cepat sungguh masa berlalu, sekarang sudah bulan april. tiba-tiba rasa nak tulis di sini what i aim to achieve or have by end of 2015. ala-ala azam ke wishlist? entah, lantaklah hahaha. so here are the things:
1. my utmost aim is to complete my masters degree. ya Allah, tolonglahhh. dah tiga tahun kot dok struggling lagi. bukan sebab pengajian itu susah - tapi masa itu terhad. plus, aku dah tak sekuat dulu. sekarang by the time balik kerja badan sudah macam kain buruk. bersukan pun kerana terpaksa sebab badan semakin membesar bagai juara huhuhu. aku siap berazam, nak jadikan my masters degree hadiah ulangtahun kedua kami. konon-konon buat pembakar semangat hahah.
2. nak teruskan sesi belajar menjahit. i love sewing clothes. dalam kepala macam-macam design jubah konon nak produce. tak dapat jual, pakai sendiri pun jadilah. nak beli banyak nau masalah. aku ni pendek, berisi pulak. dada dan punggung african type sangat. beli yang muat dada, bahu kena alter, labuh kena kurangkan, tangan menggelebeh. huarghhhhhh. takpe, kita jahit sendiri je k. cuba. hurmm.
3. harapnya impian rumah baru akan tercapailah. hari-hari blogwalking tengok orang deko rumah, kemain membara semangat. husband pun kemain menyokong, siap guna website floorplanner buatkan plan rumah bagi isteri lebih seronok berangan hahahaha. berangan, berangan, dan teruskan berangan. dulu aku berangan nak beli rumah, alhamdulillah 2013 berjaya juga, walaupun cuma rumah burung.
4. aku nak menambah umat nabi ni. kalau tanya memang takut. but humans are scared of the unknown. dah ada nanti, pandailah cemana nak handle hahahaha. speaking of this, period aku tak hadir bulan lepas. tanda dah ada, darahnya tak ada apakah? tak sukalah period ni main cak cak dengan aku hurmmm.
okaylah, nak menyiapkan diri nak pergi sharing session. walaupun aku menyampah sangat dengan politik hofis, dan cukup bercinta nak beramas mesra dengan manusia tiruan - apakan daya aku pencacai cuma. mampuslah kalau orang tempat kerja aku baca ni hahaha. qila, kau jangan mention nama tempat kerja aku tauuuuuuuuuuuuuu. nanti aku dah tak boleh merempan gaya bebas kat sini hahaha.
bye everyone. happy weekend!
No comments:
Post a Comment