Thursday, March 30, 2017

rumah hampir disita.

kau tahu perasaan tanjat tahap maksima, yang mana tetiba muka kau panas, tangan menggigil jantung berdegup laju gila. ye, hampir pitam aku rasa masa tu. meruap-ruap marah geram malu semua ada. balik rumah, terpampang notis amaran harta akan disita hahahaha. entah berapa ramai orang lalu lalang baca dan membuat anggapan buruk dekat aku eh aku sudah bersangka buruk juga ni hahah.

aku memang ada isu perihal cukai pintu yang cuba diselesaikan since 2014. tahukah kalian, aku membeli sebuah rumah, nama berjaya dipindahmilik namun cukai pintu ada tunggakan beribu? puas sesi kejar mengejar dengan peguam. peguam main tarik tali lembab gila dan kesabaran aku habis bila aku dapat notis sita. kalaulah aku sedikit keras sebelum tu tak payahlah nak drag sampai 2017 baru settle hishhhh duit nak kerja tak settle diorang ni hahaha.

persoalan oleh majlis perbandaran - macam mana rumah dapat tukar nama kalau cukai tak settle? kau rasa aku boleh jawab? mana aku tahu hahahaha. puas main aci ligan dengan lawyer tau. lawyer bagi alasan macam-macam. owner tak respon la owner tanak bayar la wth. dah sah-sah lah owner dah sedap dapat duit wehhh kau rasa dia nak bertanggungjawab kerrrr. aku ni pulak bila dah bengang memang omputih semata bahasa aku. terasa keras dan arrogant waktu tu but hey, i paid everything oredi so kau kenalah settlekan isu ni. pedulik hapa aku owner tak nak bertanggungjawab ke apa ke jadah aku bayar kau kalau aku yang kena aci ligan owner. 

last-last aku biarkan lawyer merempan-rempan, tinggi suara bagai, aku sabariahkan aje. i just wanted things to settle. aku nak duit nak bayar cukai tu. jangan harap aku nak bayar aku pun bukan kaya hokayyyy. aku datang firm 2 kali okay sebab kali pertama datang check salah tulis. datang kali kedua salah jugak hahahaha short 60hengget. tetappp aku nak jugak that rm60 so i waited. short 60sen okaylah yang ni aku malas nak gaduh hahahaha.

maka berhuhulah aku ke majlis perbandaran nak uruskan bayaran cukai. and guess what?? rezeki sangat sebab langkah kanan banyak gila aku dapat diskaun. mungkin tu hikmah aku bersabariah hahahah. so lepas ni orang maki aku pun aku nak diam dan redha dan pasrah dan cuba ikat kaki supaya aku tak sepak muka orang tu hahaha.

begitulah pengalaman aku dengan lawyer, dan pengalaman aku nak memiliki seketul rumah. penuh pancaroba isk isk isk. tapi takpelah, at least lepas ni aku pandai sikit nak deal dengan lawyer. jangan harap aku nak cakap melayu lepas ni. nak jadi coco la baru orang respect kot kerja elok sikit kahkahkah.

ok bye. nak balik hehehe. aku busy minggu ni. minggu depan nak apply belajar kat ukm. poyo je aku ni tak habis-habis berjuang study haih doakanla aku wehhhhh. aku nak belajarrrrr.

3 comments:

  1. Adoiiii.. sampai dapat notis sita..? memang berasap la.. kalau aku pun, terus jadi halilintat kot..! hahahahahaa.. :p

    Ehh.. aku berangan2 juga nak sambung belajar kat UKM sebab itu yg paling dekat dengan rumah aku. Tapi tak tahu la pilih bidang apa. Mampu ke aku nak menelaah lagi..? Macam dah karat sangat je.. hahahahahaaa.. tp yg pentinh niat tu ada.. kann kann.. :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah ehhh jiran ke kita ni? hahaha nebes la iolssss haha.

      entah, aku rasa aku berkarat jugak ni, tapi macam tak puas selagi tak sambung hahahahaha rasa hidup tak lengkap. ecewah poyo kan statement aku? hahaha

      Delete