family aku memang ada masalah dengan adik beradik on my father's side. bapak aku ada tiga beradik je, bapak aku bongsu. kadang aku terfikir kenapa kakak and abang bapak aku semacam sikit perangai. bila aku melihat adik bongsu aku perangai boleh tahan sepertinya minta pelempang aku je kerja, aku terasa apakah bapak aku pun macam tu juga sebab tu diorang pun berperangai jelik dengan bapak aku.
aku dengan bapak aku memang rapat. sentiasalah telinga aku ini menjadi tempat tadahan beliau meluahkan macam-macam. tak kurang juga aku kena khutbah dan tazkirah yang berjela-jela. aku aneh. kalau adik beradik aku claim mereka very close to him too - apasal aku je yang beria-ria mengamalkan apa yang dia ajarkan pada aku?
bukanlah nak kata aku bagus ke apa. salah satu pesan dia adalah jaga mama bila dia tak ada. aku cuba jugalah nak kotakan permintaan dia walaupun sangat susah dan mak aku pun tak sempurna, ada je yang tak kena tentang aku di mata dia. tapi tak bolehlah aku nak jadikan itu alsan untuk melepaskan tanggungjawab aku, kan? kau kata kau sayang, tapi kau tak zahirkan pun. sekadar cakap nak buat apa. lepas ni bila mama dah tak ada, i bet yang diorang akan cakap macam apa yang berlaku sekarang. papa la everything, the best. dah tak ada baru nak appreciate, untuk apa?
salah satu pesan dia, belajar. mesti belajar. mesti jadi orang yang berguna. sekolah mesti pergi. bapak aku tak masuk universiti, hidup susah sebab dulu malas belajar, dia selalu cakap macam tu. kau kata kau close dengan papa, kenapa kau tak buat apa yang dia suruh? takkan nak kena ada depan mata baru kau nak dengar cakap dia. aku pun bukan excellent sangat masa sekolah dulu, cukup-cukup makan je. bapak aku memang kewl, aku terlambat pergi sekolah, tengok orang dah beratur gerun nak masuk jadi bapak aku bawak pergi breakfast lepak-lepak dulu. tapi lepas tu dia hantar jugak pergi sekolah. hujan-hujan pun aku pergi sekolah. jalan kaki lagi weh. no excuse. sakit period pain first time dulu sampai berguling-guling atas lantai - jadi aku ponteng. memang kena kecam ah. eh tapi tu mak aku yang kecam bapak aku tak kata apa pun hahaha.
lagi pesan bapak aku, mesti berbaik-baik dengan adik beradik. nak-nak yang adik-adik mesti baik dengan yang atas-atas. sebab bapak aku bilang, bila kau baik nanti tak la lokek nak dibelanja ke nak dihulur-hulur duit ke. lagi-lagi yang atas-atas akan kerja dulu, ada pendapatan sendiri dulu. jujur aku cakap, aku tak ada masalah dengan adik-adik lelaki so bila mereka ada hal minta tolong aku akan rasa obligated nak tolong sebab pertama, mereka darah daging, kedua mereka baik dengan aku. tapi tang bongsu neh hadoi susahnya perasaan aku ini. bagai didera rasanya. kalau dia dengar cakap bapak aku mungkin aku tak sebegini bengis dengan dia. mungkin la sebab aku neh kan garang lagi berlagak sebab aku ada degree katanya hohoooho. nanti bila dah ada masters apa pulak aku nak dilabel agaknya hihihi.
aku terfikir apakah keluarga orang seporak peranda keluarga aku. aku tak mintak banyak ah. cukup aku tak berperangai seperti kakak dan abang bapak aku. memanglah bapak aku mungkin pernah screw up - tapi kalau orang dah berubah, berilah peluang untuk dia. aku tak minta banyak, cukuplah diingatkan agar aku tak terlalu keras hati seperti mereka.
papa x kaco org..die x pnh mintak aper2. adik loe mtk pandai..suh turut kate xmau. jgn pikir org kte blagak ke ape. tu mulut diorg. kalo loe pikir kate org, habis tu nak jadi penyangak bru diorg suke kt u? pikir pikirkn lah!
ReplyDeleteloe? english pleaseeeeee.
ReplyDeletengu3 saje..hik3. bb sehat?
ReplyDelete