's like orang tabligh datang ketuk pintu rumah kau, ajak solat malam.
benda diajak tu betul, tapi kena tak masanya?
ada rasa macam nak bagi penumbuk tak?
hahaha.

btw, memang aku silentkan group for a century, without notification.
but still, bangun pagi to read and face this kind of thing, oh my meluatnya hahahahaha.

terus spoil mood for the day.

atau mungkin ini tanda-tanda bendera merah makin hampir. 
that i am super duper annoyed with this.
hmmmpphhh.