Friday, November 7, 2014

Bukan seorang surirumah.

Adakah aku mengimpikan untuk menjadi seorang surirumah? Tak pernah pun haha. Mungkin kerana aku masih belum ada anak, maka aku merasakan itu bukan keperluan. Atau mungkin, aku hamba yang takutkan kemiskinan. Aku akui, aku takut hidup tanpa duit. Tak perlu banyak, tapi biar cukup. Terlalu takut untuk kembali ke zaman silam, dimana perkataan wang atau duit itu sendiri sudah terlalu mewah untuk dituturkan. Mudah-mudahan, Allah cukupkan rezeki kita selayaknya. Aaminn.

Kenapa aku cakap pasal menjadi surirumah? Haaa sebab harini aku masih cuti. Cuti sakit sampai minggu depan. Makanya pagi tadi macam-macamlah harapan aku nak buat itu ini. Rasa macam okay, macam mampu. Sekali bila aktif sikit, berdenyut-denyut dalam hidung membawa ke sakit kepala. Rehat kejap, sambung balik. Tapi gerak kerja agak perlahan jadi tak banyaklah hasil hihi.

Aku suka bila cuti macam ni. Sebab bila suami balik, makanan sudah terhidang. Macam tengahari tadi aku masak simple aje. Haritu aku ada bekukan tomyam ayam. So tadi aku adjust rasanya sebab tomyam tu memang nak bakar tekak orang kot haha. Pedas gilo. Lepas tu aku buat omelete, setel. Harini omelete mendapat pujian extra hahaha omelete je punnnn. Tapi sebab harini aku extra rajin aku letak bawang lebih sikit, and aku letak minyak bijan. Ohhh i love minyak bijan nyum nyummm. Kemudian, aku letak air sedikit (petua nak bagi telur gebu), dan masak sedikit garing. Eh semua sedikit sedikit hahah. Oh my nampak sangat skill memasak masih amatur - buat telur dadar pun excited hahaha!

Kemudian aku berjaya mengemas aka membuang kuih-kuih raya yang dah berzaman. At last! Sakit mata hari-hari tengok. Belum cerita azab mata tengok kotak bertimbun-timbun daripada pindah haritu tak setel-setel. Since bulan 3, okay hahah. Ya Allah, kau bukakanlah hati aku ni untuk mengemas dengan bersungguh. Masalahnya, mana nak letak buku yang banyak ni. Bingung sungguh. Nak beli rak buku, yang elok dan mampu tahan berat adalah mahal. Kalaulah duit itu sejenis daun di pokok. Grrr.

Okaylah, suami pun hampir pulang. Tadi lepak minum dengan mak mertua, biras dan adik ipar. Geng kamceng bergosip hahah. Diorang datang melawat, lepas tu ajak lepak mamak makan tosei nyum nyumm. I am so blessed. Alhamdulillah.

p/s: weekend ni full kenduri. Weekend kami jarang di rumah. So that explains why rumah aku jarang berkemas haha. Korang kemas rumah time bila?

6 comments:

  1. sudah ramai sekarang mengimpikan jadi suri rumah yg berduit plus ada kerjaya sendiri..
    anak2 terjaga depan mata plus hal ehwal rumah pun dipantau sendiri..
    lagi best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeppaaa.. cuma tulahh dengan keadaan ekonomi sekarang ni quitting my job is never an option hihihi.

      Delete
  2. ngemas masa cuti bersalin nak ujung2, itu pun ngelat sbb ai hantar anak sulung ke rumah nenek dia selama 2 minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh sarat-sarat tu, mampu lagi ke? mau kang sambil mengelap sambil bejejeh ayaq mata hahaha.

      Delete
    2. masa cuti bersalin dik non, anak dah keluar dan dah habis pantang tapi masih bercuti. harus la larat. kalau sarat, tidur je yang rajinnya. lols.

      Delete
    3. halamak diknon salah baca. maaf ye hahaha. seronoklah cuti belek-belek bayi. rindu bau bayi walaupun aku tak pernah beranak lagi hahaha.

      Delete