Tuesday, July 5, 2016

Raya bertiga

Aku menulis thru blogspot app kat hp. So ada komen-komen korang aku tak dapat nak respon/reply. Nanti next week masuk keja hakak nak berbalas komen la haha acah-acah ramai nau komen haaaaa ish.

Tahun ni beraya bersama si ali bam bam. Kecik sangat, aku tak beli pun baju melayu. Anak kuat peluh, sama macam mak haha. So tayahla beria beli baju melayu bagai buat ruam je kang. Ali ni kulit sensitif, sama macam aku. And paling kesian sebab ruam attack muka, bahu and kepala. Tapi dia cool je. Aku yang sedih sobss.

Next week dah masuk keja. Aku baru jumpa taska last week. Ingat nak carik babysitter, nak yang tak jaga ramai budak. Tapi ramai yang tak memenuhi kriteria yang ditetapkan mak yang cerewet ke cemana ek hahaha. Taska yang aku pilih ni berdaftar dengan jkm, and dia dah mula track record vaccine semua. Masa visit haritu, ada baby hingus pekat hijau meleleh. Hadehh runtun jiwa aku nak hantar anak. Tapi apakan daya, kami tak ada pilihan sebab yelah, mana ada mak nak anak berhingus-hingus macam tu kalau boleh kan. Aku cubalah untuk faham huhu.

Aku tak reti lagi uruskan susu ali ni. Risau pun ada huhu. Semoga Allah permudahkan urusan, dan ali terpelihara.

Oh ye, nak ucapkan selamat hari raya to all. Maaf sangat kalau ada ucapan or statement poyo yang tak disenangi hihi mulot hazabedah jugak aku ni kengkadang. Enjoy your raya, people!

3 comments:

  1. henjoy motherhood. anak2 i baru sambut besday last week, lahir beza sehari je tarikh, dan ini membuatkan rasa blues beranak dulu2. i ada dua anak, satu tadika satu toddler. so gempak la rumah. ada anak ni best, tak kira la anak kandung, angkat mahu pun anak sedara. tapi aku tak baik plak dengan anak sedara aku tu :P

    ok selamat hari raya. anak2 aku dulu mak buatkan baju melayu, pakai kain semeter aje. haha. jimat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya beb... hahah raya dah habis baru nak respon. hampehhhh hahaha.

      mak aku kalau nak tunggu dia jahit mungkin anak aku dah masuk uni kot baru siap hahahahaha

      Delete
  2. seronok sebab ada 'handbag' baru hahaha... bye bye le handbag bergaya2 ni... kat bahu pun ada napkin macam bibik huahuahua..

    ReplyDelete