Wednesday, September 17, 2014

aku tidak suci.

sebelum aku mulakan bebelan untuk malam ini, nah nak bagi teka teki sikit. benda apa, bila panjang dia lembut, bila pendek dia keras kejung?

jawapannya, rambut aku hahahaha okay tak kelakar. aku tengah fedup rambut asyik mengeras je. masa panjang elok je lembut beralun. kau protes ke apa ni, rambut? grrr.

seperti mana yang dinyatakan dalam entri sebelumnya, minggu ini minggu depan minggu akan datang adalah minggu tahi buat aku. pernyataan itu memanglah sangat benar; thanks to my bos sebab hari isnin dahlah kau tolak cuti aku dengan alasan itu hukuman sebab aku banyak kerja pending; fine aku pasrah tapi tetap jugak aku nak mengomel kat sini simply because i can bahahahaha. kemain dia sekolahkan aku hari isnin tu yang membuatkan aku rasa sungguh tahi sekali. duduk termenung, menangis. bukak peti ais, menangis. peluk peti ais, menangis. hahahaha aku ni bodoh ke apa ni? hahahaha. nak tergelak fikir balik laki aku terpaksa tarik aku bangun daripada memeluk peti ais. persoalannya, kenapa peti ais? aku tak ada jawapannya hahahah. maybe simply because, i can? hahaha apakehal asyik gelak ni sawan betol.

well, partly she was right pasal aku ada kerja pending. fine fine fine. aku mengaku. tapi aku rasa seperti dianaktirikan sebab orang lain kerja pending dapat cuti. apakah ketahian ini? ke aku memang sejenis tahi maka orang melayan aku dengan tidak adil? cilaka sungguh hahahahaha. aku trauma okay. trauma yang berpeluh ketiak celah peha batang leher semua. what the hell hahaha tak pernah aku setrauma itu. aku langgar kereta orang time reverse pun tak gelabah macam tu. aku tahap dengar suara dia aku rasa nak tampar muka dia eh ni trauma ke saiko hahahahah. bos aku suara macam petir wehhh we made fun of it. everyone knows the fact she could make you go deaf. bahahahaha. sian bos aku. semua yang kat opis kaki jilat pungkoq padahal kat belakang macam-macam nama gelaran diberi. hey, tempat islamik tapi perangai syaiton is everywhere, u knowww. lagi islamik, lagi keji manusia kau akan jumpa. 

and this is what i wanna tell here. itu sebab tajuk tu aku letak aku tidak suci. because i ain't a saint, yawww. aku memang pendosa. tapi aku tahu apa itu pilih kasih. apa itu carik pasal. hahaha tak habis-habis. apa ke malang hidup aku ni. lepas satu, satu masalah. hasil perbincangan dengan suamiku sayang (apa ke gedik sangat aku ni hahahah mungkin hormon ghairah tengah mencanak eh), dia kata aku takde fokus. which i think is so true. aku dah past due date untuk submission, and aku masih menggagau menulis dengan kadar perlahan hahahaha. kalaulah rate kelajuan aku menulis di blog sama dengan menulis thesis, alangkah bahagianya hidupku. kalau la hahahahaha demmit la tetiba nervous pikir thesis.

aku ada banyak benda berlegar-legar dalam kepala nak tulis. pasal anak istimewa. pasal asal usul url aku. pasal statistik readers meningkat. pasal aku sebagai seorang individu. macam-macamlah. tapi apakan daya. banyak sangat pikir dalam kepala pun tak bagus sebab terus berkecamuk hahaha.

aku cuma minta sesiapa yang membaca apa sahaja penulisan aku di sini, untuk tidak terus melatah. jangan mudah menghakimi orang lain, dan jangan mudah menghukum. aku ceritakan bahagian aku di bumi fana ini (ecewahhh konon), because i know somehow ada orang boleh relate. contohnya bos yang bermasalah, dan aku sebagai pekerja yang rebel hahahahaha. 

semua orang bermasalah, dan semua orang rebel. itu, kau kena tanam dalam kepala. masalah apa, rebel terhadap apa - kita semua tak sama. ahhh tak kisahla. janji aku tau aku rebellious. yeeehuuuuu! rasa muda sekejap. eh. hurm.

2 comments:

  1. hahahahaha peluk peti ais nangis! kau mmg saiko! hahahahahahahaha

    aku cuma nangis lepas makan kek 5 slices. air mata seribu penyesalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. surprisingly it felt sooooo good wehhhh.. sooo good. mungkin patut buat jadi routine bahahahaha.

      Delete