Sunday, October 12, 2014

A blessing.

Hari jumaat petang, aku mengambil tindakan nekad untuk ambil emergecy leave (EL). Nothing was the emergency, aku yang gatal sebab tahu kalau mohon cuti tahunan, 99% kemungkinan akan ditolak hahaha. Sebab ditolak adalah kerana minggu depan hari jumaat aku dah mohon cuti. Parents in law ajak bercuti ke terengganu, all is paid - siapa yang tak mahu? Hihi.

Yang jumaat ni pulak, adalah percutian ke cameron. Accommodation and food memang free - siapa yang tak mahu? Laki bini pulak memang kaki berjalan. Lagipun hati nak kerja dah tak ada hahahampeh. A short holiday pun dah buat aku gembira.

Diorang pergi awal sehari daripada kami laki bini. Diorang tu adalah abang ipar aku anak beranak, mak mertua, dan adik ipar yang masih bujang. Seronok habaq hang pi mana-mana orang belanja. Kami ni dahla kapel penjimat aka tak berduit sangat hahahahaha sedih.

Aku memang beruntung. Tuah badan. Kahwin pulak dapat keluarga yang baik dan sangat pemurah. Sangat wehhhhhh. Bapak mertua aku belanja pergi melbourne, kami bayar duit shopping je ya Allah kalau tak, tak merasa la nak pergi dengan duit sendiri. Diorang suka berjalan dan bercuti, jadi bila kami ikut automatik abah bayar semua hihi. Mak aku trauma keluarga in law teruk. Bukan buka aib, tapi memang teruk sampai sekarang bahahaha! Jadi aku pun semacam trauma. Tapi alhamdulillah, mimpi ngeri aku tak menjadi nyata.

Eh, ni bukan nak cerita berlagak ke cerita poyo ke, aku nak cerita je yang kadang-kadang rezeki tu datang dalam pelbagai kaedah. Allah tak turunkan hujan duit untuk aku laki bini pi berjalan ke bercuti, tapi Allah gerakkan hati bapak mertua aku, abang ipar and biras aku untuk ajak kami join their trips hehehe.

Akhir kata, bersyukurlah walaupun trip tu cuma ke dengkil makan cendol bakar. Sebab tu pun free! Hahahahahaha.

I am so blessed, ya Allah. Alhamdulillah.

p/s: OCD sangat rasa bila post entry from the app, tak boleh nak justify alignment text hahaha!

2 comments:

  1. Hihi. Betul kan, rezeki datang dalam pelbagai bentuk, bukan duit semata. Semoga rezeki kita semua melimpah ruah, dalam apa jua bentuk! Amin.

    I'm your silent reader all this while!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ya rabbal 'alamin!

      Hihi tenkiu sudi baca. Tak sangka ada silent reader ihikk ihikk *gedik* haha!

      Delete