Tuesday, September 30, 2014

audit.

minggu audit adalah minggu yang menginsafkan bahahaha. semua orang bertukar menjadi harimau jadian, terutama bos uhuuu. semua pun bila berjalan kalau boleh tamau menginjak tanah supaya kehadiran tak disedari. gila takut baq hangggggggg. sampai bunyi telefon kat bilik pun jantung aku macam jatuh ke lantai. ketuk pintu pun sama. apa sudah jadi ni hahahaha.

tak banyak nak cerita hari ni. sebab dari semalam aku demam, membawa kepada hari ini. tapi mc satu hari je hahaha. hari ni aku minta izin nak half day pagi, bos senyap je tak balas. hahaha lantak man botak, aku dah selamat melepak kat rumah dah ni pun. 

pada aku, audit tu bagus. barulah kau dapat tengok tahap ketaatan kau kepada SOP, kepada undang-undang pejabat, kepada cara kerja yang sepatutnya. aku tak takut dengan audit tu. aku takut dengan bos aku hahaha. selesai diaudit petang tu, terus dia jerkah-jerkah terjeri-jerit dekat orang dalam pejabat. nasib la sapa yang masuk opis time tu. bukannya nak panggil sit down elok-elok, bincang apa yang tak kena, apa yang salah. adoii boleh gila tau? grrr. lepas tu bila malam, elok pulak dia minta maaf. haih. mudahnyalah. kau rasa hati kami begitu murah?

kesilapan dan kekurangan memang akan ada. nama pun manusia. tapi janganlah buat orang macam tak ada harga. kalau kau perfectionist, tak semua pun perfectionist. eh emo. hihi maaf sekarang ni memang mood nak bekerja dah ke laut. hurmm.

Wednesday, September 17, 2014

aku tidak suci.

sebelum aku mulakan bebelan untuk malam ini, nah nak bagi teka teki sikit. benda apa, bila panjang dia lembut, bila pendek dia keras kejung?

jawapannya, rambut aku hahahaha okay tak kelakar. aku tengah fedup rambut asyik mengeras je. masa panjang elok je lembut beralun. kau protes ke apa ni, rambut? grrr.

seperti mana yang dinyatakan dalam entri sebelumnya, minggu ini minggu depan minggu akan datang adalah minggu tahi buat aku. pernyataan itu memanglah sangat benar; thanks to my bos sebab hari isnin dahlah kau tolak cuti aku dengan alasan itu hukuman sebab aku banyak kerja pending; fine aku pasrah tapi tetap jugak aku nak mengomel kat sini simply because i can bahahahaha. kemain dia sekolahkan aku hari isnin tu yang membuatkan aku rasa sungguh tahi sekali. duduk termenung, menangis. bukak peti ais, menangis. peluk peti ais, menangis. hahahaha aku ni bodoh ke apa ni? hahahaha. nak tergelak fikir balik laki aku terpaksa tarik aku bangun daripada memeluk peti ais. persoalannya, kenapa peti ais? aku tak ada jawapannya hahahah. maybe simply because, i can? hahaha apakehal asyik gelak ni sawan betol.

well, partly she was right pasal aku ada kerja pending. fine fine fine. aku mengaku. tapi aku rasa seperti dianaktirikan sebab orang lain kerja pending dapat cuti. apakah ketahian ini? ke aku memang sejenis tahi maka orang melayan aku dengan tidak adil? cilaka sungguh hahahahaha. aku trauma okay. trauma yang berpeluh ketiak celah peha batang leher semua. what the hell hahaha tak pernah aku setrauma itu. aku langgar kereta orang time reverse pun tak gelabah macam tu. aku tahap dengar suara dia aku rasa nak tampar muka dia eh ni trauma ke saiko hahahahah. bos aku suara macam petir wehhh we made fun of it. everyone knows the fact she could make you go deaf. bahahahaha. sian bos aku. semua yang kat opis kaki jilat pungkoq padahal kat belakang macam-macam nama gelaran diberi. hey, tempat islamik tapi perangai syaiton is everywhere, u knowww. lagi islamik, lagi keji manusia kau akan jumpa. 

and this is what i wanna tell here. itu sebab tajuk tu aku letak aku tidak suci. because i ain't a saint, yawww. aku memang pendosa. tapi aku tahu apa itu pilih kasih. apa itu carik pasal. hahaha tak habis-habis. apa ke malang hidup aku ni. lepas satu, satu masalah. hasil perbincangan dengan suamiku sayang (apa ke gedik sangat aku ni hahahah mungkin hormon ghairah tengah mencanak eh), dia kata aku takde fokus. which i think is so true. aku dah past due date untuk submission, and aku masih menggagau menulis dengan kadar perlahan hahahaha. kalaulah rate kelajuan aku menulis di blog sama dengan menulis thesis, alangkah bahagianya hidupku. kalau la hahahahaha demmit la tetiba nervous pikir thesis.

aku ada banyak benda berlegar-legar dalam kepala nak tulis. pasal anak istimewa. pasal asal usul url aku. pasal statistik readers meningkat. pasal aku sebagai seorang individu. macam-macamlah. tapi apakan daya. banyak sangat pikir dalam kepala pun tak bagus sebab terus berkecamuk hahaha.

aku cuma minta sesiapa yang membaca apa sahaja penulisan aku di sini, untuk tidak terus melatah. jangan mudah menghakimi orang lain, dan jangan mudah menghukum. aku ceritakan bahagian aku di bumi fana ini (ecewahhh konon), because i know somehow ada orang boleh relate. contohnya bos yang bermasalah, dan aku sebagai pekerja yang rebel hahahahaha. 

semua orang bermasalah, dan semua orang rebel. itu, kau kena tanam dalam kepala. masalah apa, rebel terhadap apa - kita semua tak sama. ahhh tak kisahla. janji aku tau aku rebellious. yeeehuuuuu! rasa muda sekejap. eh. hurm.

Sunday, September 14, 2014

cuti beku.

esok laki cuti, aku kena kerja. mensik tau bos ni rejek cuti aku huhu. btw, aku dah berjaya potong rambut. hahaha kenkonon tunjuk gambar nak macam mana segala, ending dia sama je tak pernah menjadi macam aku nak hahahah. samada aku yang berangan nak macam tu, atau memang tukang gunting tu bodoh abadi ahaksss. husband's response? "i dah lama berhenti berharap, berhenti tunjuk-tunjuk gambar" hahahah mesti trauma sangat dah tu. mujur laki aku kata dia suka. kalau tak mana nak letak kepala ni? uhuuu.

minggu ini, minggu depan, minggu berikutnya adalah minggu tahi buat aku. harap aku dapat bersabar daripada mencarut di sini. takut nanti readers trauma hahahaha. acah-acah ramei pulak kauuu. aku memang tengah rasa dianiaya. dan kalau betul aku sengaja dianiaya, aku doakan hidup kau tak amanlah ye. hari jumaat, merembes-rembes menangis macam mati laki pulak. seminggu punya airmata aku tahan. kena hamboq depan staf bawahan, kau rasa? ikut saiko aku ada jugak keluar sokabar 'seorang staf institusi islamik telah menyumbat kasut ke dalam mulut pegawai atasan'. hahahah. konon berani. 

banyak benda aku tak paham skang ni. tapi suami suruh berhenti berfikir. so aku membuat keputusan sepanjang minggu ini, minggu depan, minggu seterusnya aku hanya seorang bodoh yang taat menurut perintah. masuk bulan berikutnya, bila aku dah bijak sikit, barulah aku ambil langkah yang dah dirancang.

hurmm. suami kata, hero selalunya kalah dulu. masalahnya, aku ni hero ke?

Thursday, September 11, 2014

update pendek macam tuannya. ahaks.

1. ekon opis dah repair. harapnya tidaklah bah lagi. 
2. satu task penting dan besar dah selesai. ringan sikit bala kat otak ni. 
3. tapi bala lain pulak menimpa hahahaha. banyaknya pahala aku kalau ikhlas. kalau la haha. ehh. urmm. insaf.
4. cuti senin depan kena rejek. bang, kita celebrate anniversary kat rumah jela ye. huhu.
5. aku masih tak carik hadiah anniversary. adehh. kang ada gak aku ikat diri sendiri dengan reben je kang hahaha.
6. eh sebelum tu kena potong rambut pendek dulu. eh eh hahahahaha.

bodoh betoi. sendiri tulis sendiri gelak. orang lain tah paham ke tak. uhuuu. laki pun dah bagi green light hehehe. suka kau ye, banggg. siap dok google sesama ni. meh cuci mata sket tengok gambar hehehehe.

omel nyerrrrr. sucinyerrr mukaaaa. 

ni cam rock rock sket. i loikeeee!

errr. speechless. errr. mau nangis laki aku ni hahaha!

kita tengoklah cemana weekend nanti. hahaha mak nervoussss!

Wednesday, September 10, 2014

banchirrrrr!

akhirnya setelah sekian lama, aku berjaya juga berpindah bilik. fuhhh. macam ribut pindah hahaha. actually, lama sudah mendapat arahan untuk mengosongkan bilik namun seperti biasalah. sebagai rakyat malaysia, membuat sesuatu di saat akhir adalah sangat biasa hahahaha. aku dah lama packing, namun bilik yang sepatutnya dimasuki masih belum dikosongkan. bila dah kosong, banyak pulak cerekarama yang pasti korang pun malas nak dengar la kan hahahaha. pendek cerita, semalam aku berhempas pulas mengarahkan beberapa orang pelajar membuat khidmat ummah membantu aku berpindah hahahah. cerita macamlahhh aku yang membuat semua kerja hoho.

mujurlah aku dikurniakan (ecewah lempang kang) anak-anak didik yang baik. tak, aku tak mendera mereka. in fact, aku minta bantuan dua orang sahaja namun yang muncul adalah empat ya. so tidak, aku tak paksa malah mereka excited pulak nak tolong hahahaha. apakahh? macam tak percaya masih wujud manusia rajen di muka bumi ini. sedang sibuk mereka mendeko bilik aku supaya aku lebih bersemangat bekerja, tak disangka-sangka melimpah ruahlah air keluar dari penghawa dingin. ya rabbbbb terkejut badak kami berlima hahaha. tindakan refleks yang kemudian mengundang malapetaka kedua adalah apabila student aku tanjat beruk terus campak mop dan mengambil baldi untuk menadah air. beliau terlupa yang mop tu basah sebab dalam baldi ada air. get it? get it? hahahaha penuh pulak lantai aku dengan air daripada mop. riuh rendah mak nenek la kami berlima aduhhh lawak betul. eh ke aku je yang rasa lawak. hurmm.

hari ini hati berbunga-bunga. baca blog alia the don (like sasi the don!) kemain pulak namaku disebut-sebut ahaksss. i should be proud; readers dia ramai kot! lepas tu ada butterfly dalam perut lepas tu rasa nak terberon hahaha. aku kalau nervous memang sel-sel perut berhubung laaa. macam contraction nak beranak tetiba haha. yang si qila pulak kemain buat entry letak tajuk nama aku. debar-debar klik nak baca macam baru pertama kali dapat surat cinta hahahahah. btw, tenkiu korang sebab korang jela kawan saiber aku hahahahahahahaha gila lame kawan saiber ada dua jerrrr.

ehhh sebenarnya nak cerita pasal banchirrr kat bilik. banchirrr = banjir la. ada student aku tak boleh sebut huruf 'j'. omel angat.. rasa nak lempang sebab kiut kot pelat ni hahaha! ada jugak pelat 'r' yang macam malu-malu nak cakap english. aku ajar dia cakap gaya perancis amboi lepas tu dia pulak lawan tokei excited hahahah. itulah, kerja aku ni seronok sebenarnya sebab students macam kawan pulak. diorang pun semangat nak kawan dengan kita. kau bayangkanlah, sanggup okay jalan kaki hangkut mop penyapu baldi nak pergi tolong cikgu dia ni? oh mai tak terbayar rasanya dengan duit. hanya ilmu dan kasih sayang yang mampu kucurahkan. ihikkkkss.

banyak nak merapu ni. nak cerita macam-macam. nak bubuh gambar. but towards the end, ini semua angan-angan jela hahahaha. aku mengejar masa nak buat questionnaire pulok. harini banyak drama sangat yang merobek jiwa raga. tapi takpelahhh. banyak lagi benda yang menyeronokkan untuk kita fikirkan dan bersyukur.

p/s: aku pun rasa nak melempang diri baca entry kt blog penganten tu. ya Allahhhh, aku ke tu? hahahahha. nanti nak cariklah makcik avon mulut celupar tu. nak beli spender hahaha!

Saturday, September 6, 2014

much awaited weekend.

and today is saturday! woooot wooot! i woke up late this morning, so heavenly tidur semalam selepas menelan ubat radang hidung hahaha. yes, hidung aku memang manja sikit uhuu. and yes, hanya aku seorang yang bangun lambat because my husband is a morning person. eee gila tak enjoy life dia ni tau hahaha!

hidup sungguh tenang di rumah sendiri. tapi apakan daya ianya tidak akan bertahan lama kerana sebentar lagi akan bergelandanganlah kami ke sana ke mari. ke rumah ibu mertuaku sudah pasti sebab dah 2 minggu tak jumpa. rumah mak sendiri tengah pikir-pikir cemana nak slot masa hahaha durjana punya anak.

supervisor dah kejar nak kerja. aku pulak terkejar-kejar buat kerja sambil membuang masa browsing blog orang ke tahap baca previous entries. what the what apa kau punya banyak masa sangatkah? soal diri kepada diri sendiri hahaha. aku memang easily distracted. dulu masa belajar, secara otomatis aku tak berebut dengan roommate nak meja study yang ada pemandangan sebab knowing myself too well, aku ni kang semut lalu pun nak perhati. macamkan takde kerja sangat dah haaaa. ni pulak tengok pemandangan luar. takkan nak mensia-siakan pemandangan abam senior lalu lalang? ohh haruslah kannn kena ada santapan hahaha! bodohnye zaman dulu.

tapi dulu, aku hanyala peminat secara diam-diam. jenis membawa diri tidak pandai mengorat. ehh silap. aku mengorat suami ku ye. hahaha! panjang cerita kami ni. satgi muntah darah pulak pembaca (bajet ramai la readers ni hehhh) kalau nak dihuraikan di sini. hoihhh suami dah jenguk terpaksa buat-buat menulis thesis walhal merapu di blog sendiri.

perlu bersiap ada majlis sarapan pagi di rumah rakan sekerja. dread to go, but apa nak buat kehidupan sosial itu kadang kala perlu uhhhuuu. but anyway, siapa yang buat sarapan pagi sebagai kenduri kesyukuran kelahiran anak? this is weird mannn. who wants to see people's morning faces? 

apparently, my colleague does. hahahahaha.

bye bye, blog. i shall see you soon.

p/s: i'm organising pictures. with the hope i can put up something on my blog. :) :)



Thursday, September 4, 2014

contemplating.

aku suka letak tajuk sikit-sikit. in fact, it is not easy to pick a title of what to write. benarlah kata orang, tajuk selalunya diletakkan akhir sekali, and it tends to change zillion times before it can be finalised hahaha. contemplating to shut down another blog because it is not easy to manage both. ke aku yang tak pandai? hahah!

btw, Alhamdulillah harini mc sebab migrain (sampai tahap bersyukur to be away from work, walaupun kerana tak sihat iskkk). so sepatutnya meneruskan perjuangan menelaah but then i was distracted with house work. itu pun sekadar basuh pinggan, kemas dapur, panaskan kuah sup for lunch, and buat sambal kicap untuk dimakan dengan mee sup nanti. sebelum keluar rumah untuk ke klinik, aku sempat masukkan kain buruk dalam mesin so balik je dah boleh jemur. so efficient! hahaha.

talking about pergi klinik, aku cuma jalan kaki sahaja. everything is so nearby. kedai runcit, klinik, kedai makan, kedai hardware, kedai jahit, kedai mamak - you name it, there it is! hahah super senang hidup sekarang cuma tinggal nak jalan kaki sahaja. i love my home. setiap hari looking forward to come back home; the sight of it pun boleh buat aku tersenyum. kalah perasaan cintakan suami bahahaha.

the reality of owning a house is it requires hard work to maintain the cleanliness. but alhamdulillah (again!) that i am given a helpful husband. pecah rekod bulan raya i cooked for few occasions. each occasion masak untuk 30 orang punya makanan. and we managed! macam my kitchen rules dah hahaha but i love it sangat. i feel so happy and satisfied and amazed that i could actually cook for people. SubhanAllah. my mother has taught me well and she must be proud of me (i guess, hahah!) setiap kali habis majlis, rumah akan dibersihkan kemudian barulah kami berehat. i worked in the kitchen washing dishes and packing foods etc, husband lap meja sedut kotor and kalau perlu dia akan mop lantai sekali. and to our suprise, our house can fit that many people! another score point for our baiti jannati, alhamdulillah.

kalau entri sebelum ni aku kedengaran seperti hilang pedoman, hari ini aku sedikit tenang. fikir pasal kerja memang tak akan habis, dan terus-terang aku sudah tawar hati pun untuk berada di situ. sebab tu sekarang aku pulun nak habiskan belajar hahaha. kalau ke sabah pun aku sanggup kalau ada tawaran kerja baru hihi. husband is happy to follow, and i am happy for him to tag along hahaha. ada kawan kata, tak sedih ke leaving everyone? or tak risau ke hidup di tempat orang? Allahu, kita masih di bumi yang sama. hanya mati sahaja yang memisahkan kita daripada manusia. bumi Allah ni luas, rezeki juga luas. kerana hati sudah kecewa, maka aku rasa ada baiknya tukar angin dan belajar kenal orang lain. biar merantau baru kenal budaya orang. baru kenal lebih banyak ragam orang. hihi. entahlah. bercakap masa hati sedang berduka memangla macam ni bunyinya hahaha!

hari ini aku terasa nak perelokkan blog maka aku belajar macam mana nak masukkan header daripada blog sue. thank you, sue; pertamanya sebab bagi header free, kedua sebab siap ada tutorial lagi hehehe. aku selalu baca blog sue dekat pejabat. ambil inspirasi nak mengemas rumah hahaha! seronok jalan-jalan secara maya tengok rumah orang. oh btw, aku rasa sofa rumah aku sama dengan sofa qila. what a coincidence hehehe. itupun kalau tak salah la sebab tertengok in one of her entries. hai qila! hope you are doing well with your little family. aku terasa macam nak ajak korang datang rumah, tapi takut hahaha. apalah mainan perasaan ni huhu.

i am thinking of changing my url juga. i feel like changing everything. i just want a new beginning. a better life. 

i should start small. :)

for now, let's learn how to change my email for this blog since that email dah expired. i don't even remember the password. nanti dah tukar, senangla to blog from my phone. hahah i am so outdated.

bye uolsss. muahhh!

p/s: yesterday TPM announced that it should be made compulsory for tertiary students to pass English before graduating. laaa baru nak buat jadi wajib ke? will talk about this soon, if i can find the time hehehe. perhaps i could share some parenting tips to teach your children languages though i am not a parent, yet. hihi!