Saturday, December 31, 2011

what i want most now.

to spill out everything that bothers me to the utmost.

i already have the answer.
the choice to make.
the cure of the pain.

but the cure isn't just a cure.
it will kill me instantly.
problems are solved, but i'm dying.

how i wish i'm a real angel.

Friday, December 30, 2011

andai aku seorang ibu.

tengahari tadi aku melepak di pantry dengan kawan-kawan. ada seorang kawan aku baru je menjadi ibu tiga bulan lepas. dan hari ini beliau membawa anaknya ke pejabat. aku tak ada masalah kalau kau mahu bawa anak ke pejabat, tetapi jika ada rancangan mahu ke suatu tempat adalah lebih baik jika rancangan itu difikirkan baik-baik dan memasukkan anak sekali. sebabnya bila anak ditinggalkan dengan kawan-kawan di pejabat, lepas tu menangis punyalah kuat haih kesian pulak ye dak?

memang orang lembut hati dengan bayi, tapi aku harap walaupun kawan-kawan neh baik-baik belaka janganlah dibuat selalu sebab nanti orang mengata pula. aku boleh je tolong jaga tapi aku tak jaminlah aku takkan bercakap tentang sikap ibu suka lepas tangan ni. jujur neh aku cakap awal-awal.

anaknya selsema. mengikut pengalaman aku yang banyak jaga budak dan bayi, jangan bagi dia tidur bantal rendah. ini, main letak je anak tu. sudahlah tak selesa, kipas angin betul-betul atas muka, macam mana nak tidur walaupun aku tengok muka dah selebet sangat sebab mengantuk.

anak tak menangis, dijolok jugak suruh menyusu sebab konon nak bagi tidur. lepas tu dah tidur, biar je menggonggong kantung susumu itu. mak aku marah kalau macam tu. sebab bila dah dibiasakan macam tu, konsep dia sama macam kau bagi anak tidur dalam buai. bila tak ada atau tak buat macam tu ragam dia lain macam. end up bila ke majlis kau pun berkepit je dengan anak terus kelihatan seperti berat tulang ha dah jadi mangsa umpatan orang lagi. orang kalau nak mengumpat neh bukan kira kau mak ke ada anak kecik ke hapa. so jangan bagi peluang untuk diumpat.

lepas tu kalau anak dah tamau menyusu, cepat-cepatlah kaver buah dada kau tu. hadoi walaupun aku perempuan dan mungkin jadi ibu suatu hari nanti tetap aku tak teringin nak tengok buah dada orang neh. kalau ye pun kau rasa buah dada kau mengancam tapi biarlah laki kau je yang tengok, okay?

aku tegur juga tadi anaknya tak selesa hidung tersumbat. tapi yang dia jawab 'eh tak ah, kahak je'. duhhhh dah kalau bernafas berbunyi kahak maknanya dia bernafas guna mulotlah~ aku tak tahu pula kahak tu menghasilkan bunyi di hidung grrrr. nak jadi ibu neh bukan cuma teran dan keluar anaknya, tapi pekalah sikit dengan benda-benda lain. aku tak sampai hati aku ambil dan tepuk-tepuk sampai tidur. yang maknye tergodang tidur jugak haih tak segan ke anak kau orang yang concern. kalau tak fikir anak tu memang la aku tendang maknya wahahah bengis nyahhh.

dan paling aku tak boleh blah, haih tukar lampin anak tapi kau tak basuh alat sulitnya. alasan, anak alah dengan wet tissue. errr kalau camtu kenapa tak pakai air? peliklah. kau tahu tak hukum najis? kasihan anakmu. memanglah najis bayi lelaki hukumnya najis ringan tapi kasihanilah anakmu diselaputi air kencing sendiri wawawa. kami yang lain terpaksa berpandangan sesama sendiri.

hurmmm kalau fikir-fikir memanglah aku neh tak baik juga mengata kawan sendiri di sini, tapi apa nak buat dah aku tegur tak jalan juga yelah aku ni siapa jangan kata beranak kahwin pun belum. jadi aku seperti biasa membebel di sini sebagai peringatan untuk yang membaca dan juga diri sendiri. semoga kawan aku boleh menerima hakikat bahawa dah menjadi ibu tak bermakna kau seorang yang lebih baik daripada aku yang bujang wahahahaha tah apa nasihat.

ok baiiii~

ku merindu esheeehhh.

kalau entri sebelum ini aku sepertinya meroyan sorang-sorang, sekarang aku sungguh gumbira hati berbunga-bunga hewwwwhewwwww. mana nak cari kawan baik yang sanggup mengembara ke pasar malam memburu makan malam untuk kawan baik yang sibuk berjuang mendidik anak bangsa?

jawapannya.... sudah ku temui. hihihi wahai kawan baik ku, sudahkan kamu berkahwin denganku? hihihii.

Thursday, December 29, 2011

we are all living in denial, aren't we?

aku sebenarnya  bukanlah manusia yang mudah difahami, and sometimes i hide everything i feel because i don't want to hurt anyone else. dulu, aku lebih banyak menyorokkan rasa hati. sekarang macam dah kurang sikit sebab aku selalu luahkan pada incik kekasih. 

cuma adakalanya, ada beberapa perkara aku tak boleh nak terlalu jujur. susah. sebab pertama, aku tak reti nak mulakan macam mana. dan kedua, macam biasa aku sudah tahu apa kesannya. most of the time bila aku luahkan pada incik kekasih, maknanya aku memang dah tak boleh hold everything to myself. aku rasa seperti dada aku mahu meletup.

dan masalahnya bila aku diganggu dengan sesuatu, aku keep on thinking about it. dan bila aku start untuk rasa marah, susah hati, sedih etc - aku terus jadi senyap dan berat mulut. orang memang akan instantly boleh tahu aku memang bad mood sebab walaupun mulut aku cuba untuk tak cakap or luahkan apa-apa, muka aku tetap yang paling jujur. 

sekarang aku ada satu terapi baru. aku suka hembus nafas as if orang nak bersalin. i learn that it eases the pain i have. tak kisahlah fizikal atau emosi. kadang bila aku nak marah or nak menangis, aku buat aje begitu untuk tenangkan diri sendiri. kamu bagaimana? ada tak terapi yang bagus yang boleh aku amalkan?

hari ini aku tak gembira. ada banyak perkara mengganggu minda aku. semalam aku terfikir, kadang kala kegagalan sesuatu hubungan bukan sebab pasangan itu sendiri, tapi faktor dari luar. atau orang lain. tidaklah aku kata hubungan aku dan pasangan aku gagal - aku terfikir kerana sesuatu secara tak sengaja. tapi siapa yang setuju dengan aku sila angkat tangan.

berkenaan tajuk entry - it's more like me. aku memang hidup dalam penafian. aku nafikan macam-macam, termasuk perasaan aku sendiri. kadang i really want something sooo badly tapi kerana aku tahu aku akan menyusahkan dan mungkin menyedihkan orang yang aku sayang maka aku akan beri pelbagai alasan as if aku tak teringin pun.

sometimes aku teringin nak orang tahu apa sebenarnya isi hati aku tanpa aku perlu luahkan dengan kata-kata. teringin orang faham kenapa aku marah dan sedih. teringin orang mengerti kenapa kadang-kadang aku berperangai seperti biatch atau green monster. percayalah, aku pun tak ingin mendera emosi aku begitu tetapi aku tak ada pilihan. kau ingat seronok ke mengongoi-ngongoi atau menyinga sana sini meneran to make your point heard.

aku terbayang sifat semulajadi anak kecil yang meragam kerana mahukan sesuatu tapi tidak tahu berkata-kata. aku melihat aku seperti itu. ada sesuatu yang aku pendam, tapi tak boleh diluahkan membuatkan aku berperangai jijik. seperti kau sudah geramkan sesuatu but nothing you can do about it dan secara tiba-tiba ada perkara lain yang memanglah geram tapi sebenarnya tak apa-apa pun maka terus kau amuk as if it's a big deal. heh tak apalah kalau kamu tak faham. aku faham je.

dan aku ada satu perangai pelik. bila aku terlalu marahkan sesuatu aku menangis sambil meluahkan. tu kadang  bila marah aku suka diamkan diri aje. tak payah nak luah-luah kang lain jadinya. tu kalau marah. kalau sedih tayah cakaplah. tahu-tahu dah meleleh. heh dulu muda aku tak begini pun, serius shit weh. muka ketat je orang ingat aku sombong berlagak acah-acah cun aje bahahaha. tapi sejak makin meningkat umur neh makin murah pulak airmata eee mensikkkk. dan airmata aku lagi murah bila dengan encik kekasih. ini lagi aku menyampahlahhhhh kau dah apehal nak jadi ratu airmata sangat sekarang, pompuannnnn?

huishhhh dua tiga hari ini emosi aku kurang stabil. mungkin kerana nak period. heh again, kau jadikan pms sebagai alasan padahal kau memang tak puas hati dengan macam-macam hal hari neh. tunggulah nanti dah lepas datang bulan macam mana pulak emosi aku. ke aku cakap ala-ala kita puuutaaaaaarrrr abang halim!

heh whatever.

Wednesday, December 28, 2011

teka teki


cuba teka apa yang aneh. hihihi.

working station.


aku suka je bergolek-golek buat kerja. tapi aku rasa dengan pinggang mak nenek aku ini, i definitely need a new working station. beberapa minggu lepas, pinggang aku tergeliat gara-gara meniarap guna laptop. hahhh ambik kau, sampai hari ini sengalnya masih ada. i need a small table, and a comfy chair. budget bawah 100 bahahaha nak cantik, grand tapi murah. so like my officematessss.

fuuuuhhhhh. berdebor jantung neh tak hilang lagi. takutnya nak tunggu feedback dari bakal supervisor kesayangan wuuhuuu.

Tuesday, December 27, 2011

my heart beats faster than i can imagine.
super duper anxious.


for the fear which i can't explain.

Sunday, December 25, 2011

it's a curse, perhaps.

family aku memang ada masalah dengan adik beradik on my father's side. bapak aku ada tiga beradik je, bapak aku bongsu. kadang aku terfikir kenapa kakak and abang bapak aku semacam sikit perangai. bila aku melihat adik bongsu aku perangai boleh tahan sepertinya minta pelempang aku je kerja, aku terasa apakah bapak aku pun macam tu juga sebab tu diorang pun berperangai jelik dengan bapak aku.

aku dengan bapak aku memang rapat. sentiasalah telinga aku ini menjadi tempat tadahan beliau meluahkan macam-macam. tak kurang juga aku kena khutbah dan tazkirah yang berjela-jela. aku aneh. kalau adik beradik aku claim mereka very close to him too - apasal aku je yang beria-ria mengamalkan apa yang dia ajarkan pada aku?

bukanlah nak kata aku bagus ke apa. salah satu pesan dia adalah jaga mama bila dia tak ada. aku cuba jugalah nak kotakan permintaan dia walaupun sangat susah dan mak aku pun tak sempurna, ada je yang tak kena tentang aku di mata dia. tapi tak bolehlah aku nak jadikan itu alsan untuk melepaskan tanggungjawab aku, kan? kau kata kau sayang, tapi kau tak zahirkan pun. sekadar cakap nak buat apa. lepas ni bila mama dah tak ada, i bet yang diorang akan cakap macam apa yang berlaku sekarang. papa la everything, the best. dah tak ada baru nak appreciate, untuk apa? 

salah satu pesan dia, belajar. mesti belajar. mesti jadi orang yang berguna. sekolah mesti pergi. bapak aku tak masuk universiti, hidup susah sebab dulu malas belajar, dia selalu cakap macam tu. kau kata kau close dengan papa, kenapa kau tak buat apa yang dia suruh? takkan nak kena ada depan mata baru kau nak dengar cakap dia. aku pun bukan excellent sangat masa sekolah dulu, cukup-cukup makan je. bapak aku memang kewl, aku terlambat pergi sekolah, tengok orang dah beratur gerun nak masuk jadi bapak aku bawak pergi breakfast lepak-lepak dulu. tapi lepas tu dia hantar jugak pergi sekolah. hujan-hujan pun aku pergi sekolah. jalan kaki lagi weh. no excuse. sakit period pain first time dulu sampai berguling-guling atas lantai - jadi aku ponteng. memang kena kecam ah. eh tapi tu mak aku yang kecam bapak aku tak kata apa pun hahaha.

lagi pesan bapak aku, mesti berbaik-baik dengan adik beradik. nak-nak yang adik-adik mesti baik dengan yang atas-atas. sebab bapak aku bilang, bila kau baik nanti tak la lokek nak dibelanja ke nak dihulur-hulur duit ke. lagi-lagi yang atas-atas akan kerja dulu, ada pendapatan sendiri dulu. jujur aku cakap, aku tak ada masalah dengan adik-adik lelaki so bila mereka ada hal minta tolong aku akan rasa obligated nak tolong sebab pertama, mereka darah daging, kedua mereka baik dengan aku. tapi tang bongsu neh hadoi susahnya perasaan aku ini. bagai didera rasanya. kalau dia dengar cakap bapak aku mungkin aku tak sebegini bengis dengan dia. mungkin la sebab aku neh kan garang lagi berlagak sebab aku ada degree katanya hohoooho. nanti bila dah ada masters apa pulak aku nak dilabel agaknya hihihi.

aku terfikir apakah keluarga orang seporak peranda keluarga aku. aku tak mintak banyak ah. cukup aku tak berperangai seperti kakak dan abang bapak aku. memanglah bapak aku mungkin pernah screw up - tapi kalau orang dah berubah, berilah peluang untuk dia. aku tak minta banyak, cukuplah diingatkan agar aku tak terlalu keras hati seperti mereka.

Saturday, December 24, 2011

sikap.

"Try not to become a man of success.  Rather become a man of value."  
Albert Einstein

manusia, biarlah sehebat mana pun pencapaian akademiknya, jika janjinya tidak ditepati dan sikapnya tidak menghormati yang lain - tetap aku tak heran.
 
that was what happened tonight. my department held a dinner at bagan lalang, where everyone had been told to be there at 8pm. fine, mau solat maghrib dulu. tapi sampainya pukul 9.30 baru dapat gather all yang dapat hadir tu, dah apa kes. lain kali kalau nak solat isya sekali silalah beritahu awal-awal, senang aku pun angkat kaki tak pun tak payah join terus.

sikap, that is. entahlah, bagi aku ini sepertinya tidak menghormati usaha orang yang datang tepat pada masanya. yela, jem kan. ada eksiden kan. fineeee. tapi apa kes kalau dari chalet yang tak sampai satu km tu pun kau datang lambat juga. wth.

aku marah, kerana aku lapar tu sudah satu hal la. lapar adalah cranky bagi aku. lepas tu dimarahi lagi. urghhhh tak terkata bertambah bengang aku dibuatnya. kalau dimarahi sebab aku silap salah aku, aku boleh terima tapi ini sebab orang. aduh mendidih otak dibuatnya.

lepas tu wahai ibudanbapa, tolonglah kawal anak-anak mu. perangai suka mencuit meratah makanan di waktu menunggu adalah super tidak sopan dan tidak beradab. nak-nak lauk di meja aku. siap terkorek-korek cari kerak sotong goreng tepung dah apahal weeehhh. berlari sana sini, fine kau budak aku terpaksa terimalah, kan. tolonglah, minta anak anda behave. and please, semua pun mahu makan. anak kau, kaulah entertain. apakes kau biar orang lain jaga. kesian aku tengok kawan aku yang masih belum ada anak terpaksa berhenti-henti makan kerana kena melayan kerenah anak-anak orang yang sekejap nak itu sekejap nak ini. nak basuh tangan la, nak kencing la. adoi mana mak bapak kau wahai budak-budak. dahlah last-last walaupun sudah diatur meja siap ada tag nama, bersepah-sepah juga anda duduk. end up dia dengan husben dia terpisah and he wasnt happy as i can see. yelah, dahla diorang yang beria-ria label meja dan siap atur kedudukan supaya makanan dapat sama rata.

yang paling tak boleh blah, kau budak dah apahal nak goyang2 rambut kau depan makanan. terus aku tunjal sambil gelak-gelak konon bergurau terkena padahal memang hati sudah membara haih. mak bapak dok meja lain tak heran anak membuat onar. weih, pandai beranak tolonglah pandai jaga juga.

dan berkaitan yang tak dapat hadir, baguslah pada yang maklumkan awal ni. tapi memang aku dok perhati seorang staff neh konon cam alim tapi bab janji gila munafik. ye2 kata insyaAllah datang.. siap tanya cemana nak pergi, nak konvoi dengan siapa segala - end up dah siap sampai kampung dah pun bila call tadi. siap ada staf cakap, dia memang plan awal lagi nak balik kampung. kau jebon, kalau tak nak pergi tayah la cakap macam nak padahal dah ada plan lain. kau tahu tak dasar munafik tuuuuuhhhhh. 

makanan banyak membazir sebabnya yang dah cakap nak datang tak jadi datang. tu pun dah siap tapau tetap berlebih-lebih lagi. haih gila tak baguslah macam ni.

disebabkan perut masuk angin, aku makan pun tidaklah beria sangat. aku tak tahulah ini kuasa cinta atau memang masakan kedai tak menepati selera aku, tapi sungguh aku rasa makan di bagan lalang dengan buah hati lebih sedap. dan sangat berselera. mungkin sebab nasi dan lauk masih panas.

bukan macam tadi, dah sejuk kejung dah. haih sedih dengan attitude orang sendiri. lepas ni, janganlah melenting bila orang label janji melayu kat dahi orang kita. dah memang begitu perangainya.

Thursday, December 22, 2011

it has been days.

hari semakin berlalu. tak lama lagi akan masuk tahun baru. dan aku semakin nervous. sekarang pun dah sangat nervous memikirkan masa depan yang entah bagaimana agaknya esheh macam semacam je gaya penulisanku ini.

kebelakangan ini sangat sibuk entah dengan apa-apa. ada sahaja benda nak kena buat di samping nak menyelitkan tidur petang bahahaha sempat pulak tu. bukan apa, sejak dua menjak tak makan nasi neh badan sedikit lemah. selalu sakit kepala. dan rasa mahu pitam. tapi tak apa, aku semangat nak meneruskan misi nak-nak selepas melihat ukurlilit pinggang sedikit mengecil. sikit jela pun wahahaa.

this year, genap dua tahun aku bekerja di institusi yang sama. alhamdulillah, nampaknya perangai suka tukar kerja yang amat membimbangkan ibubapaku sudah berjaya dibuang (for now). semenjak tukar department, lagi aku suka. department dulu ramai sangat orang yang busuk hati. busuk bau badan tayah cakap la lagila ramai heh.

nak kata aku bagus sangat tu, tidaklah. cuma aku tak suka jika orang tak beri peluang pada orang lain untuk menyerlah. asyik kau je nak menonjol, tak baguslah kan. dan tak bagus jika kau berhati busuk kerana mahukan jawatan. ada orang, memang mahu bekerja bersungguh-sungguh tanpa mahu kedudukan. aku one of them. cuma takdelah aku kerja bersungguh-sungguh sangat kot bahahahah.

seronok kerja di department baru ni. diberi bermacam tugas yang mencabar minda. dan yang paling best, pendapat kau didengar. tak terima pun tak apa bagi aku, cuma berilah channel untuk kami si pencacai neh menyatakan pendapat dan pandangan, kan. dan alangkah bagusnya jika kawan-kawan sekerja aku memanfaatkan kelebihan department baru ni. janganlah hanya menurut membabi buta ataupun mendiamkan diri bila ada yang tak kena atau tidak berpuas hati lepas tu cakap-cakap belakang. tak bagusla, ye dak?

dua tahun bekerja di sini, dua tahun juga aku menetap di rumah yang sama. i'm still loving it. lets see what happens in the future. i may stay, i may not stay. if i don't, not that i hate this place but i just have to grab what the future offers, aite?

and for now i love my home more because when i'm back, i have my fish waiting for me. yes, fisssssshhhhhhh. i now have friends, yawwwww. that's the best i can do to brush off my loneliness, for the time being. thanks darling for helping me with it.

i love you hell so much. more than i love my fish, of course. teeheeee.

Tuesday, December 13, 2011

discriminatory fashion sense.

i hate fashion. seriously. with my body shape and measurement, i hate fashion even more. i just don't get it. why on earth fashion designers love to design inappropriate clothing and sometimes not practical at all.

being a plus size woman is never an advantage in fashion. almost all clothes are not meant for people like us. i'm not fat, i'm just voluptuous, bebeh hahahaha.  this entry is actually inspired by what kinds of clothing sold in genting. there, it is super hard to find a straight cut jeans. it is like an arena for fitted jeans - that are usually wore by cinoni, if you get what i mean heheh.

don't be surprised, yeah i went to genting just to shop *blurghh*. no, i didn't. i went there without any proper plan which later ended up with me and baju kurung. how cool is that, huh? penuh dengan cinoni tempat tuh weh, gila tak boleh blah. and people stared at me like i'm some kind of an alien. i passed by two persons wearing baju kurung too - but one is a granny and another is a mother with a kid bahaha what the what sob3.

everybody there was trying so hard to look stylish and elegant and pretty - but some didn't manage to look pleasing. my love and i had become fashion police unintentionally. ada yang super merepek you feel like asking them to change. but well, who am i to say so - aku pun pakai baju tak kena gaya di tempat fengtau begitu hohoho.

but don't worry. can't shop in genting doesn't mean i cannot shop anywhere else. that day i went to klcc and i saw one nice long sleeved shirt but lets put it on hold because i've spent sooo much these days and i think i'm in super debt now hahaha padanlah muka.

now i understand how good it feels to just spend money without having to think too much about it. it's awesome, serious shit man. how i wish i can have that freedom again. 


i think plus size is pretty. 
it's the new term for sexy.

siapa setuju angkat tangan!

Monday, December 12, 2011

grrrrr.

manusia jenis apa semata tukar no hp sebab nak dilayan? 
dah kalau aku tak balas, tak angkat call tu janganlah diganggu, moron.

dasar otak senteng.

Thursday, December 8, 2011

cerita jodoh.

kalau mahu bercakap pasal bagaimana jodoh itu unik dan aneh, seribu tahun pun takkan cukup. orang kata, kalau sudah jodoh biar jauh berjuta batu pun tetap akan bersatu. biar badai taufan datang melanda tetap jadinya bersama. kalau masa berputar dan berlalu tetap cinta masih ada. esheh jiwang pulak malam-malam neh.

recently, aku mendapat khabar seorang pelajar aku sudah berkahwin. alhamdulillah, bukan perkara baru student melangkah jendul eh bendul aku bahaaahahaha. ada yang aku pergi meraikan sebab memang suka merayap jadi pergi kenduri = peluang merayap heh dasar tahi lalat di kaki eh tetiba je.

cuma yang tak seronoknya bila mendengar perkhabaran dia berkahwin dengan orang seberang yang sudah beristeri dan beranak dua. wah anak dua bini pun nak dua juga keewwwwww dasar buaya darat. entahlah, since isteri pertama di tanah tumpah negara seberang, pastilah tidak diketahui kewujudan pelajar aku sebagai isteri kedua ini.

jadi isteri kedua itu sudah satu hal, ini pula perkahwinan tidak didaftarkan di sini. kalau jadi apa-apa yang tidak baik, apa akan jadi pada dia yang masih muda itu? aku fikir cuma satu, jika ada zuriat apakah anak itu akan jadi anak tanpa bapa?

haih tak tahu apa yang anak-anak muda fikirkan. nak kata terlalu jauh perbezaan era, aku rasa kedut di muka masih belum ada aku ni. memangla laki kau good looking dek non oiiii... tapi kalau dia balik tinggal kau rupa je manis perangai tak bagus gimana tuh sihhhh.

i'm fully aware that jodoh works in a very odd way. siapa sangka aku pun bertemu jejaka pilihan hati sewaktu masih sweet sixteen disaksikan pokok-pokok hutan rimba eh sudahlaaahhh usah bercerekarama di sini heh heh. cuma janganlah dibutakan mata hati kerana cinta. cinta datang dan pergi beb, jadi baiklah anda berhati-hati.

aku pun ada juga kadang-kadang terasa menjadi hamba cinta (esheh dan-dan aje) tapi aku rasa if he's worth it then i don't mind sacrificing. maybe, maybe this is what is in her mind. all that i can do is to pray for the best for her, that our nightmares are not becoming true for her, and that the guy loves her wholeheartedly as much as she loves him. i guess if she's willing to be his second wife where there is no guarantee of happiness, happily ever after whatsoever at all, definitely her love is as high as the mountains.

and lets pray that everyone in this world find their true loves and live happily ever after. but wait, life sucks so don't hope that high. heh i'm such an anticlimax, didn't i?

Tuesday, December 6, 2011

teragak-agak burung gagak.

nothing much interesting happened lately, cuma baru je tukar tayar keretaku yang bernama meredith grey and sport rim sekali lebur duit makkkkkk nyaaaaahhh keh3. still adapting to rasa yang sedikit keras ke cuma mainan perasaan aku yang gedik neh. and thank God dah tak ada bunyik2 lagi.. sangat lega. mungkin kalau jadi lagi bunyik2 perlu tukar kereta terus eh eh wahahaa.

masa kerja aku flexible sikit. adakala super busy, adakala buat-buat tak busy jadi merayap dan membuang masa sahaja. kalau time sibuk tu, sampai ke rumah kerjanya aku angkut bawa balik dan sampai lewat malam pulun siapkan. cumanya, itu bukanlah satu kebiasaan. kadang-kadang aku suka bawa kerja balik ke rumah sebab terlalu bosan berseorangan. 

aku tidaklah terlalu beretika dalam pekerjaan, i think. aku suka je mengulor, sejujurnya. tapi aku rasa perbuatan sebegini macam tak berapa sesuai diamalkan oleh orang yang kerja admin atau waktu pejabat lah. sebabnya bila tiada siapa di pejabat, pejabat di kunci bukankah menyusahkan ramai orang?

aku selalu berfikir panjang bila nak ambil cuti. sebabnya aku fikir, kalau aku tak ada - at least 25 people will be affected. walaupun aku tahu diorang lagi suka aku tak ada which means tak ada kelas, but then memikirkan kelas ganti aje dah buat aku susah hati. aku hanya akan tunda kelas when i think i can cover up later. atau aku replace dengan bagi kerja.

satu perkara aku perasaan, pelajar lepasan SPM suka panggil aku teacher. aku layankan aje. miss boleh, teacher pun boleh. dan since ramai dah jadi puan, dengan aku sekali kadangkala mereka panggil puan. pun boleeeehhhh. aku aminkan ajelah kennnn. dan aku perasan staf di tempat aku pandai cari duit lebih dengan kerja lebih masa. but well, they have no choice kot sebab gaji kecil lepas tu pergi buat personal loan pula tapi yela tak berhutang barang tak ada pula eh tapi pakai ipad mampu pulak ikh3.

hurmmm. sebenarnya memang tergedis-gedis seronok nak kahwin neh. tapi at the same time macam berdebar-debar tak tahu mana nak mula bahahaha gedis kau nyaaahhh. sebagai permulaan, since BK dah beli parfum untuk hantaran, dan aku tak mahu kalah - aku beli riben untuk buat bunga pahar. eh sebenarnya mak aku beli sebab dia yang semangat aku layankan ajelah. 

mak aku kata colour combination aku aneh. tapi lepas aku tunjuk dalam internet dia happy je. tapi mengenali diri sendiri, silap-silap the outcome jadi lain pula. we'll see where this leads. super happy, that's all i can sum up. 

thank you, luf.

Saturday, December 3, 2011

apa itu nasib baik.

bila tengok video-video banjir di kajang petang tadi, aku tetiba tidak lagi diruntun rasa bersalah ajak keluar lambat kerana aku nak tidur petang bahahaa.

if only, aku pergi servis kereta lebih awal dan kemudian melepak di metro kajang seperti yang dirancang - pasti aku, kekaseh dan grey (kereta ku) menjadi mangsa banjir. tak mampu nak bayang kerugian yang akan ditanggung aku.

kepada yang terbabit, aku cuma mampu bersimpati. moga kalian dan aku bernasib baik lagi di lain hari.

among so many things to share.

semalam terbuka cerita lama tentang satu company yang aku turn down offer kerja. aku memang suka kerja luar sebenarnya. suka kerja organizing events dan yang seangkatan dengannya. so company neh company buat event la. owner dia singaporean, non muslim. masa dapat call asking me to come for an interview, sukalah hati aku kan. dengan seronoknya, aku pun menuju ke destinasi dengan hati yang berbunga-bunga.

permulaan interview sangat bagus. aku semakin seronok. walaupun pejabat macam kecil, tapi tengok macam promising je. orang yang interview aku pun best. dan kacak bahahahaa.

tapi towards the end situasi jadi tak seronok. in an interview, there will be a part di mana dia akan tanya if aku ada soalan ke tidak. since he already informed me that staff akan pakai shirts provided, so no particular dress code to adhere, aku tergerak hati mahu tanya if the shirt is long sleeved or what. maka di situlah terbongkarnya permasalahan utama. dia kata tak. dari riak muka dia, aku dapat sense something was not right so i gave the second question, "can i wear a long-sleeved inner inside?" his answer was: well, we want to standardize - with a disapproving tone. 

and ada part dia seperti kurang gemar aku mahu bersolat. katanya seperti tidak adil, seperti aku curi tulang. not directly saying no, but that was how it sounded to me. at that moment, i think he already sensed that i was quite religous - and then he preached me about it.

"i'm a buddhist, you know. but i don't go to temple everyday. and talking about covering up your body, well as you can see our receptionist is malay and muslim. and she's not even wearing tudung but she's okay with it. so i don't see what's wrong with short-sleeved shirts". something like that, he said.

and listening to that, i smiled. i knew that arguing or making abrupt gestures or replies would just make things worse. so this is what i said to him (as what i can recall), "it is not the religion which is at fault. it is the practitioners or believers, whatever you call it. there's a difference between being born as a muslim and trying to be a good muslim, by practising islam as the way it is supposed to be. i don't know much about your religion, but i respect whatever your belief is and you should respect mine. there's never a bad religion, just bad humans. about your receptionist - that's her decision in life. who am i to say a thing or to pass any judgment on her, right?"

aku senyum. and he smiled. he stopped preaching me - so it was good. and i got the job. they offered me but i turned it down because i was not sure if he really would allow me to practise Islam accordingly, in many ways. 

aku bukanlah orang yang layak memberikan penerangan tentang agama pada orang yang jahil. aku pun masih mencari ilmu. tapi aku rasa, apa sekali pun pegangan seseorang, jangan dibenci dan dimarahi. befriended them. attract them on how wonderful your religion has shaped you. ketika dikhutbah oleh dia begitu rupa, aku tak marah. sikit pun tidak. mengapa marah sedangkan kau tahu mereka itu jahil dan batil? bukankah kalau kau melenting mempertahankan agama kau - membuatkan kau mempamerkan bahawa agamamu penuh amarah dan kekerasan? 

aku tidak reti berdakwah dengan marah. in fact, aku tak reti pun berdakwah. aku pun tidak sempurna. ibadat aku apa je pun. aku cuma berpegangan bahawa hormat itu perlu. dan bukan salah mereka melihat Islam dengan cara yang salah, because we allow them to see that way for such a long time. mereka tak salah, kita yang harus berubah. 

Rasulullah S.A.W. tidak pernah berkasar dalam menyeru umatnya menerima Islam. biarpun dipalit najis tetap tidak pernah baginda meninggi suara. kata mahu ikut sunnah nabi, tapi kenapa amalan ini yang kita tolak?

aku tidak marah ketika itu. lebih kepada malu. kerana orang Islam sendiri yang mencalitkan pandangan sebegitu buat si jahil dan batil. jadi siapa yang lebih jahil dan batil sebenarnya? 

seorang teman pejabat menceritakan kisah ini pada aku. betapa aku berharap masih ada manusia semulia Rasulullah S.A.W. Lau kana bainana - Andai Rasulullah masih ada, pastinya dunia ini lebih baik. :)