Tuesday, December 30, 2014

perhaps this is my last entry.

for this year. teeeetttttt tak kelakar okay fine hihi. 

sebagai rumusan, aku rasa tahun 2014 adalah tahun penuh dugaan untuk aku, untuk kita. macam-macam hal berlaku. hal keluarga, hal kerja, hal belajar, hal pesawat hilang ditembak terhempas, hal banjir, hal boikot, macam-macam hal.

kalau tahun lepas tahun gembira kerana akhirnya aku berjaya dikahwinkan *eherrm*, tahun ini keluarga kami diuji dengan kehilangan dan perpisahan. isu rumahtangga ni pada aku memerlukan sokongan kuat suami dan isteri. dan bila kita membuat keputusan nak berumahtangga ni, makanya dalam erti kata lain kita juga sudah bersedia melepaskan perkara-perkara yang bukan lagi dituntut bila menjadi suami dan isteri. berkawan tak salah, biar tahu batasnya. membantu tak salah, cuma jangan sampai menjadi hamba sahaya. bila dah kahwin, jangan simpan perasaan cemburu, dendam dan busuk hati. jangan banding-banding. jangan ada walau sekelumit rasa sakit hati tengok orang lain. jaga mulut, jangan asyik nak menyalahkan sana sini. dan jangan jadi batu api.

aku tak suka gosip, dan tak suka nak bergosip melainkan dengan suami sendiri. sebab aku tak percaya mulut orang hahaha. aku layankan aje sebab i tried to fit in. tapi hanya mampu sekejap sebab aku sangat annoyed bila ada tukang sampai itu ini hahahaha. like seriouslyyyyy i dont trust you la. and i dont need to know things yang menyakitkan hati aku, such as dia tak suka aku, dia kata kami laki bini kedekut, dia kata aku kaki bodek sebab selalu tolong berkebun yadaa yadaa yadaa. bila aku sound, boleh pulak aku kena marah balik hahahahhaahhahaha gelak lagi sampai sakit perut. pelik betul manusia ni. cuba tanak mengumpat pun orang tak suka LOL.

konsep aku senang, tak suka baik jangan ambil tahu terus. tak payah nak mengadu domba dengan aku. rimas. the reason aku tak disukai tu pun sebab aku telus bagi pendapat bila diminta. perempuan ni perangai sangat kan? mintak pendapat yang jujur tapi sebenarnya they just want me to say what they want to hear. aku pulak bangsa blur, orang suruh jujur bila cakap betul kena marah pulak hahaha nasiblahhh. sebab tu aku tak ada kawan perempuan sangat. aku tak faham diorang. eh tapi aku pun perempuan hahahaha. pening laki aku bila aku emo sebab aku sakit hati. bukankah itu akan menimbulkan bibit-bibit pergaduhan? tidakkk. aku mahu hidup aman. lantak kaulah nak sakit hati dengan aku ke hapa hahahahahha.

dan tahun ini juga aku disajikan dengan masalah di tempat kerja. masa ni memang lagi terbuka la hijab mata aku. terus terserlah kaki kipas tahap penghawa dingin york tu hahaha. dasyat juga permainan politik pejabat. tapi so far, aku masih berjaya lay low. kecuali aku telah dilantik menjadi juruaudit dalaman. tak, bukan audit akaun duit etc, tapi ni audit sop, dokumen dan sebagainya. not that i like it, but it's a new experience yang aku rasa sangat berharga buat aku. we'll see how. so far aku dah pernah cuba bidang marketing, bidang pengurusan, aku berjaya jana pendapatan jabatan sehingga kami ada duit sendiri untuk buat program etc. boleh taja program orang juga, alhamdulillah berkat otak Allah bagi. filing settled, filing iso doc juga selesai dalam tempoh yang diberikan, dan aku dah selesai submit kertas soalan peperiksaan akhir, dan dah distribute kertas midterm. i think i was too overwhelmed dengan kerja pentadbiran with no help at all, hidup aku huru hara sekejap. menjadi pemimpin perlukan sokongan orang sekeliling; when you have no support memang separa mati juga menyiapkan semua benda. tak apalah, walaupun aku super duper affected with that, aku anggap itu juga ilmu untuk aku. Allah knows best.

financial wise - masih struggling. tapi alhamdulillah tak pernah tak cukup makan. life is hard, semua menaik tiada yang menurun melainkan angka di akaun bank bahahahaha. aku berharap dapat rumah tanah by next year, boleh bawa mama duduk dengan aku once in a while. kesian dia seorang di rumah. masa bapak aku meninggal, she took years to live her life again. nak masuk tidur dalam bilik pun tak boleh, duduk seorang di rumah pun tak boleh sebab teringat-ingat dan terbayang-bayang. kesian because she lost her life too in those years. now it happened again, and this time it is worse sebab sekarang adik-adik aku semua masih belajar. dulu ada juga si bongsu yang masih sekolah. at least the time pergi sekolah pagi, my mom boleh berkebun untuk isi masa sampai adik aku balik. now she is studying in melaka, weekend jela baru ada. it saddens me to see her cry. i wish i could do a lot more for her. bukan suami tak supportive, but now things are different. i can't split myself, so yes, kalau ada rumah tanah it will be better for her. duduk rumah burung, dia akan kebosanan nanti terkurung dalam rumah. 

study wise - pending. aku rasa berdosa sangat. so not gonna talk much about this. sampai la aku rasa ada progress yang membanggakan hahaha.

that's all for now, i guess. cakap pasal azam tahun baru pun tak guna jugak. sebab nanti kalau tak tercapai macam segan pulak bahahaha. cuma, marilah pakat-pakat berdoa things are getting better for all of us. for Malaysia. for everyone.

2 comments: