Thursday, November 28, 2013

puji memuji.

ada orang suka dipuji.
rasa bagai disanjung-sanjung.
rasa macam dihargai, kononnya.

pujian itu merbahaya.
bahaya buat si pendongak.

riak, takbur.
datang daripada pujianlah.

pujian ni, ujian sebenarnya.

makin dipuji, makin rasa diri serba sempurna.
makin rasa bagus sangat diri sendiri.

orang semua tak elok.
kau je yang bagus.

tahu semua.
pandai semua.

kemain mendongak langit.
semacam aku ini terbitnya dari tanah.

geli.
rendah sangat.

bodoh.
kotor.
jijik.

aku patut jadi macam kau.
baru elok.

tak tahu - bodoh ke?
bertanya - bodohnya.

macam bagus.

manusia ni kalau dah asalan memang bongkak, kau buatlah macam mana pun - pasti ada sisa dalam darah.

kalau tak puji, kau kata aku tak membela kau.
bila dipuji, makin menjadi sombongnya.

muak.

satu benda kau mungkin tak tahu, ada sebab aku rasa aku tak perlu memuji kau depan orang.

buat apa impress manusia, apatah lagi itu bakal menyemai sifat angkuh dalam diri?
tapi tak.
kau nak.
kau kata itu tanda aku kenal kau.

sebab kenal aku meluat.
meluat pada kehendak ingin dipuji.

benci.

sebab in the end, dengan aku-aku sekali kau keji.

dasar manusia lupa diri.
kalau disebut, kata aku mengungkit.

tapi sekali sekala, ada baiknya kau belek balik diri tu baik-baik.

Allahuakbar.

kalau bukan kerana fikir dosa pahala.
teringinnya nak hamburkan semua apa di dada ni.

you are really testing my patience.

Wednesday, November 20, 2013

Back to square one.

I'm about to start from zero. 
After a year of no progress. 

Bismillahirrahmanirrahim.

Mohon dipermudahkan segalanya. 
Karier, rumahtangga, kewangan, penyelidikan. 
Semua. 

Macam dah tak larat je. 

Thursday, November 14, 2013

randomly speaking.

1. aku memang malas nak keep in touch dengan my schoolmates, coursemates etc. tapi still jadi stalker jugak nak tahu what's going on hahaha. tapi takde fb. yang ada cuma blog ni jela tapi lebih kepada arena nak membebel-bebel pulak. konflik betul hahah.

2. ada orang nasihat, kalau nak buat research tayah la beria sangat buat benda orang tak pernah buat, tayah nak poyo lebih. terasa aku tau hahaha. semak otak kalau nak ambil kira semua cakap orang. heh.

3. aku suka kerja aku. aku cuma tak suka sangat cara bos hahaha. sebagai kawan dia okay je tapi sebagai bos aku rasa dia tak okay. kesian, sebab cara dia buat orang meluat. okay, peringatan untuk diri sendiri kalau jadi bos nanti hehehe.

4. aku suka nak masak untuk suami. tapi tak suka makan nasik. kalau setakat nak masak nasik and lauk pauk, aku senang je boleh je masak. tapi ni bukan nasik ni payah la sikit. so far asyik ulang masak mee goreng. aiyooo kena pikir ni kekdah ni resepi-resepi mudah ni. 

5. kami sedang mengalami masalah kewangan yang kronik gara-gara rumah aku lambat settle. so sekarang bayar dua rumah. matikkkkk. agak stress tapi apa nak buat, demi harta dunia aku sabarkan jugaklah hahaha. peringatan untuk diri sendiri agar jaga rekod payment.

cukuplah tu dulu. aku masih di rumah ni. petang baru nak masuk pejabat. nak memasak untuk somi balik lunch. today's menu - yee mee goreng. hahaha kacang sangat menu.

happy thursday, korang!

Saturday, November 9, 2013

People's expectation.

Aku kadang nak tergelak pun ada dengan perangai manusia ni. Aku kan baru kahwin, tak sampai dua bulan pun lagi. Dah orang asal jumpa aku dok tanya 'dah ada ke?', 'dah berisi ke?' etc. sampai laki aku demam pun boleh nak speku aku pregnant tu yang laki aku kena tempias. You got to be kiding meeeeee hahaha. Asal aku usap perut je, speku lagi. Padahal perut sakit kembung. Lepas tu lagi mendajal, nak period kali ni tetiba aku loya teruk pagi-pagi. Bau orang pun nak muntah. Hahaha kawan-kawan semua dok main teka-teka. Macam bongok jerrr.

Baru ni aku nak cerita kat mak aku yang aku nak pi bercuti nanti. Tapi aku tamau la heboh-heboh sebab pi pun atas ehsan pak mentua belanja kann. Kang orang dok kirim-kirim barang susah la sebab aku punya duit belanja kat sana pun dok pulun buat muka macam comel je kat asben untung-untung dapat hahaha. Aku mulakanla mukadimah aku 'ada benda nak bitau ni, tapi jangan pi habaq kat orang lagi'. Terus mak aku teruja muka jawab, 'hah, hang mengandung ka?' adoiiiu sorry ma, not this time hahaha.

Mula-mula rasa geram pun ada. Nak-nak each time jumpa orang kurang sopan pi raba-raba perut aku sambil dok kata dah ada, dah ada ni. Macam nak tampaq pun ada hahaha. Aku ni gemuk sangat ke weehhhh biadap sungguh mungggg ni hahah.

Harap semua mampu bersabar ye. Aku tegaskan di sini, aku baru kahwin tak sampai dua bulan pun. Lek ar brader kasi wa hanimun dulu kekeke. Master wa pun ke laut ni haaa. Haishhh tu satu hal la plak kann. 

Apa pun, nak ada zuriat ni kena sedia mental fizikal. Kalau tanya aku, memang la tak ready lagi. Tapi Allah tu maha mengetahui kennnn. Aku serah ke Dia jela. Yang uols ni, udah-udah le playing God tu. merancang ke, tak ke, hal keluarga orang toksah la campoq wehhh. Ni hal laki bini la. Sibuk tau hangpa ni. Kalau tak merancang pun, tapi Allah kata bukan time lagi, tak dapat jugak kannn. Merancang pun, tapi kalau Allah kata it's time, ada jugak kannnn. 

Manusia cuma mampu merancang. The rest tu kerja Dia la. Toksah dok buruk sangka kat Tuhan, boleh? 

Eeee korang ni. Macam-macam la. Tenkiu sebab amik berat pasal kami. Ihikkk ihikkk. 

Thursday, November 7, 2013

Entri makan hati.

Kadang kau usahalah baik mana pun nak jadi yang terbaik, tetap juga ada yang tak kena di mata orang. Lesson learned today - i can never satisfy people. Persoalannya, kalau orang tak boleh terima kita, cara kita seadanya kita, am i still obligated to accept them, embrace them as the way they are?

Life is so unfair, if it is.

Selama ni aku dok pikiaq, manusia ni unik jadi aku kenalah lebih terbuka, kena lebih berlapang dada terima depa seadanya. Tapi pantang aku 'slack' sikit ja, teruihhhhhhh bagi reaksi yang buat aku rasa 'hang ni perfect sangat ka?'.

Macam suci sangat takdak dosa hang dok buat aku naaa. Macam hang tu takdak menyakitkan aku jaaa.

Haihhhh la manusia. Kawan ngan hewan lagi elokkk.

Wednesday, November 6, 2013

Dysfunctional.

I am the type of person who can't function well when i am hungry, sleepy and disturbed by something. Kalau fikir banyak sangat nanti sampai hangat otak tak boleh tidur. Sungguh mengganggu jiwa raga betul hahah.

At the moment, aku sangat lapar ni menanti suami pulang nak lunch tapu ni dah nak dekat pukul dua bayang pun takdak lagi adoyaiii.

And aku sangat bosan menanda kertas exam. Noharommm grammar ke laut diorang ni. Semoga aku kekal tabah mendidik hahaha.

Lepas tu, lagi sakit hati aku bagai ditusuk sembilu bila boleh keluar idea daripada golongan bijak pandai yang menitahkan agar memberi peluang kepada rakan-rakan sejawat untuk mengajar subjek aku. English, bhai. Bukan subjek mari belajar memasak. Bukan tamau bagi tapi dah kalu degree in nursing, pejadah nak ajar english? What the whattttt. Haiyooooo.

Aku rasa bagai dihina betul. If anyone can teach english, baik aku tayah belajar tinggi-tinggi. Tayah amik tesl. Baik aku amik degree masak-masak. Senang kata, baik aku amik laki aku sendiri mengajar english eh eh hahaha. Grrrr geramnyeee. Sampai hati diorang memandang rendah terhadap kepentingan kerja aku ni. Dan paling taleh blah memandang rendah pada kemampuan pelajar. Ingat diorang tak pandai sangat ke?

Memang la ada yang lemah; tak tipu memang ada teramat lemah. Kadang aku pun give up nak mengajar. Siap kadang aku pun terlepas laku mengeluh dan mengutuk. Tapi biar aku kutuk takpe. Orang lain tak boleh.

Konsep dia macam mak-mak ah. Biar mak kutuk anak takpe. Tapi kalau orang lain cakap bukan-bukan pasal anak kita, mau ada yang kena telan nanti. Kannn?

Punya geram sampai sanggup taip entry through hp. Nasibla typo errors ke apa. Eeeeeee geraaammmm!