Thursday, October 11, 2018

having a new baby.

nope, not pregnant that's for sure hahaha. but was considering jugak nak tambah anak then bila anak emo guling-guling kat lantai freak out takut terus kah kah kah. those yang pernah baca apa aku tulis mungkin ada pernah baca pasal aku seorang yang takut komitmen haha. nak kawen pun makan tahun lama gila sampai mak aku ugut suruh kawen baru terima miahahaha. entah, rasa terlalu selesa being alone sampai takde rasa nak settle down. bukan tak laku ye, sorry sikit. makcik onion kat kampung selalu label aku anak dara tak laku tapi tolong ye, aku je tak expose boifren kat chuolsss sebab malas nak kena desak-desak kawen giteww hihi.

truth is, we planned for kids. i mean, my son was accidentally conceived. cemana nak cakap ek? like kau ok je kalau ada anak, but that's ok i will take my own sweet time. ada, adalah. takde, enjoy jelah hahaha. dah 2+ lebih kawen tak bunting-bunting, memang macam-macam orang cakap tapi ntah kitorang rilek je hahaha surprisingly sangat tenang, takdak rasa nak pi check ka apa ka hihi. perasaan nak ada anak tu sekejap rasa nak, pastu ketakutan terus kensel. tapi Allah dah kata kun fa ya kun.. makanya app disalahkan sebab patutnya tak pregnant kalau ikut app tapi terpregnant juga. paham dak hahaha. sebab tu masa disahkan aku pregnant tu aku macam blur blur jugak. macam takut as if tak kawen lagi plak freak out dia tu weh. serius dua-dua macam hare terdiam terkejut pastu dengan takde duit korek-korek apa ada dalam akaun nak beli upt kit yang mahal tu lepas tu untuk tengok wayang sekali kah kah kah. balik tu diam-diam test dalam toilet.. tatau apa nak rasa. hahaha omg sangat perangai kau kan? sampai hati patutnya lompat-lompat jerit-jerit nangis-nangis la dah kau pi buat hubungan intim tanpa perlindungan sapa suruh hahahaha.

esok anak iols dah 2 tahun 6 bulan (fuuhh how time flies and i am getting older) adalah few times terasa rindu nak ada baby. terasa rindu nak rasa perut keras-keras bergelombang ecewah. tapi bila memikirkan komplikasi masa lepas, lepas tu anak yang manja perlukan perhatian semua, kerja dengan tengah sambung belajar rasa tak ready pulak. eh tapi kau manusia, mana kau tau kerja tuhan haha. so sebenarnya kalau lekat pun aku ok je. macam biasa adapt lah dah ada ye dak? kena la bersyukur cara mana pun. kalau tanya laki aku manjang tak ready tapi bab hubungan intim tu tak pernah lagi cakap tak ready kahkahkah.

tapi yelah, besarkan anak ni tak senanglah. kos, masa, tenaga. aku ni konon berangan nak anak tiga. acah haritu lepas beranak insaf sekejap mungkin hanya satu sahaja. tapi bila tengok anak bijak (kof kof kof mampuslah angkat bakul), rasa eh sayangnya baka elok disia-siakan hahahaha. pastu bila geram bengang dengan laki makan elok je aku ni bersepah bersepai sana sini terus rasa eh aku single parent ke apa hahaha. hakikatnya anak aku prefer mak dia lebih dari segala-galanya okayhhhh sampai nak buat apa pun ada panda kat kaki. dah besar ni sekali sekala je dia gayut kat kaki aku. tapi tetapppp tak boleh hilang dari pandangan mata. kompem carik 'ane maqqqqq' hahahaha. sanggup dia angkut semua hazabedah toys bawak duduk sebelah aku walaupun aku tengah membasuh pinggan eh please eh kau dah besar esok kau lebihkan gf jaga kauuuu aku sindir cukup-cukup eh mak emo ke hahaha.

sejak lagi pandai cakap ni menjadi-jadi hiburan aku memang tak sunyilah. ya Allah, harap betullah didikan aku ni ya Allah. biarlah dia jadi orang beriman, orang baik berbudi pekerti. tak kaya takpelah, janji disenangi dan dipermudahkan. tapi kaya tu bonus la boleh pi bercuti selalu hahahaha amiiiinn.

hampa doa la nohhhh apa yang terbaik. kalau tanya kami... nope, not now. tapi rindu baby ni. acane ni hahah gedik kan? lempang kang hahaha.

Tuesday, September 18, 2018

the abuse of comparative and superlative forms.

tudia tajuk aku dah macam tulis paper akademik hahahaha. but nahhh this one is just a random post about my life as a mom. 

competition in life is endless, kan? letih sangat comparison especially bab parenting ni. bab becoming parents etc. aku beranak operate, pun jadi isu nak cakap normal lebih sakit bla bla bla. i am in no position to compare, you know? for me, kau beranak operate pun perut kau rabak, kau beranak ikut vajajay pun sama rabak. semua ada battle masing-masing, we own our own scars. so i tought.

eh tapi takkkk. not for those righteous people out there. dialah betoi, dialah hebat, dialah everything LOL. 

if i wanna brag, i can brag about lots of things. 

iols berjaya breastfeed anak iols 2 tahun chuolsss despite masalah tongue tie dia tu *tiup kuku* hebat kan? *smug face*

iols operate lepas tu tak habis tutup lagi perut rabak iols tu, ubat bius hilang chuolsss. iols tahan seketika acah-acah 'nak test mampu tak tahan sakit' aka aku blurrrr hahahahha sebelum menggelupur sebab sakit nak mampus kah kah kahhhhh hebat tak iols? hebat  kan? kan? *muka angkuh*

anak iols boleh bercakap dwibahasa chuolssss.. pakkal iols ni tak reti cakap arab je kalau tak tiga bahasa chuolss... nasib dah lupa bahasa jepun kalau tak memang sembang kari in nihongo la anak aku *flip hair*

see, lots and lots of things. but what for i wanna brag? my satisfaction? i don't need such feed to satisfy my needs. because i feel content with whatever i have. the fact that we almost lost our son with occasional bleeding episodes through gestation period, what more he was born prematured - we are happy with the way he is. he's smart. yes, why not i feel that way towards my blood? he's cute and adorable. of course! why not i feel that way towards my blood? he's my son for fishing sake. but should i go to people's face and keep boasting about it? of course not. 

you see, aku pun ada isu dengan some people whenever i say something nice about my son unintentionally - sebab kebetulan dia buat perilaku tersebut - they would be saying 'oh si polan tu lagi laaa bagus bla bla bla'. but i am not mad. sebab aku fahamlah if that's the apple of your eyes. you nak lebihkan dia, itu hak you lah. and telling you, this particular person is very very close to us tau. even my husband acknowledges this fact despite it comes from his side of relative hahaha. but that's okay for us. sebab he is our son, takpelah orang lain rasa dia biasa; to us he is special. very much. lantak sanalah kau nak compare-compare ke hapa hahaha.

but it becomes so hard to share my son's doings dengan family members sebab lepas tu ada je yang nak lawan haha. relative ni tau. related by blood. mula-mula aku rasa kebetulan. tapi lama-lama rasa eh same activity mesti nak highlight anak dia mampu buat jugak. udah kenapaaaa hahahaha. lek lek dahlahhh. aku nak tunjuk my son's happy face dia berjaya buat sesuatu 'adventure'. anak kau boleh buat jugak baguslah. baguslah anak kau normal. tapi entah lah lama-lama rasa tak best. in the end rasa malas nak share apa-apa sebab rasa macam kesian dekat budak yang dipertandingkan sedangkan battle tu tak wujud pun! selalu banding-banding anak aku, and jadi risau bila tak setara. penat nak cakap, berbuih rasa mulut yang semua anak tak sama. maybe aku yang over sensitive. mungkin orang tu pun sebenarnya niat nak share anak dia seronok accomplish the same activity macam anak aku hahahahahahaha tamau kalah gak aku ni over betoi.

eh tapilah kan. aku lately macam rimas bila subconsciously surirumah ni rasa 'me time' ni tak perlu. aku working mom, and still aku rasa aku perlukan me time away from my kid hahaha. aku kejam ke wehhh??? what's wrong with having my time to do what i love? bukannya aku abandon anak aku terus hahaha. walaupun everyday aku hantar dia pi taska, still kalau aku rasa nak cuti berdua-duaan dengan laki, aku cuti jela. and kitorang tetap hantar dia pergi taska. we are happy with that kind of arrangement. aku tak pastilah why some people are against this 'me time' concept, but i think it is actually quite good. my me time alone without husband is when i can sit quietly in my room, like now and do what i like macam tulis blog ni ke. there are days aku rasa nak baring atas katil tanpa ada suara halus berbisik kat telinga aku mintak susu or bising kata sempit hahahahaha. so i send that suara halus pergi taska, aku balik bergolek and own the bed to myself kahkahkah. simple je moment me time aku tapi yes, it makes me feel good. alaa kejap je punnnnn. lepas tu kompem teringat anak punyaaa. 

kau duduk 24jam dengan anak, you think that's very good ke? aku boleh je nak bahas pasal social needs, psychology needs ni but come to think about it.... why should i argue with those who feel no one is correct but only themselves? anak kecik ni, walaupun dia kecik, dia perlukan social engagement juga sebenarnya. that's why kita banyak dengar pasal playgroup, playschool semua ni. because they need to socialize to enhance their skills. this is part of their emotional and social skills. happy kids, bright future. so for them to be happy, they need to socialize. kena bagi sebab itu keperluan manusia. bukan suruh dia kawan dengan kau je. memang mom is the best, tapi kita takde apa yang budak-budak ada. which is ketidakmatangan tu hahaha. diorang kena bergaul with kids their age. nak explain makin berjela la nanti hahahaha.

anyway my masters now is in educational psychology. aku dah bosan study language hahahhahahhahahahahhahahahah *gelak nebes*

doakan aku habis study weh. aku cadang lepas master nak amik phd in child education pulak. pastu pastu tengoklah apa jadi malas dah nak berangan hahaha. phd tu pun kelam samar-samar jeeeee tapi takpelah aim big, start small, make moves gitewwww.

okaylah nak sambung tulis paper akademik FOR REAL hahaha. bye.

Thursday, September 13, 2018

isteri.

Nak cerita pasal rumahtangga hari ni sebab harini anniversary weols yang ke 5. baru ke 5 weh hahahahaha tapi tak terasa masa berlalu ecewah.

anywayyyyyyyyy. Katanya, tanggungjawab laki serba serbi. bagi nafkah zahir batin, buat kerja rumah etc. isteri cuma serve suami, menyenangkan hati suami hahahha. i mean, there's nothing wrong with that, baguslah dapat laki robot camtu takde hati dan perasaan mihmihmih. laki pun manusia weh, ada masa dia pun rasa macam isteri juga. 'kan ke bagus kalau suami/isteri tolong gitu gini bla bla bla' gitewwww. sama je laki ke bini ke asal nama manusia kita suka la kan ada orang nak bantu kita, mudahkan kita. kan? 

kitorang laki bini kerja. balik kompem dah penat. tapi itulah. kerja rumah masih nak kena buat. kau bukan ada maid hoho. tak teringin pun nak ada because we treasure the privacy. laki aku memang rajin, ada la kerja-kerja dia buat. macam basuh baju, buang sampah memang jarang la aku buat hahaha. jarang sangat. dia tak berapa gemar aku basuh baju sebab dia kata aku suka sumbat banyak-banyak dalam mesin nanti tak bersih haha. dia pulak suka basuh bertrip-trip; aku tak suka macam tu sebab nanti banyak plak round baik buat sekali harung hahah dasar pemalas. sejak ada anak, aku uruskan anak banyak. if not dulu aku uruskan mengemas rumah. now masih menguruskan tapi macam dah kurang je hahaha. sebab anak kecik lagi, dia ibarat bayang aku melekat jeee. melipat masih di bawah bidang tugas aku, tapi sekarang sejak ada anak baju dia je aku lipat yang lain campak bakul haha. masak masih aku, tapi jarang sangatlah sebab kes ada bayang tambahan ni hahaha. laki aku prefer makan luar sebab senang kurang sampah dapur pun tak sepah haha. tapi lap dapur kadang-kadang laki tolong. tapi sebenarnya bab keeping things or mengemas ni memang aku lah laki aku kureng sikit haha. eh banyaknya tapi aku.

entahlah, recently aku selalu ada rasa aku tak berkhidmat dengan baik as a wife. rasa inadequate pulak. i mean, i know everyone tak perfect, tapi sejak aku makin tua ni rasa badan cepat penat la. nak buat apa pun macam letih je. balik rumah aku dah lemau. tapi laki aku macam lipas kudung amik baju kotor basuh semua kutip sampah kalau ada etc. aku, melemau depan tv tengok anak main haha. i know i have my own contribution but sebagai typical wife aku rasa macam satu isu plak aku tak buat kerja sebanyak yang digembar gemburkan social media isteri kena gitu gini hahahaha. like kena layan suami macam king. i mean, memang la aku hormat kat laki aku, tak berani nak berkata lelebih etc haha. tapi ada few times gak gaduh bab buat kerja ni kah3. gaduh pun pelan je takde tinggi-tinggi suara bagai hahaha more like lawan-lawan jawab cakap je tapi cam gaduh bebudak. boleh bayang tak? hahahahah. few minutes after buat bodoh je cakap benda lain pulak haha.

ee entahlah ek. aku susah hati fikir pasal hak suami isteri dan kerja rumah ni. macam race plak nak tengok sapa buat kerja lebih sapa kurang. laki aku takde cakap apa pun, aku je pepoyo pikir pikir ni hahaha. cam satu kerisauan pulak. terus aku gosokkan baju-baju dia dan buat beberapa perkara lain sebab nak tebus rasa bersalah hahahaha.

eh okaylah. nak buat paperwork 'tahi' ni. aku benci program niiii tapi sebab aku tak pregnant depa lantik aku jadi setiausaha. eh demmit la nak pegi mengandung la sekarang haha. ok bai.

Friday, July 13, 2018

sekelip mata.

aku dok baca-baca apa aku pernah tulis kat blog ni. lepas tu tak tahu nak rasa apa hahaha. macam sedih macam happy macam kelakar macam bangang eh semua adalahh haha.

betapa aku seronok cakap penghujung tahun 2012 it was a great year for me... tahun 2013 so-so, tahun 2014 macam neraka hahahahahahhahahah. sampai sekarang masih pulun nak atasi trauma yang terjadi eh hangen kalau ingat haha kang setan mai hasut suruh mencaruts pulak haha.

rasa macam lain benor penulisan aku dulu dan sekarang. dulu lagi bold, sekarang acah-acah sopan alim-alim sikit hahaha. betullah manusia berubah. dah tua mulut pun tak celupar macam dulu. dulu semangat sambung belajar. rasa tak percaya eh aku ke yang semangat dan progress laju tu? hahaha sekarang lingkup habis hilang motivasi hilang jiwa semua ada. mujur saki baki semangat tu ada, pergi jugak daftar lagi sekali. tapi sekarang macam menyesal pun ada.

so apa lesson aku dapat harini?

1. jangan korek cerita lama.
2. jangan seronok sangat lepas tu menangis la kau hahahahahha.
3. pi la buat kerja dah kenapa kerja tangguh kau dok main blog ni hahaha.


ok bai.

Tuesday, July 3, 2018

cermin diri.

eh raya-raya ni banyak pulak orang sembang pasal 'hubungan' pasal 'adab' ni. dan aku tak mau terkecuali sebab ada satu insiden yang membuatkan aku rasa nak membitchy (if such word exists haha).

aku ada baca khairul hakimin tulis dekat fb pasal tayah la tegur orang-orang yang tak membantu buat kerja rumah tu. atas sebab jaga hubungan. tapi yang aku hangin bila orang bagi alasan tayah tegur untuk jaga hubungan, walaupun terang-terang perangai macam khinzir. like wadefish sangat hahaha.

kau taknak orang tegur kau, in the first place jangan baring macam gautama budha depan tv. kau tu pompuan. ada aurat, ada batas. ni sapa baca terasa mampusla. bontot besar macam wanita afrika, sila jaga sikit. sakit mata tengok tau. simpan sikit untuk laki. orang lain tak hadap bontot besar kawah hang tu. jangan cakap tak payah tegur untuk jaga hubungan. kau meleser depan tv, ada ipar duai lelaki tak malu? tu tak masuk bawah chapter 'jaga hubungan' di rumah orang ke? meh sini aku bogel kat rumah kau tengok mak bapak kau nak tegur tak. hahahaha emo hakak. kau pemalas, jangan bagi alasan setiap orang ada sumbangan. apa sumbangan kau ek? duduk dahlah menumpang, anak tiri pun kau malas jaga yang kau pikir kau nak cantik-cantik, nak rehat-rehat. kau kahwin orang ada pakej, tapi berlagak macam pengantin baru kahwin teruna dara wadefish lagi sekali. air pun laki amikkan hidang dalam bilik, kau ingat ni hotel ke ada room service? eh benaknya perangai. tapi eloklah laki pun macam makan nasik kangkang sama naik bodoh hahaha.

aku benci orang play victim ni. kau bodoh. sekian. tayang aktiviti-aktiviti bidaah kau sana sini, lepas tu marah bila kena tegur. kata pemikiran sempit. elok orang macam ni pegi jual produk timbang kilo. jadi founder otak cicir. nanti bila kena kutuk, kau cakap la orang macam-macam. orang membawang la, orang jeles la hapa la. eh kamon, sapa nak jeles kehidupan sedih kau tu? orang sakit mata sakit hati tengok perangai kau tak reti bawak diri tu. cipap berlendir 24 jam. eh emo lagi sorry harap takde yang terkesan dengan bahasa emosi hakak ni hahahahahaha.

serious aku tak boleh brain orang yang murah ni. bukan nak berlagak sosok-sosok suci, tapi serius la aku rasa kau trashy hahaha. ini bukan sebab kau tak baik dengan aku sebab aku takde barang branded, aku tak kaya. tak, tapi kau memang murah. sorry beb. truth hurts. eh tapi the fact kau tak baik dengan aku sebab aku tak 'nampak' kaya dah say something about you hahahaa. tahukah kau kami sebenarnya insan berada? aku memang takde handbag berjenama, barang-barang biasa-biasa. tapi tahukah kau aku ada sebiji rumah yang aku sewakan? kereta aku tak mengharapkan laki. kereta import ok. kau pakai kereta tempatan tu pun aku dengar hazab nak naik bukit kah kah kah. 

and you talk about jangan tegur sebab nak jaga hubungan. haktuih la. sendiri perangai khinzir tak pandai bawa diri, yet orang jugak salah sebab menegur as if yang tegur tak reti jaga hubungan. don't you think it's funny and ironic?

eh lupa kau bodoh mana boleh pikir. sekian.

p/s: aku tengah emo sebab ada bitch brainless plus laki dayus berkeliaran berdekatan. berkeliaran je takpe ni keluar statement-statement otak cicir ni lagi bikin hangen hahaha. post ini mungkin akan dipadamkan bila malaikat dah mai meresap dalam diri. la ni tengah penuh dengan setan penghasut okay bai hahaha.

Friday, June 22, 2018

stress, anxiety and depression.

tahukah anda, ketiga-tiga perkara di atas adalah perkara yang berbeza? jika anda stress, anda tidak semestinya ada depression. stress itu normal, namun harus terkawal. bilamana dia berada di luar kawalan, ia akan bertukar menjadi anxiety, dan jika anxiety tidak dikawal dengan baik ia akan menjurus kepada depression.

dah dua kali aku buat test, dan dua kali jugak aku ada level anxiety yang teruk. aku ada trigger factors. huhuhu. tak fun weh knowing that you could easily fall into depression. Alhamdulillah, belum la lagi tapi possibility is there. so sekarang aku cuba untuk tenang, aku kurangkan bercakap perihal orang yang boleh buat stress aku accumulate hahahaha.

masalahnya, the more i avoid, the more people feed me with the gossips. like how my in law is so bimbo hahaha. punya bodoh sampai aku rasa tak boleh hadam weh haha. kawan-kawan opis hat suka bergosip semua aku abandon habis sebab tak suka nak memikirkan masalah orang. dah lah cerita buruk diulang-ulang eh rimas aku hahaha. aku malas nak serabutkan otak. if it is too much, memang selalunya aku angkat kaki pun. macam poyo, kan? tapi hakikatnya laki aku adalah tempat aku bergosip haha. aku suka gosip dengan laki aku sebab dia ni macam kak nam jugak haha. pastu dia realistik jugaklah, selalu stabilkan aku yang emosi ni. kalau aku cakap pastu dia tak sambut tu aku tahulah aku dah over miahahahahah.

kerja aku banyak ni, tapi harini hari pertama kerja selepas cuti raya yang panjang. dan aku selesema teruk. non stop bersin, mata gatal ahhhh bilik aku kah yang bersalah hahaha. esok kena bawak ubat siap-siap ni. anywayyyy aku akan ke yogjakarta ogos nanti. ada apa-apa cadangan aktiviti/makan/shopping yang tak ekstrim? sebab aku bawak seketul anak berusia dua tahun yang tak berapa nak faham bahasa sangat dan kadang kala sukar dibawa berbincang hahahaha. jangan tanya kenapa yogja, sedangkan tempat itu diketahui umum sangat adventurous dan sesuai untuk nature lovers. we are both, tapi dengan ada seketul anak ni tak mampu nak adventurous sangat. orang sponsor pergi tinggal bawak duit poket je, jadi jangan banyak cekadak ye pergi jugaklah buat seronok-seronok perabih duit shopping kah3. tujuh kanak-kanak pelbagai usia nak pergi ni, ya Allah kurniakanlah kesabaran buat kami laki bini nak berdepan dengan hiruk pikuk perangai mereka sedangkan anak sorang pun boleh hilang sabar hahahahhahahahahahha aku nebes ok. 

ikutkan perancangan bulan september nak travel ke satu tempat istimewa sebab acah-acah anniversary 5 tahun kahwin. ni dah jadi trip yogja ni.... makanya kita nengoklah cemana kan. dalam malaysia pun on jee tapi date kami pilih tu rasanya macam ramai je orang bercuti huhu tak suka ni sesak-sesak kami pasangan introverted hahaha.

aku selsema teruk ni. tapi masih di pejabat. ohemji sangat acah-acah workaholic miahahaha. padahal dok gugel nak pi bercuti kat pantai la nak cari hutan la hapa laaaa. opis masih sunyi dek ramai cuti next week baru ada orang. ni bosan-bosan ni mulalah terfikir kalau aku kayaaaa.... kalau aku kayaaaa.... 

Thursday, April 12, 2018

kehadapan kesayangan mak.

anak mak, ali.

ali dah dua tahun! alhamdulillah, kita berjaya berjalan sejauh ni. appointment ali pun dah banyak kurang, tinggal satu dua je lagi. harapnya menjelang ali tiga tahun ali dah boleh bebas. walaupun sekarang ali asyik menuntut kebebasan je hahaha. 

ali dah pandai lari. sana sini ali lari. kadang mak tak larat nak kejar. mak penat tapi mak suka ali happy so mak gagahkan juga. mungkin kalau mak kurus otot-otot mak kuat, mak tak setua ni mak mampu nak teman ali lari hahaha. tapi ali, terimalah nanti satu hari mak dengan ayah pun dah tua, silap-silap tak sempat tua pun huhuhu.

hari-hari mak doakan ali jadi anak yang baik. orang yang baik. yang soleh. ali suka tonggang tonggeng solat. biar istiqamah, ye nak? murninya hati anak sekecil ali. tak reti berdendam. mak marah pun lepas tu datang balik kat mak sengih-sengih macam tak bersalah hahaha. hari-hari mak ajar ali sebut 'i love you, mak' hahaha walaupun ali pelat-pelat lagi. mak harap nanti doktor dapat decide la apa nak buat dengan lidah ali ni ye. pada mak ali ok sangat-sangat dah. bijak, pandai cakap omputih hahahahahah walaupun kadang-kadang mak bingung nak teka apa ali sebut. ali comel, sebab ali baru dua tahun. mungkin bila ali dah 2o tahun ali tak comel dah. buat apa sekarang memang tak kena marah. buat la masa dah 20 nanti tengok macam mana hahahhaha.

mak tak sangka i'm gonna write like this. nak bahasakan diri mak. rasa aneh sebab i never plan for this. rasa unbelievable pun ada sebabnya hari-hari ada orang lari panggil mak mak kat kita hahahaha cam eh ada anak dah ek camtulahhhh rasanya. teringat-ingat ali masa baby, bau dia, pipi tembam dia, semualahhhhh ya Allah rindunya dekat ali. 

kalau ali baca ni, ali baby mak.. sampai bila-bila. jangan lupa tu k. i love you, ali!


p/s: banyak ni barang-barang ali nak preloved. mana nak jual ni... hahaha sindrom mak pertama kali, semua benda nak beli lepas tu pakai kejap dah tak muat mihmihmih.

Tuesday, April 10, 2018

translator/proofreader/editor

tick tock tick tock bosan la kerja. why do i have this same thought again and again ek. aku bosan same routine. dah almost 10 years weh kerja sini mau tak bosan hahahaha. macam tak sangka wehhh nak 10 tahun dah gila la wehhh aku sendiri wonder bagaimana aku mampu bertahan.

aku rasa macam nak tukar nature kerja la. hakikatnya aku seorang yang introvert. tapi jadi cikgu. so seorang introvert kena pretend mesra all the time ni sangat meletihkan hahaha. ada tak sesapa tahu cemana aku nak jadi translator or kerja-kerja berkaitan editing/proofreading yang memungkinkan aku kerja from home? or kalau masuk office pun i could just do my work at my place no need to talk/teach hahaha letihhhhh dah ni. tahun 2018 ni kesihatan aku merudum weh. macam banyak tak sihat dari sihat acaneeee aduyai.

and if ya'll tau ada kursus2 editing proofreading translating let me know jugakla k. especially if the fee is reasonable and the place is reachable. eh banyak kau demand hahaha.

anywaaaay... we have been married for almost 5 years, and today is the first time he goes somewhere quite far for a camp.

honestly, bercampur baur perasaan ni haha. the thought of i could have my personal space is awesome. but bila fikir baju siapa nak basuh, anak siapa nak urus, kereta siapa nak drive hahaha semua ni laki iols yang banyak buat huhuhu. aku dahla bangsa suka berpikir 'what if' ni. ngeri betoi pikir what if this is gonna be forever please don't please don't aku tak ready huhuhu. padahal dulu membujang lama la jugak kannn tetiba je kau hilang arah ek padahal laki outstation 3 hari sajerrrr hahahaha.

yela, kitorang kerja same place. tapi different department so takdela asyik mengadap muka dia je kot ye pun haha. cumanya, breakfast lunch confirm sesama. pergi kerja balik kerja sesama. basically memang lebih banyak bersama dari tak bersama eh banyak nya sama sama sama hahahaha. orang tanya tak bosan ke? aku pun tak faham kenapa nak bosan aku dah pilih jantan ni jadi laki aku insyaAllah sampai mati kot hahaha. kenalah hadap lepas tu kalau dia membosankan kau ingat aku nak ke pilih dia jadi teman hidup? ehh gitchewww garang plak hakak explain kah3.

oklah, nak cari tujuan hidup pulak. gila merapu meraban macam takde hala tuju ni hahaha. k baiii.

Monday, March 12, 2018

second marriage.

kegagalan buat kau belajar what works and what doesn't. second time, you expect to be better and wiser. kau assume kau patut lebih cakna, lebih alert, lebih mahir serba serbi. but siapalah kita dalam menilai kemampuan diri. kadang-kadang tersasar sebab manusia itu fitrahnya pelupa.

aku cuba untuk terima, tapi lepas satu persatu kau tertanya-tanya kat mana effort untuk jadi lebih baik? nampak macam tak ada apa yang berubah. tapi, again, siapalah aku untuk menilai. aku cuma orang luar yang melihat. lama-lama kau decide, lantakkan ajelah. family, tapi bukan bawah tanggungjawab aku pun hahah.

anyway, nak cerita pasal depression. 

haritu, last posting aku, i wrote i was not okay. aku tulis jugak sebab aku nak jadikan satu ingatan bahawa aku juga insan lemah. aku tewas dengan perasaan sendiri. who am i to fool? diri aku kot. i know something was not right. aku kena panic attack, i couldn't breathe. aku menggigil dan aku tak boleh bersuara. apa saja laki aku cakap, aku rasa dia 'menyerang' aku. so not good.

aku macam terawang-awang. bawak kereta tanpa arah tujuan. aku tak tahu nak kemana. dengan siapa aku nak bercakap. please, jangan cakap dengan aku aku patut solat dan cakap dengan Allah. i needed someone so badly. aku mati kutu. last-last aku pi klinik. doktor tanya aku sakit apa. aku jawab, saya sakit kepala. remember aku cakap aku tak boleh bersuara? suara aku pecah-pecah dan bergetar, sebab aku tahan nangis. like, kenapa aku begitu sayu? soalan biasa sahaja seperti selain sakit kepala, mana lagi sakit? since bila sakit ni? BP you sangat tinggi ni ok ok tarik nafas lepas tarikkk lepas. doktor kata, awak bukan sakit kepala. awak tertekan pasal apa ni? awak citer kat doktor sekarang. you look so bad. tell me what's wrong.

terus aku mengongoi macam baby hahahah. gelak la kan sebab skang dah okay dah. hari tu buat aku realize, kuat macam mana pun kita rasa diri kita, kita cuma manusia biasa. ada breaking point masing-masing. rasa kelakar bila aku borak dengan member aku, dia muka tak percaya sebab dia kata dia tak sangka aku akan sehazabedah gitu. aku tatau tu pujian ke apa hahaha. hubungan dengan member aku ni aneh. we knew each other masa sambung belaja haritu. lepas tu dua-dua drop out hahaha. jarang-jarang contact, but so significant to each other. dia tak judge kesilapan aku like others do. hidup dia unik. mengabdi kan diri berbakti pada keluarga. aku kagum. dia pulak dok kagum dengan aku kata aku kuat semangat la very positive la wehhh tu semua propa berlakon baik dok adaaa aku habaq hang hahaha.

hakikatnya, aku masih lagi si paranoid dengan orang, masih lagi tak gembira bekerja hahaha. aku patut kerja tapi ni dok mengarut tang ni plak. haduyai. oklah nak work work work.

bai.

Wednesday, January 17, 2018

legendary.

it's the third week of new year. yet, nothing pleasant about work so far. but life is all good. good if it's not related to work hahahah can see tak how much i despise my job now?

speaking of new year, of course i have few things i wanna achieve. bila baca entry ain terus rasa eh macam lebih kurang sama plak dengan rancangan den ni hahaha. aku tengah berusaha keras nak hapus kan hutang-hutang jahat ni. ni semua sebab kegagalan masa muda ni. gagal kawal diri, kawal nafsu, kawal kewangan etc. acah-acah dosa silam la niiii. skang, rasakan. merana tubuh badan.

but it's okay. ain pesan kena positif. maka hakak pun pikir takpelah benda dah berlalu. sekarang mari cari jalan untuk selesaikan masalah tu. masalah duit boleh urus beb. masalah kerja eh gi mampus dulu la hahahahha nanti pikior haha. doakanlah by hujung bulan ni aku dapat selesaikan apa yang patut hehehe.

aku pernah beli rumah. in fact, aku ada rumah sendiri sebelum aku kahwin. so, itu pun satu achievement, kan? walaupun banyak masalah masa nak beli dan selepas beli, tapi tu semua pengalaman. i can proudly tell people i own a house. and aku ada rumah sewa hahahahahaha. tapi itulah, masih belum mahir selok belok pengurusan kewangan. i think it will take some time for me to solve this problem. but better late than never kan. kan kan. i should read more, and cut off expenditure yang tak perlu. but recently i develop a bad habit weh. a very bad habit la pada aku. which is, bila stress i need to shop. benda kecik-kecik je pun as long as i shop hahahaha. bahaya, kan?

but aku berjaya control diri dua tiga bulan ni bilamana aku tak pegang any cash in hands. all expenses macam minyak, tol, makan, beli barang runcit laki bayor haha. tapi aku kan shopping through online. so what i did, aku kosongkan akaun shopping rahsia aku tu. aku cuma tinggalkan rm50 je just to keep my sanity la sebab kerja aku memang tekanan banyak weh hahaha. at least oklah jugak daripada sebelum ni beratus-ratus duit aku lebur huhuhu. tapi ada lagi satu account shopping. yang ni kami laki bini share. akaun ni memang aku guna as main untuk settlekan bills payments etc. sebab laki aku ada akses to that account. so he knows every detail yang aku spend. dapat je gaji, aku akan terus masukkan duit ke situ. papehal spend situ je dulu. akaun shopping rahsia aku tu aku bekukan hahaha. 

laki aku gaji tak banyak. tapi so far tak pernah tak cukup lagi. konsep dia ambil maklumlah peranan masing-masing. sebagai isteri aku tau kemampuan dia takat mana. alhamdulillah so far aku tak rasa lagi nak demand-demand hahaha. moga kekal istiqamah la kan. aku ingat dulu bapak aku pesan macam-macam walaupun masa tu aku tak kawen lagi. dia tau masa tu boipren aku tu biasa-biasa je. anak dia pulak acah-acah ada degree kan. bapak mana tak risau. tapi dia bukan risau kat boipren aku tu hahahahah. dia risau boleh ke aku kekal menjadi 'isteri'. maksudnya, mampu ke aku hormati suami walaupun dia tak kaya, tak mewahkan aku, aku kena bantu dia secara kewangan dengan banyak etc. risau sangat aku jadi isteri derhaka, isteri yang tak diredhai huhu. tapi ni tahun ke lima aku jadi isteri, alhamdulillah Allah mudahkan. dan kami okay. sebab aku tau aku siapa. ISTERI. besaq weh title ni huhuh. untuk orang yang sangat berdikari, keras kepala, bapak aku tau aku cemana. sebab tu dia risau hahahaha.

kalau papa hidup lagi, mesti dia bangga tengok aku boleh ikut cakap dia keh3. rindunya. haih.

takpalah. his blood runs in mine though he is gone. so, takpelah. 

speaking of legendary. i am a legend. sebab apa? pm tepi ah satgi akak cite kah3. aku tatau la nak rasa apa.. but honestly, sikit pun tak sedih tak kecewa tak apa. aku rasa kelakar. nak kata marah pun tak. lebih macam rasa tumpul hahahah mampus kau la labu. i don't live for the job pun. so, sukahati. every word that came out from ya mouth pun dah menjawab kepada why i shouldn't feel a thing. it was not an issue pun because jawapan udah jelas. but yelah, to some, periuk nasi is periuk nasik. so takpelah. i'm okay. 

i am a legend. remember?

Friday, January 5, 2018

I would never be perfect

Aku insan tak sempurna. I have issues, problems etc. So sometimes i could not deliver good works or being a good teacher or being a good colleague etc.

Despite those, i still have feelings. I really wanna be good. I wanna change. I wanna prove i can do it too. But i need space. And i need to be given at least a chance. Give me the time n space i need. Let me deal with things one at a time.

People are having their own hurdles in life. And to force them, to shove your idea of being ideal to people who do not have privileges like you do is unfair. I fell down so so low; the lowest point of my life recently. 2014 was the worst year for me. 2015, i struggled so hard to pick myself up. I didn't fully succeed. 2016, i tried again, and again to no avail. I kept asking myself why people loved seeing me fail? Am i not worthy at all?

2017, i thought life would change. But it was just the same. There was light at the end of the tunnel. But the end was far far away. Too far for my reach. 2018. Nothing is great for now. I am still trying to pick myself up. Orang kata move on. But how to when people keep on trampling on you?

I am not perfect. So sometimes i made mistakes. I lost my motivation and passion. I felt betrayed. I succumb to my own ordeal.

Aku dah penat. Penat cuba nak betulkan keadaan tapi masih tak betul-betul. Mungkin betul aku sebenarnya bodoh, dan tak reti buat kerja. Mungkin.