1. aku memang malas nak keep in touch dengan my schoolmates, coursemates etc. tapi still jadi stalker jugak nak tahu what's going on hahaha. tapi takde fb. yang ada cuma blog ni jela tapi lebih kepada arena nak membebel-bebel pulak. konflik betul hahah.
2. ada orang nasihat, kalau nak buat research tayah la beria sangat buat benda orang tak pernah buat, tayah nak poyo lebih. terasa aku tau hahaha. semak otak kalau nak ambil kira semua cakap orang. heh.
3. aku suka kerja aku. aku cuma tak suka sangat cara bos hahaha. sebagai kawan dia okay je tapi sebagai bos aku rasa dia tak okay. kesian, sebab cara dia buat orang meluat. okay, peringatan untuk diri sendiri kalau jadi bos nanti hehehe.
4. aku suka nak masak untuk suami. tapi tak suka makan nasik. kalau setakat nak masak nasik and lauk pauk, aku senang je boleh je masak. tapi ni bukan nasik ni payah la sikit. so far asyik ulang masak mee goreng. aiyooo kena pikir ni kekdah ni resepi-resepi mudah ni.
5. kami sedang mengalami masalah kewangan yang kronik gara-gara rumah aku lambat settle. so sekarang bayar dua rumah. matikkkkk. agak stress tapi apa nak buat, demi harta dunia aku sabarkan jugaklah hahaha. peringatan untuk diri sendiri agar jaga rekod payment.
cukuplah tu dulu. aku masih di rumah ni. petang baru nak masuk pejabat. nak memasak untuk somi balik lunch. today's menu - yee mee goreng. hahaha kacang sangat menu.
happy thursday, korang!
No comments:
Post a Comment