Wednesday, March 30, 2016

enough with gender fights

sekarang kecoh sana sini pasal isu bergaduh sebab duit hantaran tak cukup. malunya nauzubillah. duniawi semua tu uolsss. tak kisahlah siapa salah, siapa mula ke apa ke. dua-dua salah. berjanji tak ditepati, itu masih salah tak kisahlah keluarga perempuan demanding ke mata duitan ke hapa ke. kalau kau tahu kau tak mampu, why berjanji sebegitu rupa? yang belah perempuan pun sama. dalam masjid kot. kalau ye pun orang laki biadap, perlu ke kau bergasak? tempat yang tak sepatutnya kau buat onar pun. bercakap hal dunia pun dilarang, ni pulak kau bertempur sebab duit. Allah.. aibnya lahai. kau kata laki tu biadap, fine. tapi Allah tu tengok kot. bukan Allah tidoq ka apa ka. malaikat pun dok catit perangai buruk dia. yang kau pun sama naik buruk perangai, nak sesama jumpa kat neraka pulak ke? hihi.

dah jadi macam ni, semua pun nak kasik komen, nak throwback majlis sendiri. aku tak kisahlah kau nak mengenang terkenang, tapi jangan sampai jatuh hukum riak udahlaaa. ni cerita acah-acah majlis kau dah follow tuntutan agama sangatlah. sebaiknya muhasabah diri, jangan dok galak gah bercakap mengomen. kang kena batang hidung sendiri baru hang tau. duit hantaran ni, cukup elok belah laki nak bagi sebab bolehlah buat-buat belanja kenduri. tu duit kenduri belah laki cemana pulak? sapa nak bayar? tak ke kesian tu. apa mak laki tu takde impian ke nak kenduri cemana untuk anak dia? tapi sebab sayang anak, selalunya mak ngikut je anaknya. 

tapi dalam banyak-banyak komen, ada satu ketol makhluk ni bagi pendapat yang sangat buat aku rasa ek eleh kau ni biar betul hahah. katanya 15k tu tak cukup nak balas jasa mak bapak dia dah besarkan dia. persoalan aku, since when pulak tanggungjawab laki kau kena balas jasa mak bapak kau dengan material semata? itu kau bagi lapan juta kat mak bapak aku pun tak cukup, sebab aku ni PRICELESS. jasa mak bapak aku tu tak ternilai. tak terbayar dengan duit ringgit wehhh. dan sebagai anak, itu tanggungjawab akulah nak balas budi mak bapak. aku kerja, aku belajar sungguh-sungguh nak bagi mak bapak aku bangga, seronok, gembira. 

kau tanyalah mak bapak mana pun, diorang bukan hadap sangat duit anak, tapi kalau anak hulur tu seronoklah jugak. tapi still, that's not what they are looking for. kalau dengan duit makanya budi mak bapak kau dah terbalas, wow that's so easy tauuu. macam berdagang manusia pulak. macam mak bapak kau bela kau macam lembu, cukup tempoh jual ikut harga pasaran. get it? mak bapak bukan nak duit semata, cuma nak dikenang bila dah tua. nak dijaga, nak diingati. selalu balik jenguk, layan sembang, urut-urut badan, buat teman etc.

aku tak paham apehal semua benda kau nak lambak kat laki. nak-nak laki pun struggle carik duit, nak sara keluarga kecik sendiri. tanggungjawab lelaki pada mak ayah dia pun dah cukup besar. nak bertanggungjawab dekat anak bini lagi. boleh kojol cepat laki kau dah semua dia nak kena hadap. kesiannya wehhh. serius aku kesian dengan orang laki ni kadang-kadang. nak-nak sekarang femes pulak orang share sana sini yang tanggungjawab kerja rumah tu kerja laki, bini tugas dia serve laki je. 

aku tak kata tak setuju, tapi dalam masa yang sama Allah bagi kita rasa belas sesama manusia. memang ajaib kalau laki kau tu superman, tak reti penat, tak ada perasaan. lagi ajaib bila kau as bini takde belas ihsan sampai jatuh tahap buli laki pulak atas nama agama. kerja rumah buat sama-sama, kan ke ringan sikit beban? kita sama-sama penat carik duit, sama-sama la jaga kebersihan rumah, jaga anak. kan? bab carik duit pandai pulak nak bersama-sama, bab kerja eh sorang je ke nak pikul? apa ni bebbbbb hahaha. 

bab nak kahwin ni pun satu hal. padahal dua-dua gatal cipap gatal nonok nak kahwin, tapi bab duit laki yang kena siang malam membanting tulang sebab nak memenuhi impian kahwin kau yang grand tu. macam, eh kot ye pun cinta tapi dah apehal bengap sangat ni hahaha. bincanglah elok-elok. kalau rasa isu sensitif, family tak boleh terima pandai-pandai la makan berdua simpan berdua beb. aku banyak je tengok jenis keluarga yang memang buat majlis kahwin ni macam bisnes dah. tapi family kau, pepandailah kau handle. kau lagi kenal kot.

kalau kau rasa bakal pasangan kau tu tak hormat family kau, tunggu apa lagi? benda ni bukan jadi sekelip mata. time berkawan boleh nampaklah. tapi dek kerana cinta, berharap konon akan berubah heh memang silap lah. kalau kau rasa kau tanak blah, be firm lah with your stand. pada aku baik aku bertempur bergasak time tu daripada di kemudian hari. time dah kahwin ni pun, kalau ada bau-bau macam tak hormat je, memang perang psikologilah. dah kahwin mana bleh main fizikal hahaha. dosa plak tumbuk laki hahaha. ada kekdahnya nak send the message, tapi apa pun usahlah berpisah tempat tidur eh tetiba plak bagi petua lain hahah.

entahlahh. aku cuma dah bosan dengan orang dok banding-banding jantina ni. dan yang paling obvious, ni semua berlaku di kalangan wanita okayh. laki dia tak expressive macam wanita, that's why kita jarang nampak diorang komplen sangat. but telling you, the trend nowadays is changing. even guys are starting to be vocal. lepas tu kena hentam teruk dengan kaum wanita hahaha. eh kau cakap laki boleh, apesal diorang taleh kutuk kaum kau pulak? adil lah kan hehehe.

laki aku tanya, kenapa perempuan ni asyik kata laki tak adil? kenapa asyik laki je yang kena? aku jawab senang je. mana aku tau. aku bukan feminist. hahaha. aku terima peranan aku sebagai wanita. dalam islam, lelaki kena jadi ketua. ketua keluarga adalah suami. berat tu. tapi Allah adil. dalam beratnya tanggungjawab sebagai ketua keluarga, adanya penolong yakni isteri. sebab tu bini senang buat pahala. kau senangkan hati laki je, tinggg dapat pahala. senyum pada suami, tingggg! pahala lagi! tu baru senyum, belum benda lain lagi hahaha. ni dahlah jadi ketua ni berat, susah. tambah pulak dapat penolong kuat melawan. tu yang ada kena lucut jawatan ganti penolong lain tu huhuhu.

eh banyak pulak ngomel petang-petang yang kering kontang ni. udah-udahlah gaduh laki pompuan. buat dosa masuk neraka. buat baik masuk syurga. takdenya syurga neraka tu satu jantina je. and by the way, patutnya kalau betul kau nak ketuk laki, ketuklah mas kahwin. sebab tu memang hak kau. boleh beli gelang emas besaq rantai kapal tu ha. berbaloi la sikit muka viral kat internet hehehe.

Thursday, March 24, 2016

let bygone be bygone?

sejak dua menjak ni, perangai nak mengemas semakin menjadi-jadi. macam tak boleh tengok semak sikit padahal aku ni bukanlah bangsa rajin pun hahaha. kalau haritu aku memulun kemas rumah, sejak minggu lepas aku dok pulun kemas bilik office. yes, kami ditempatkan dalam bilik, bukan cubicle. setiap bilik share dua orang, tapi ni roommate aku cuti bersalin. nanti dia masuk, aku pulak yang tengah cuti. passing baton gitchuu.

last week aku dah alih-alih perabot. walaupun membawa seketul beach ball di perut, tetap gigih menyusun atur perabot bilik konon nak bagi luas hahaha. so harini misi sorting papers/documents. yerrr.. aku bab filing memang fail. selalu lambak je dulu nanti baru fikir hahaha. lepas tu huru hara carik memo tak jumpa la apa la huhu. bila sort documents ni, seakan-akan luka ku berdarah kembali la pulak. terus bercampur baur perasaan dan tiba-tiba menjadi sedikit emosi makanya teruslah aku menulis nak merempan kat sini hahaha.

terkenang-kenang macam mana aku dianiaya, ditikam bertubi-tubi, dihenyak dan sebagainya sampai jatuh sakit. migrain hari-hari. tapi migrain tu lah penyelamat aku. aku buat jadi alasan letak jawatan sebab aku kena jalani rawatan hahaha. masa tu dunia aku rasa gelap, rasa tak mampu nak bangun datang kerja. the fact was aku memang depressed tahap nak tikam diri sebab diorang. masa tu baru kau tahu siapa kawan yang sebenar, dan sekarang kau rasa kelakar sebab orang yang sama menikam kau tetiba sangat baik dan sweet dengan kau sebab dia tak suka ketua sekarang. masa aku jadi ketua, apa yang kau tak cakap dan buat? macam-macam. sekarang aku senyum jelah.

tapi itulah manusia sebenarnya. evil bos masih ada, tapi aku lega because i'm no longer part of the team. dan rasukan, kemarahan tak berasas dia tu dah tak kena direct pada aku. so for now i am safe. dan ada hikmahnya aku dituduh dan dilabel macam-macam, sebab sekarang diorang dah tak lambak workload kat aku sebab kononnya aku tak boleh buat kerja la buat kerja teruk la etc. eh sukalah aku kan, boleh fokus pada p&p dan kerja sendiri. but now bila dah diganti dengan orang lain, rupanya lagi teruk wahahaha padan muka uols. mana ada manusia sempurna. yang menggantikan aku tu, kemain awal-awal mendabik dada sound aku macam-macam, insult me with harsh words, pressure aku yada yada yada.

banyak diorang buat pada aku during the transition period, yang kalau diingatkan balik memang trauma sangat and boleh buat aku resah gelisah. sampai sekarang kalau telefon bilik berbunyi, or ada text daripada warga pengurusan pejabat, aku akan panik heh sabor jela. punyala paranoid. aku dah maafkan diorang (i think so) but i will never forget. aku senyum elok je, sembang ala kadar tapi kalau nak lelebih tu sorryla. i still remember what you did to me. that's another reason aku dah tak lepak sangat dengan gang sembang tu, apart from suka cakap topik 18sx. 

i was hurt badly. so bad. sampai emosi aku sangat terganggu. aku lagi sanggup amik risiko ubat bius etc daripada menghadap diorang punyala aku sangat terkesan. to those yang mengenali aku mesti tahu aku jenis hati batu dan kental, jenis mudah buat bodoh dan tak mudah makan hati or ambil hati. but what they did was too much. and now, bila tengok apa yang sedang berlaku, i guess i was right. i was treated badly, secara tidak adil dan dengan sengaja menganiaya aku. berat sebelah, dan sangat bias. 

Allah lindungi aku dengan ujian. even though i lost the position and the monthly allowance, but i actually gain more. money is nothing, position is nothing. what matters is your heart. and friends are not real friends, if they can bitch about others, they can bitch you too. i remember it too well.

yeah, let bygone be bygone. but i never forget. :)

Wednesday, March 23, 2016

gosip 18sx

satu perkara aku perasan sejak meningkat tua ni, aku makin tak suka bergosip. ececeh muntah darah pulak kang orang baca ni. acaha-acah bagus pulak hahahah. tapi sungguh, aku suka bergosip dengan laki sendiri je. kalau geng-geng wanita ni aku kureng sikit. kawan opis ke, biras ke hapa ke kalau boleh aku tamau tau cerita orang lain. 

dulu aku ada gang sembang. tapi bila asal berkumpul je bukak cerita orang, lama-lama aku dah macam malas nak melepak together. bukan sebab konon baik ke hapa, tapi macam tak sedap sebab yang diceritakan tu aku kenal, kawan jugak. so macam ishh tak sedaplah cerita dalam kain dia pun aku tahu semua hahaha. lagipun aku penggeli. aku cukup tak berkenan cerita 18sx ni. tapi aku perasan some people memang jenis tak kisah nak cerita benda macam tu. aku memang tak mampulah. rasa macam ada batu besar lekat kat tekak ni hahahaha.

masa kat tempat kerja lama, ustazah wehhh, selamba badak cerita pengalaman malam pertama. Allah, malu sungguh aku rasa. cerita pulak masa tengah makan nasik, terus sangkut nasik dengan lauk ayam kat tekak ni hahaha. perlu ke kau cerita peluh berjejeh, setim semua tu hahahahaha. bongok betoi. aku masa tu bujang lagi. lagilahhhh aku tanak dengar benda-benda macam tu. lepas tu ada kawan time tu baru kahwin, cerita pulak masalah malam pertama taleh tembus la sakit nak mampus la hahaha gelak nervous aku dibuatnya sebab aku malu. apa lagi, pakat-pakat la dok ramai-ramai bagi nasihat petua dan cerita pengalaman sendiri. that was the last time aku lunch dengan diorang hahaha lepas tu aku tapau makan kat cubicle sendiri je huhu. kera sumbang pun sumbang lahh.. daripada nak kena dengar benda macam tu. 

tempat kerja sekarang pulak, ada je cerita-cerita bersifat macam tu. macam laki kuat sex la, asyik nak bersenggama la. aduhhh aku yang segan sebab bila aku tengok laki dia aku teringat la cerita-cerita yang bini dia dok sembang hahahahaha. tak, aku tak pikir kuning, tapi aku jadi macam eee gelinyaaa hahahah. lepas tu boleh pulak kau buat jujur cerita nak balik kerja awal sebab nak mengongkek dengan laki ya rabbbbbbbb mana malumu wahai perempuan? lepas tu kena bahan, kau buat gaya malu-malu what the hell. and it didn't end kat situ okay. bila dia takde, semua orang masih lagi mengutuk, buat jadi bahan gelak etc. siap bagi remark macam-macam. aku kebetulan ada kat situ sebab tunggu laki habis meeting. tapi terpaksa buat-buat main hp walaupun network takde bahahahaha. 

masa aku baru kahwin, banyaklah dok menyumbang cerita pengalaman sendiri, which i don't think aku perlu dengar pun hahaha. berpeluh la tak sempat buat apa la nak pakai protection pun tak sempat la what the whatttt. lepas tu tanya-tanya pengalaman aku pulak mampus aku tak jawab hahahahahah. muka lurus je kata benda dalam kain simpan sendiri, tayah sibuk hahaha. pastu bengang sebab aku acah good-good. eh sukati akulaaaa hahaha. makcik aku lagi mulut puaka, malam lepas aku nikah dia tanya dah bersama ke belum? depan ramai-ramai orang, lepas tu buat muka gatal hahahaha gila tak beradab orang tua ni haha. 

aku selalu ngomel dekat laki, nape ek orang pompuan kena cerita benda-benda macam tu? segan kot. lepas tu pulak sibuk nak cerita seminggu berapa kali, dah berapa lama tak bersama, hint-hint laki bagi bila nak bersama erkkk tu kau simpan sendiri jela hahaha adoiii. aku macam kesian kat laki diorang huhu. lepas tu lagi kesian sebab cerita-cerita diorang jadi bahan gelak aku laki bini. 

orang dok ingat kami laki bini ada masalah kesuburan. dok cakap laki aku tak sharp shooter la, tak reti main la, aku ni overweight susah nak lekat la, macam-macam. sampai dok selidik posisi betul ke tak, timing bersama semua eh kau dah kenapa hahaha. aku yang tak mengandung kau yang panas hahah. selalu orang tanya ke cakap apa ke aku senyum je, aku tak jawab sebab tak rasa pun perlu. kalau over sangat, baru aku laser sedas dua. yang orang tak tau, memang kitorang planning. kalau aku cakap planning, sahlah aku kena hambur jugak sebab biasalah orang kita ni. malas nak elaborate cuma aku nak cakap, hidup aku so kau tayah nak play god sangat hahaha. 

ada yang bergosip 18sx atas alasan berkongsi ilmu. tapi kalau dah tahap nak cerita nikmat, cerita kekerapan, cerita posisi atas bawah depan belakang tu.. macam dah over je. lepas tu tak payah lah kau buat cerita macam laki kau sangap sangat. sian laki kau tu. and please, kalau kau horny, talk to your husband, not your colleague. nak ngongkek citer berdua jela, tayah hebah satu opis sampai big bos pun tahu kau nak balik having sex. urghhh serious geli. 

-___________________-"

Wednesday, March 16, 2016

perihal pembelian rumah yang tak berkesudahan

aku pernah buat entry pasal proses pembelian rumah few years ago dalam blog lagi satu. lepas tu tak sempat-sempat nak update, dengan pelbagai isu yang timbul yang boleh bikin pecah kepala jugaklah. up until now, urusan pembelian masih belum selesai 100% hahah can you imagine? sekarang lawyer pulak buat hal. tapi takpe, aku memang berniat nak documented every detail pasal proses membeli rumah ni cuma time will tell bila hihih. bawah ni aku copy paste je pasal proses awal membeli. nanti aku cuba karang lagi apa proses-proses lain, dan apa yang kau patut elak buat supaya tak jadi mangsa macam aku huhuhu. 

................................................................................................

hari ini entri sedikit ilmiah. ini berikutan nak menjawab pertanyaan rakan-rakan yang datang pada masa yang tidak serentak membuatkan aku rasa macam kaset rosak pun ado hahahaha.

sebagai peringatan, entri ini bukanlah bersifat takabur mahupun bongkak dan riak, cuma nak berkongsi pengalaman membeli sebuah rumah yang tidaklah mewah tapi cukup mahal buat aku hahahaha. bukan mudah ye, nak menambah hartanah di kawasan selangor ni. sengkekkkkkk.

aku mulakan dengan proses pertama; mencari rumah idaman. idaman ni besar maknanya. ada orang, rumah banglo adalah rumah idaman. ada orang, rumah teres lot tepi. ada orang, minat cuma kondominium or apartment. aku? aku minat rumah murah hahahaha. disebabkan bajet aku kecil, aku memang usha apartment saja. mujur juga memang aku minat apartment plus memang sedar diri hahaha. 

masa mencari rumah, aku setkan budget siap-siap. syukur berkat pernah bekerja bank dulu, aku adalah kawan yang boleh dijadikan rujukan. penting, okay. sebab each time ada rumah aku berkenan, aku akan cari sahabat aku yang satu ni untuk tanya pasal installment la legal fees la market price la macam-macam lagi la. dia pun tekun je melayan. mencari rumah yang berada di dalam jangkauan bajet dan memenuhi citarasa adalah sangat payah. aku mengambil masa almost two years. dalam tempoh masa tersebut, aku mendapati bahawa aku cuma mampu membeli rumah di bawah harga 100k. penting ni tau. kena tahu berapa monthly commitment kau mampu nak bayar. tambah tolak hutang semua so kena ambil kira saving bla bla bla. pendek kata, tahu dulu kemampuan komitmen bulanan baru house hunting. tu cara aku la sebab tamau menanggung duka lara kecewa dah tengok rumah yang best, sekali tak mampu pulak untuk bayaran bulanan dan deposit hahahahaaa banyak kali dah kena cisss. 

ini satu lagi pesanan khidmat masyarakat: ada beza diantara beli rumah daripada developer dan subsale (beli atas orang). dalam kes aku, aku beli subsale. sebab area aku nak beli ni kalau nak beli yang baru jawabnya kena gelak dengan pihak bank. mak tak mampu, nakkkk. harga sampai setengah juta mana nak cekau duit nokkk. mengemis nanti hahaha.

okay, ni pulak masa pergi tengok rumah. kau kena be a little meticulous jugaklah. tapi dalam kes aku jatuh cinta pandang pertama so tak tengok sangat hahahahha. lebih kepada nak grab je sebab harga dah mampu milik; dan aku dah semakin ada kesedaran bahawa kalau beli rumah baru pun ada je menda nak renovate, beli subsale lagilahhhh. and lagi satu, kawan aku dah tengok rumah tu sebelum aku, makanya adalah gambar-gambar dia ambil. lepas bincang ala kadar dengan other half, aku decide untuk proceed je.

aku cuba jugak nak nego, tapi dapat kurang tak banyak. still below market price so aku setuju je cepat-cepat. aku cuba minta mark up loan; owner rumah was a bit hesitant at first tapi mungkin dah rezeki tetiba je dia setuju. so aku dah banyak jimat kat situ.

aku ingtkan akak yang bawak aku tengok rumah tu adalah seorang ejen, tapi entah mungkin rezeki aku akak tu sangat baik membantu and tak pushy pun nak duit 3% tu. terus dia dealkan aku dengan this lawyer (yang super baik jugak) tanpa aku perlu bayar booking fee whatsoever.  akak tu cuma suruh ready kan 10% je, nanti lawyer dah siap s&p agreement baru bayar. akak ni punya la baik siap tolong check kan lagi berapa aku boleh amik loan, and market price rumah, dan memberikan aku contact-contact pegawai bank yang boleh bantu aku apply loan rumah. siap dia pulak yang call aku bimbang masalah loan aku tak setel hahahaha suweet nye akak ni nanti aku belanja makan.

lama aku tunggu lawyer suruh bayar sampai naik bimbang hahahaha. selalunya pembeli culas nak bayar, yang aku ni pulak kemain teruja. aku pinjam duit mak aku sebab aku memang tak ada cash and aku plan nak buat personal loan nanti untuk bayar balik (jujur je hahahha). betul, aku nekad nak beli rumah tanpa ada sen dalam tangan. mujur ada mama hewhewhew. 

mungkin uols kata kenapa aku tak guna EPF untuk bayar rumah kan? reason dia, aku memang guna akaun EPF aku untuk pendidikan. sobbbsss. aku anak yatim, noksss. belajar bayar guna duit sendiri hahaha.

okayh berbalik kepada cerita beli rumah. sebelum nak sign s&p agreement tu, aku siapkan bank draft dulu. buat salinan tau untuk simpanan sendiri. aku keep everything daripada mula deal nak beli rumah; dari kertas sekecil-kecil ke sebesar-besarnya aku letak dalam satu sampul. tak susun je lagi hak hak hak. dah sign tu, aku kena bayar lawyer agak mahal jugak. almost 3k hohohoho. dia bagi diskaun tapi 2 hengget je hahahahaah.

kat sini sebenarnya aku tak tau boleh nego. sebenarnya boleh mintak diskaun. tapi aku rasa harga aku bayar tu berbaloi sebab lepas tu aku ada masalah sikit sangkut dekat loan. ni satgi la aku cerita. akak lawyer kata, kalau lawyer loan pun amik dengan firm diorang, maka aku entitle untuk dapat great diskaun. how great tu aku tatau la sebab dia bagi rough quotation pun dah lebih 4k hahahhahaha sengkek weh kalau takde cash dalam tangan.

bila dah ada s&p tu barulah boleh apply loan secara berleluasa haha. tapi aku cuba tiga bank je. lagi dua bank tu pun sebab bank pilihan hati tu banyak cekadak plak. aku cuba bank islam, cimb and maybank. yang paling pantas is maybank. ko apply harini, lusa dapat jawapan. pehhh lajuuuu hahahaha. aku terpaksa reject pasal dia conventional dan beberapa alasan lain. aku memang nak yang islamik. aku apply cimb sama hari dengan maybank. ambil masa less than two weeks untuk approve. bank pilihan hati aku which is bank islam sampai ke sudah tak approve sebab dia rigid sikit. dia bukan check purchaser yakni aku je, tapi vendor sekali. susahla bila vendor punya track record tak bagus. aku dah wasted sebulan dah menunggu bank islam punya process and procedure sampai lawyer and akak bank tu pun give up hahahaha.

kalau baca cerita orang lain, banyak yang pergi survey bank sana sini. aku tak survey pun main grab je mana mudah sebab pertama aku super busy, kedua aku malas. jangan tiru macam aku tau. kalau korang banyak masa dan rajin silakanlah. 

so tadi aku dah sign agreement. aku cerita setakat ini dululah. ada lagi nak cerita detail pasal MRTA vs MLTA, fire insurance, kos valuer, etc tapi ni pun dah panjang. later aku story lagi. hope this helps la kepada siapa nak beli rumah k.

Monday, March 14, 2016

perangai musibat penduduk setempat

hari ni aku rasa nak berceloteh tahap syaiton sikit sebab soalan final dah siapppppp hahaha. oh ye, kenapa tahap syaiton? sebab hari ni aku tak rasa nak jadi sabariah hihi.

1. perangai suka bagi makan haiwan di pintu rumah.
aku tak kisah kau pencinta binatang ke alam ke, tapi buat apa-apa fikir jiran dulu boleh? rumah sebelah menyebelah, kau letak makanan kucing memanglah luar pintu kau, tapi kucing kencing kat pintu aku sebab dia menanda kawasan, kau rasa boleh sabar ke? haritu dia berak atas lapik kaki aku depan rumah. nak aje aku seletkan kat pintu kau jugak. bukankah berkongsi itu amalan mulia? hahahaha. rumah apartment, laluan kecik kau pikirlah patut ke feed the cat macam tu? dahlah plate apa takde, kau tabur je makanan macam tu sampai bersemut aduhaiiiii otak mana wehh.

2. buang sampah di tempat yang salah.
tepi pintu rumah aku adalah bilik kecil untuk meter tnb. ada pintu bertutup. syaitan tak perangai, kau buang sampah kulit durian, sampah petai, sampah berair-air kau dalam tu? biadap sangat, kan? belah kau tu kan ada bilik kecil meter syabas. apesal kau tak buang situ? apa? nanti rumah kau busuk? habis rumah aku tak? dasarrrrrrr juai ikan betoi hang ni. aku juai diri hang baru ada akai.

3. grill tak reti rapatkan.
kau bukak besar-besar grill kau sampai tutup pintu rumah aku tu, kau nak jemput sapa masuk? gajah? pikir la sikit aku nak masuk rumah cemana. asal balik nak kena tolong tutupkan grill kau dulu. mujurlah aku masih mampu bersabar bab ni. kalau ikutkan hati panas bak neraka ni nak aje aku hempas grill ke muka kau bagi sedar sikit hahahah ganasssssnyaaa mak takutttt.

4. meludah keluar tingkap.
mulut kau ada kanser eh? yang tak boleh nak ludah elok-elok? perlu ludah keluar tingkap sampai berselepet air liur kau berserta kahak hijau kat kereta aku? tunggulah aku simbah air bateri kat kereta kau nanti biar cat terkopek sepertimana kau kopek cat kereta aku dengan ludah berasid kau tu hahahaha. mak aku siap tanya, makan sireh ke dia ni sampai rosak cat kereta hahahaha aku tatau la tu air liur ke cuka getah hishhh. kalau bulan puasa lagi bertempek-tempek ni euwwww bencilahhhhhh urghhh. nasib aku bijak sikit bermain strategi, dapat tukar parking lot sebelah. tapi tadi pagi kena jugak aku rasa jiran ni berlatih meludah untuk masuk pertandingan kot sialan betul perangai hahaha.

5. menyapu tanpa penyodok.
sapu, sapu, sapu. sampai pintu sapu keluar and that's it. tinggallah sampah debu habuk di pintu kau. lalu angin pun berlalu dan bertiup ke rumah aku. kau takde penyodok ek? gila pengotor bukankah pintu masuk tu haishhh apa ni sapu otak keluar sekali ke apa ni hahahaha.

6. parking tengah jalan.
masalah parking ni memang confirm ada kalau duk apartment. tapi kot ye pun kau agak-agakla.. pejadah parking tengah jalan dol. buta kare ke apa. lepas tu dok parking block kereta orang. again, kami terselamat sebab aku berjaya menukar parking lot. bab tengah jalan tu aku saspek otak dia tinggal dalam rumah sebab tu bebal lain macam.

7. tangga jadi tandas awam.
anjing tu aku paham la binatang, takde akal. yang kau tuan biar dia kencing kat tangga tu, kau pun anjing ke hapa hahahaha. macam nak tampar kepala tuan tu hadoiiii. tu laluan aku nak naik. dah satu hal dengan perot boyak terpaksa main ting-ting nak mengelak najis mughallazah pulak. naik atas, najis kucing pulak. aku ni duduk kawasan perumahan manusia ke, kawasan binatang? binawe betoi manusia lahanat ni hahaha.

eh dah banyak. cukuplah carutan hari ini. aku masih tak dapat maafkan kahak berlendir kat kereta aku ni. rasa nak letak gam gajah kat tombol pintu rumah dia. biar mereput dalam rumah jangan keluar membiak hahahahah.

sorry sebab harini kakak tak sabariah sangat. i tak maksum, uolsss. tulang sum-sum je ada. aummmm.

Tuesday, March 1, 2016

Trauma

Those who read would have known my sister had lost her child in 2014. But Allah is the most merciful, and loving. Tahun ni my mom akan dapat dua cucu serentak hehe.

I don't really talk about my pregnancy anywhere else, except here. I even told my husband not to give any idea that i'm conceiving in his fb. I don't own an account, so one less social media account to handle.

We both agreed to make it less public, due to many many reasons. Not that we are not excited with the presence of this child, but the uncertainty, the fear of losing makes us be more more careful this time. Plus, we are trying our very best to respect those who are still trying, and trying not to rub salt to their wound.

Conceiving is not easy, because it's not you who have the upper hands in making it real. The pressure from the society, family, friends are never easy to handle. Expectations, hopes kill. We know because we have been there. But the difference is, we didn't really try hard. We go, we stroll as we like. Kalau ada, adalah. So pressure was not really an issue. Kami chill je. But still, aku faham naluri ibu yang nak berzuriat. Sangat faham sebab dekat office, ramai yang masih mencuba, banyak masalah kesuburan etc. Jadi aku sangat berhati-hati bila bercakap dengan mereka.

And being me, aku memang jenis hati kering. Aku tak faham the needs untuk kau poyo-poyo canang how happy you are, being insensitive to those yang kau tahu mengharap jugak. Alasan kau yang it's your time to be happy, yang at last kau juga mendapat bahagia yang kau nak be it dapat jodoh dapat anak doesn't give you the permit untuk kau goreskan hati orang lain. Sedangkan satu ketika dulu, hati kau sendiri sakit dan sedih diperlakukan macam tu. So, kenapa sekarang kau pulak buat macam tu?

Betul, kau kata niat kau cuma nak beritahu kau gembira. Jadi apa beza dengan orang-orang yang lain, yang kau kutuk konon menunjuk-nunjuk bahagia, menonyoh-nonyoh berita gembira ke muka kau suatu ketika dulu? Mungkin niat mereka juga sama, just like yours now.

Tolong jangan salah faham. Aku bukan menghentam uols nak bercerita. In fact, i did too here. Cuma kurangkanlah nada kepoyoan dalam ayat kau tuuu.. Especially bab harta pinjaman Allah ni. Kita takkan tahu berapa lama nak dipinjamkan. Dan beringatlah, segala nikmat hanyalah ujian untuk kita. Be it nikmat sakit, sengsara, gembira, kekayaan dan sebagainya.

Aku takut, nanti it's going to be too much to bear if it doesn't go as you plan. I've seen it, and now i'm traumatised.

Beringat, beringat, beringat. Selagi mampu.