akhirnya setelah sekian lama, aku berjaya juga berpindah bilik. fuhhh. macam ribut pindah hahaha. actually, lama sudah mendapat arahan untuk mengosongkan bilik namun seperti biasalah. sebagai rakyat malaysia, membuat sesuatu di saat akhir adalah sangat biasa hahahaha. aku dah lama packing, namun bilik yang sepatutnya dimasuki masih belum dikosongkan. bila dah kosong, banyak pulak cerekarama yang pasti korang pun malas nak dengar la kan hahahaha. pendek cerita, semalam aku berhempas pulas mengarahkan beberapa orang pelajar membuat khidmat ummah membantu aku berpindah hahahah. cerita macamlahhh aku yang membuat semua kerja hoho.
mujurlah aku dikurniakan (ecewah lempang kang) anak-anak didik yang baik. tak, aku tak mendera mereka. in fact, aku minta bantuan dua orang sahaja namun yang muncul adalah empat ya. so tidak, aku tak paksa malah mereka excited pulak nak tolong hahahaha. apakahh? macam tak percaya masih wujud manusia rajen di muka bumi ini. sedang sibuk mereka mendeko bilik aku supaya aku lebih bersemangat bekerja, tak disangka-sangka melimpah ruahlah air keluar dari penghawa dingin. ya rabbbbb terkejut badak kami berlima hahaha. tindakan refleks yang kemudian mengundang malapetaka kedua adalah apabila student aku tanjat beruk terus campak mop dan mengambil baldi untuk menadah air. beliau terlupa yang mop tu basah sebab dalam baldi ada air. get it? get it? hahahaha penuh pulak lantai aku dengan air daripada mop. riuh rendah mak nenek la kami berlima aduhhh lawak betul. eh ke aku je yang rasa lawak. hurmm.
hari ini hati berbunga-bunga. baca blog alia the don (like sasi the don!) kemain pulak namaku disebut-sebut ahaksss. i should be proud; readers dia ramai kot! lepas tu ada butterfly dalam perut lepas tu rasa nak terberon hahaha. aku kalau nervous memang sel-sel perut berhubung laaa. macam contraction nak beranak tetiba haha. yang si qila pulak kemain buat entry letak tajuk nama aku. debar-debar klik nak baca macam baru pertama kali dapat surat cinta hahahahah. btw, tenkiu korang sebab korang jela kawan saiber aku hahahahahahahaha gila lame kawan saiber ada dua jerrrr.
ehhh sebenarnya nak cerita pasal banchirrr kat bilik. banchirrr = banjir la. ada student aku tak boleh sebut huruf 'j'. omel angat.. rasa nak lempang sebab kiut kot pelat ni hahaha! ada jugak pelat 'r' yang macam malu-malu nak cakap english. aku ajar dia cakap gaya perancis amboi lepas tu dia pulak lawan tokei excited hahahah. itulah, kerja aku ni seronok sebenarnya sebab students macam kawan pulak. diorang pun semangat nak kawan dengan kita. kau bayangkanlah, sanggup okay jalan kaki hangkut mop penyapu baldi nak pergi tolong cikgu dia ni? oh mai tak terbayar rasanya dengan duit. hanya ilmu dan kasih sayang yang mampu kucurahkan. ihikkkkss.
banyak nak merapu ni. nak cerita macam-macam. nak bubuh gambar. but towards the end, ini semua angan-angan jela hahahaha. aku mengejar masa nak buat questionnaire pulok. harini banyak drama sangat yang merobek jiwa raga. tapi takpelahhh. banyak lagi benda yang menyeronokkan untuk kita fikirkan dan bersyukur.
p/s: aku pun rasa nak melempang diri baca entry kt blog penganten tu. ya Allahhhh, aku ke tu? hahahahha. nanti nak cariklah makcik avon mulut celupar tu. nak beli spender hahaha!
Hey kau tau, I met most of my friends via blogging. Bagus kan mcm ni?
ReplyDeleteMari la kita jadi best prennnnggggg
Hahahahahaha saikosis tak bunyinya
tapi.. tapi... aku ada split personality. nanti kau takut pulak hahahahaha jujur tak?
Delete