Friday, January 23, 2015

Macam-macamlah uols ni.

Kalau hati dah hitam. memang tak boleh nak buat apalah. I could just pray minta dijauhkan from this kind of people, and semoga aku bukan dari golongan seperti itu.

I just don't get it; uols tak ada life ke yang tak habis-habis nak mengacau hidup aku yang tak seberapa ni. Cemburu ke apa ek? Aku rasa hidup aku biasa-biasa je. Hari-hari struggle jugak to make ends meet. Banyak komitmen kewangan, hidup tak adalah mewah, sekadar cukup aje.

Aku dapat bercuti pun orang tanggung, sebab tak mampu hahaha. Aku tak malu, bersyukur je. Bukan aku tenyeh-tenyeh muka bodek orang ke apa. Cuti aku banyak, apa salahnya aku amik leave? Cuti tahun lepas pun burn 15 hari. Tak ada pun aku complain ke, amik cuti sederet sampai sebulan macam yang lain. Aku redha je cuti aku burn. Kenapa kau yang panas? Aku cuti salah, tak cuti pun salah?

Aku tak pernah refuse buat kerja. Orang bagi, aku ambil buat diam-diam. Aku tak duduk mengumpat siapa-siapa, aku buat kerja aku, aku pergi kelas mengajar. Aku duduk di bilik menghabiskan sisa waktu kerja. Pun salah? Pagi masuk, clock in on time, cukup sehari 9jam aku kerja. Tak ok lagi?

Kenapa jaja nama aku ek? Kenapa fitnah? Soalnya, kenapa? Sakit sangat ke hati tengok aku bahagia? Duit kau banyak, berkepuk. Kau hebat berjawatan. Kau kata laki kau best, paling baik dalam dunia. Jadi kenapa sakit hati dengan aku? Aku ni siapa? Orang biasa je kot.

Sumpah tak faham. What makes you scared of me, sampai macam ni uols jadi ye? I never thought that silence could scare you to this extent. Till you are so desperate nak jatuhkan aku, just kerana aku diam?

Aneh la uols ni. Aku memang tak faham.

1 comment:

  1. dugaan utk kita tu.. sometimes Allah hantar orang2 yang salah utk uji kita..
    insyaAllah ada hikmahnya..

    ReplyDelete