Hidup ni simple bila kita tak menginginkan yang bukan-bukan. Lebih simple lagi, bila kita tidak mengharap setinggi gunung.
Tahulah kalian bahawa aku sedang berduka. Sakit yang serasanya nak bersembunyi di bawah meja dan menangis berseorangan.
Siapalah aku untuk tidak berpuas hati. Tak layak untuk aku persoalkan. Aku tak marah pada tuhan. Ini ujian buat aku. Dan mungkin ini tanda peringatan. Hanya Allah yang tahu.
Hidup ini lebih mudah bila aku meletakkan untung nasib pada mu, ya Allah. Aku meletakkan keyakinan sepenuhnya, yang Kau lebih tahu.
Berikan aku segala kekuatan yang di bumi dan di langit. Sebab Kau lebih tahu, apa yang aku rasa.
Sakit, sedih itu juga rezeki. Yang menunjukkan bukan aku yang maha berkuasa. Aku, bukan siapa-siapa.
No comments:
Post a Comment