makin lama makin merapu aku tengok idea perkahwinan orang melayu neh. dah sangat kebaratan. aku tak suka because benda yang dijadikan kebiasaan dan amalan akan menjadi tradisi. dan aku sangat membenci tradisi membazir neh. sungguh tak menepati kehendak aku berumahtangga yang seharusnya dimulakan dengan majlis keraian yang sederhana tetapi penuh berkat.
bukanlah aku kata majlis orang tak ada keberkatan, tapi fikir-fikirlah. apa guna menjadi bridezilla untuk benda yang tak termasuk dalam rukun nikah pun. semata tiada walkway yang dijanjikan atau diimpikan, tiada guestbook, tiada pelamin yang diidamkan, baju tak menepati citarasa sebenar yadaa yadaaa yadaaaa. ye, aku pun ada impian perkahwinan yang aku mahu.
tapi beragaklah bila bermimpi. tak semua dilahirkan dalam sangkar emas. dan adakalanya dunia ini tidak adil. kita mula bekerja dengan berhutang sana sini. maknanya kita masih belum mampu hidup mewah. jadi tak perlu susah-susah mengimpikan perkahwinan gah gilang-gemilang, berhabis bagai nak rak walhal memang sedari awal tidak mampu.
dan jujurnya, aku tak rasa cantik mana pun idea meniru orang barat sangat neh. lagi menambah kerja aku lagi adalah. just to think of the things i have to settle to get married pun aku dah semak. ini pula kerja-kerja yang kalau tak ada pun majlis tak jejas.
we sometimes let ourselves go for our dreams too much. sometimes, there are not even dreams. there are just absurd wishes. :)
watper ikut idea barat ni..kite kn org islam. ikh3.
ReplyDeletengu3 kita buat simple-simple je tat. yang sekadar perlu je. sian anak-anak kita nanti kan... kalau ini jadi tradisi nanti, makin lambatlah mereka kahwin.
Delete