Wednesday, May 11, 2016

susah ke jadi mak?

susah sebab constantly susah hati fikir anak.

takut tersedak.
takut tak cukup susu.
ni panas sangat ke?
ke sejuk sangat?
patut pakai selimut ke tak?
betul ke macam ni?
ke kena macam ni?
eh ke macam ni lagi ok?

hahaha.

rasakan sekarang. tak cukup tidur, buah dada sakit bagai dicabul hahahahaha. anakku penyonyot tegar. suka sangat with my boobs. macam ubat penenang. macam dadah. 

yang maknya dah macam penagih dadah haha. mata bengkak tak cukup tidur but i enjoy every second being a mother. esok dah sebulan usia anak. cepatnya masa berlalu. so many things to write about our journey. 

anak i admitted nicu twice you know... and both were without me. hospital putrajaya tak boleh room in. kesannya anakku semacam sedih aje bila tidur malam. selalu menangis dalam tidur. semacam trauma. nantilah cerita hihi.

beranak tu sakit. normal ke czer ke masih sakit. tapi semangat kena kental bila jadi mak. hari-hari berulang ke nicu, nak susukan anak. anak tak reti latching, mak sanggup lukakan puting janji anak makan.  sanggup duduk di lantai surau yang sejuk untuk mengepam, supaya anak tak kelaparan. teruskan berjalan walaupun bentan, sakitnya tuhan je yang tahu. demi anak. kasihnya mak. sekarang dah jadi mak baru faham. patutlah bila anak menjawab mak-mak boleh luruh airmata. tak ada sakit yang lebih teruk daripada melihat anak biadap dengan kita. ishh.

i am still adapting. setiap hari adalah hari untuk terus belajar menjadi emak. no manuals can help, the only way is to go through it, and getting to know and understand each other. cara ni tak okay, buat cara lain sampai okay.

susah. tapi puas. :)

2 comments:

  1. 6 tahun kawin tak sekali pun berkesempatan mengandung kadang kala buat aku terfikir juga, apakah Allah rasa aku belum cukup sedia dan belum cukup kuat..?

    Mungkin watak ibu tu terlalu besar utk aku.

    Buat kamu, semoga ganjaran syurga menanti.. Aamiin.. :)

    *tunggu gambar baby.. hehehehee*

    ReplyDelete
    Replies
    1. honestly speaing, kalau ikut naluri rebellious aku, sampai sekarang juga aku rasa tak bersedia nak ada anak huhuhu. semua fasa dalam hidup aku berupa paksaan secara halus, hint Allah bagi yang it's time to move to another phase.

      so yeah, Allah will decide when is your time. aku doakan bila masanya tiba nanti Allah mudahkan semuanya untuk kamu. :)

      Aminnn, InsyaAllah. Tenkiuuu beb.

      *hehehe nanti aku buat entry khas (poyo) announce gambar baby and nama sekali bahahahahaha poyonyaaa bajet artis betol haha.

      Delete