Monday, October 20, 2014

Solemn.

Hati dah tak gembira.
Muka pun hilang serinya.

Semoga mendung ini cuma sementara.
Mungkin angin ribut ini bisa membawa cahaya.

Salam isnin yang suram, daripada aku yang sedang monday blues tahap kronik hahahaha.

Thursday, October 16, 2014

Mencari halatuju baharu.

I have been here since middle november, 2009. So long, eh? I am surprised too since i'm the kind who can easily get bored, and i love to challenge myself.

It feels so good knowing aku still ada market hahaha. But for now, since dah terlalu lama tak job hunting tak pastilah masih laku ke tak ihikk *gedik. Tapi takpe, rezeki tu semua Allah yang tentukan.

Kita manusia, boleh je senang-senang ugut orang macam-macam. KPI lah, nak sack lah, whatsoeverlah. Macamkan tuhan bebenor awok yerr hehe. Ingat, kuasa yang kita ada pun rezeki Allah bagi. Bila-bila je Dia boleh tarik semula.

Sebagai manusia, aku ada perasaan. Aku pun bukan muda lagi. Dah tahu dan boleh tahu kalau orang memang sengaja cari pasal. Yelah, kita ni tak sempurna. Aku akui kerja aku tak perfect. Tapi itu bukan alasan untuk dilayan macam sampah. Sebagai ketua, kita perlu bersikap profesional. Kita nampak anak buah kita terkial-kial, kita nampak anak buah kita semacam ada yang tak kena - kita sebagai ketua kena selidik, kena tanya dan cuba bantu seadanya.

Tak semua dilahirkan terus pandai buat kerja filing, kerja admin. Aku lah tu hahahah. We take time to learn. Memanglah aku dah pegang jawatan dah lama, since 2012 - you even mentioned you have heard that my work was okay. Tetiba tahun ni tak okay, tak pelik ke? Tak rasa nak tahu ke? Aku merangkak membina sesuatu from scratch. I built the system. Dari tak ada, sampai ada. Cuma tak sempurna. Tapi yelah, kerana ketidaksempurnaan itu maka kau hukum aku, kau kata macam-macam.

Staf kita ada masalah, kita panggil kita tanya. Kita sembang bercerita. Kau dok kata we are family to you, and you would treat us like a family. I don't feel you treat me macam tu. My family tak pernah men'downgrade' aku sampai aku rasa hilang maruah dan rasa percaya pada diri sendiri. And you think you as a leader has succeeded? Think again.

Staf lain sakit, anak-anak tok nenek mereka sakit, kau boleh balas mendoakan segala macam. Kenapa bila aku kata aku sakit maka kau diam seribu bahasa? Kerana aku tak layak terima doa kau ye? Takpe, aku tak mengemis pun. Sikit pun tak hadap. Oh yelah, sebab aku text you privately, bukan di group public where u don't have to pretend like you actually care.

But that's okay. I have the biggest boss. Allah. Aku memang rasa teraniaya, dianiaya. Dan kalau benar apa aku rasa, aku yakin Allah itu Maha Adil. Janji Allah itu pasti.

Aku maafkan kau. Tapi untuk tengok muka kau lagi - sorry. Aku meluat.

Kawan-kawan, doakan yang terbaik untuk aku ye. I don't have many friends, but I know doa yang tidak diketahui namun ikhlas itu adalah lebih baik daripada doa yang penuh kepura-puraan.

Aku mendoakan kalian sentiasa dirahmati. Sesungguhnya, Allah tidak pernah menguji hambaNya dengan sia-sia. Biarpun aku menangis bagai nak rak, tapi aku yakin He knows what is best for me.

Salam khamis, semua. Semoga kekuatan iman milik kita selama-lamanya.

Sunday, October 12, 2014

The wide world.

Hidup ni simple bila kita tak menginginkan yang bukan-bukan. Lebih simple lagi, bila kita tidak mengharap setinggi gunung.

Tahulah kalian bahawa aku sedang berduka. Sakit yang serasanya nak bersembunyi di bawah meja dan menangis berseorangan.

Siapalah aku untuk tidak berpuas hati. Tak layak untuk aku persoalkan. Aku tak marah pada tuhan. Ini ujian buat aku. Dan mungkin ini tanda peringatan. Hanya Allah yang tahu.

Hidup ini lebih mudah bila aku meletakkan untung nasib pada mu, ya Allah. Aku meletakkan keyakinan sepenuhnya, yang Kau lebih tahu.

Berikan aku segala kekuatan yang di bumi dan di langit. Sebab Kau lebih tahu, apa yang aku rasa.

Sakit, sedih itu juga rezeki. Yang menunjukkan bukan aku yang maha berkuasa. Aku, bukan siapa-siapa.

A blessing.

Hari jumaat petang, aku mengambil tindakan nekad untuk ambil emergecy leave (EL). Nothing was the emergency, aku yang gatal sebab tahu kalau mohon cuti tahunan, 99% kemungkinan akan ditolak hahaha. Sebab ditolak adalah kerana minggu depan hari jumaat aku dah mohon cuti. Parents in law ajak bercuti ke terengganu, all is paid - siapa yang tak mahu? Hihi.

Yang jumaat ni pulak, adalah percutian ke cameron. Accommodation and food memang free - siapa yang tak mahu? Laki bini pulak memang kaki berjalan. Lagipun hati nak kerja dah tak ada hahahampeh. A short holiday pun dah buat aku gembira.

Diorang pergi awal sehari daripada kami laki bini. Diorang tu adalah abang ipar aku anak beranak, mak mertua, dan adik ipar yang masih bujang. Seronok habaq hang pi mana-mana orang belanja. Kami ni dahla kapel penjimat aka tak berduit sangat hahahahaha sedih.

Aku memang beruntung. Tuah badan. Kahwin pulak dapat keluarga yang baik dan sangat pemurah. Sangat wehhhhhh. Bapak mertua aku belanja pergi melbourne, kami bayar duit shopping je ya Allah kalau tak, tak merasa la nak pergi dengan duit sendiri. Diorang suka berjalan dan bercuti, jadi bila kami ikut automatik abah bayar semua hihi. Mak aku trauma keluarga in law teruk. Bukan buka aib, tapi memang teruk sampai sekarang bahahaha! Jadi aku pun semacam trauma. Tapi alhamdulillah, mimpi ngeri aku tak menjadi nyata.

Eh, ni bukan nak cerita berlagak ke cerita poyo ke, aku nak cerita je yang kadang-kadang rezeki tu datang dalam pelbagai kaedah. Allah tak turunkan hujan duit untuk aku laki bini pi berjalan ke bercuti, tapi Allah gerakkan hati bapak mertua aku, abang ipar and biras aku untuk ajak kami join their trips hehehe.

Akhir kata, bersyukurlah walaupun trip tu cuma ke dengkil makan cendol bakar. Sebab tu pun free! Hahahahahaha.

I am so blessed, ya Allah. Alhamdulillah.

p/s: OCD sangat rasa bila post entry from the app, tak boleh nak justify alignment text hahaha!

Thursday, October 9, 2014

Rentetan cerita.

Selepas berjaya meletakkan jawatan sebagai HOD, aku semakin tenang hahaha. Cuma tinggal serabut dengan kerja hakiki, and perihal study je.

Aku pernah suarakan nak meletak jawatan tatkala bos baru bertukar, namun ditolak mentah-mentah, atas alasan dia kata nanti nama aku kena blacklist la apa la. Bila aku fikir-fikir balik, macam blackmail pun ada hahahaha! Lepas tu dia kata, cuba dulu dengan dia tengok okay ke tak. Tapi ni dah letak jawatan of course la tak okay hehehe.

Aku tak bolehlah kerja dengan orang yang suka marah-marah, tidak tenang dan sentiasa mencari salah orang, bukan cari penyelesaian. Sebab aku ni jiwanya lemah, sekali kena jerkah dan dimalukan depan orang, terus trauma sampai termimpi-mimpi. Aku tau yang lemah. Bukan dia yang salah hiks hiksss.

Hurmm aku takleh nak kata cara dia salah sebab she keeps on saying that's her way of doing things and dia minta maaf kalau ada yang terasa. Minta maaf? Mudahnya kau buat hati orang. Once jerkah, minta maaf. Esok jerkah, minta maaf lagi. Sampai bila? Dia tak salah, cuma aku yang tak serasi dengan cara macam tu hihi.

Pendek cerita, aku rasa aku perlukan masa dan kena belajar lebih lagi untuk menjadi pemimpin. Bukan mudah sebab kita berurusan dengan manusia yang ada pemikiran, ada perasaan yang kita nak tanak kena fikirkan. Aku bukanlah ketua yang baik, banyak lagi nak kena ambil tahu, kena belajar satu-satu.

Tapi satu benda aku belajar sepanjang jadi HOD, dunia ni ibarat roda. Jangan begitu angkuh kau mendongak langit sampai kau lupa siapa di bumi. Sentiasalah merendah diri, dan jangan sekali-kali mendabik dada sebab manusia ni, hebat macam mana pun tak akan sesempurna Sang Pencipta. Kita diberikan kelemahan untuk kita sentiasa beringat.

And I also learned, kadang kala bila menjadi ketua tak semestinya kau perlu bertukar menjadi singa. I have seen it with my eyes - ketua yang lembut tutur kata, sopan bahasanya adalah ketua yang paling dihormati. Jadilah ketua yang dipatuhi orang bawahan kerana rasa hormat yang tinggi, bukan kerana takut.

Dan aku, memilih agar dihormati dan disegani, bukan ditakuti.

Sekian, tazkirah pagi Khamis hehehe.

Tuesday, October 7, 2014

So long.

I have finally made the call. It was not an easy decision, but I am so glad when I finally quit. Rasa macam it was not worth my time at all. I have wasted myself for so long, and now it is time to refresh myself.

Ada banyak lagi to tell. But later lah. Ni first time guna app haha. Jakunnnnn.