Thursday, October 9, 2014

Rentetan cerita.

Selepas berjaya meletakkan jawatan sebagai HOD, aku semakin tenang hahaha. Cuma tinggal serabut dengan kerja hakiki, and perihal study je.

Aku pernah suarakan nak meletak jawatan tatkala bos baru bertukar, namun ditolak mentah-mentah, atas alasan dia kata nanti nama aku kena blacklist la apa la. Bila aku fikir-fikir balik, macam blackmail pun ada hahahaha! Lepas tu dia kata, cuba dulu dengan dia tengok okay ke tak. Tapi ni dah letak jawatan of course la tak okay hehehe.

Aku tak bolehlah kerja dengan orang yang suka marah-marah, tidak tenang dan sentiasa mencari salah orang, bukan cari penyelesaian. Sebab aku ni jiwanya lemah, sekali kena jerkah dan dimalukan depan orang, terus trauma sampai termimpi-mimpi. Aku tau yang lemah. Bukan dia yang salah hiks hiksss.

Hurmm aku takleh nak kata cara dia salah sebab she keeps on saying that's her way of doing things and dia minta maaf kalau ada yang terasa. Minta maaf? Mudahnya kau buat hati orang. Once jerkah, minta maaf. Esok jerkah, minta maaf lagi. Sampai bila? Dia tak salah, cuma aku yang tak serasi dengan cara macam tu hihi.

Pendek cerita, aku rasa aku perlukan masa dan kena belajar lebih lagi untuk menjadi pemimpin. Bukan mudah sebab kita berurusan dengan manusia yang ada pemikiran, ada perasaan yang kita nak tanak kena fikirkan. Aku bukanlah ketua yang baik, banyak lagi nak kena ambil tahu, kena belajar satu-satu.

Tapi satu benda aku belajar sepanjang jadi HOD, dunia ni ibarat roda. Jangan begitu angkuh kau mendongak langit sampai kau lupa siapa di bumi. Sentiasalah merendah diri, dan jangan sekali-kali mendabik dada sebab manusia ni, hebat macam mana pun tak akan sesempurna Sang Pencipta. Kita diberikan kelemahan untuk kita sentiasa beringat.

And I also learned, kadang kala bila menjadi ketua tak semestinya kau perlu bertukar menjadi singa. I have seen it with my eyes - ketua yang lembut tutur kata, sopan bahasanya adalah ketua yang paling dihormati. Jadilah ketua yang dipatuhi orang bawahan kerana rasa hormat yang tinggi, bukan kerana takut.

Dan aku, memilih agar dihormati dan disegani, bukan ditakuti.

Sekian, tazkirah pagi Khamis hehehe.

2 comments:

  1. mula-mula garuk kepala apa benda la HOD. kalau dulu cepat je tangkap sebab rajin baca belog orang dengan acronym dan short-form ntah-apa-apa sampai kena garuk kepala lagik sekali sebab dalam hati berkata, "i kenot brain this!".

    hi awak! *kenyit mata*

    nasib baik alia the don kongsi url ni kat belog dia. betul lah sangat dia cakap, banyak belog sekarang banyak yang tulis pasal product reviews, dan bukannya cerita sangatpun pasal real life. i need to read about other people's live because i am stalker liddat!! no, scratch that..erm i need my happy pills (?).

    terima kasih sebab tak tulis dalam short-form melampau sebab saya adalah seorang yang ortodoks dan ketinggalan zaman yang merupakan penghantar sms/whatsapp dengan ejaan penuh.

    saya suka belog awak *kenyit mata lagik skali*

    ReplyDelete
  2. Hahah jadi dah tau ke belum HOD tu apadia?

    Btw, tenkiu la sudi baca aku dok merapu meraban ni. Dah la sudi baca, sudi suka pulak hiksss *gedik kenyit mata balik* hahahah!

    For blogging memang suka eja penuh selagi boleh. Rasa ocd sangat bila baca ejaan muda-mudi ni maklumlah jiwa tak berapa nak muda hahaha sekali lagi!

    I couldn't read your blog at the office (kena block wth hahaha) nanti ada free time i will surely read sebab i also need my happy pills haha.

    ReplyDelete