Monday, March 14, 2016

perangai musibat penduduk setempat

hari ni aku rasa nak berceloteh tahap syaiton sikit sebab soalan final dah siapppppp hahaha. oh ye, kenapa tahap syaiton? sebab hari ni aku tak rasa nak jadi sabariah hihi.

1. perangai suka bagi makan haiwan di pintu rumah.
aku tak kisah kau pencinta binatang ke alam ke, tapi buat apa-apa fikir jiran dulu boleh? rumah sebelah menyebelah, kau letak makanan kucing memanglah luar pintu kau, tapi kucing kencing kat pintu aku sebab dia menanda kawasan, kau rasa boleh sabar ke? haritu dia berak atas lapik kaki aku depan rumah. nak aje aku seletkan kat pintu kau jugak. bukankah berkongsi itu amalan mulia? hahahaha. rumah apartment, laluan kecik kau pikirlah patut ke feed the cat macam tu? dahlah plate apa takde, kau tabur je makanan macam tu sampai bersemut aduhaiiiii otak mana wehh.

2. buang sampah di tempat yang salah.
tepi pintu rumah aku adalah bilik kecil untuk meter tnb. ada pintu bertutup. syaitan tak perangai, kau buang sampah kulit durian, sampah petai, sampah berair-air kau dalam tu? biadap sangat, kan? belah kau tu kan ada bilik kecil meter syabas. apesal kau tak buang situ? apa? nanti rumah kau busuk? habis rumah aku tak? dasarrrrrrr juai ikan betoi hang ni. aku juai diri hang baru ada akai.

3. grill tak reti rapatkan.
kau bukak besar-besar grill kau sampai tutup pintu rumah aku tu, kau nak jemput sapa masuk? gajah? pikir la sikit aku nak masuk rumah cemana. asal balik nak kena tolong tutupkan grill kau dulu. mujurlah aku masih mampu bersabar bab ni. kalau ikutkan hati panas bak neraka ni nak aje aku hempas grill ke muka kau bagi sedar sikit hahahah ganasssssnyaaa mak takutttt.

4. meludah keluar tingkap.
mulut kau ada kanser eh? yang tak boleh nak ludah elok-elok? perlu ludah keluar tingkap sampai berselepet air liur kau berserta kahak hijau kat kereta aku? tunggulah aku simbah air bateri kat kereta kau nanti biar cat terkopek sepertimana kau kopek cat kereta aku dengan ludah berasid kau tu hahahaha. mak aku siap tanya, makan sireh ke dia ni sampai rosak cat kereta hahahaha aku tatau la tu air liur ke cuka getah hishhh. kalau bulan puasa lagi bertempek-tempek ni euwwww bencilahhhhhh urghhh. nasib aku bijak sikit bermain strategi, dapat tukar parking lot sebelah. tapi tadi pagi kena jugak aku rasa jiran ni berlatih meludah untuk masuk pertandingan kot sialan betul perangai hahaha.

5. menyapu tanpa penyodok.
sapu, sapu, sapu. sampai pintu sapu keluar and that's it. tinggallah sampah debu habuk di pintu kau. lalu angin pun berlalu dan bertiup ke rumah aku. kau takde penyodok ek? gila pengotor bukankah pintu masuk tu haishhh apa ni sapu otak keluar sekali ke apa ni hahahaha.

6. parking tengah jalan.
masalah parking ni memang confirm ada kalau duk apartment. tapi kot ye pun kau agak-agakla.. pejadah parking tengah jalan dol. buta kare ke apa. lepas tu dok parking block kereta orang. again, kami terselamat sebab aku berjaya menukar parking lot. bab tengah jalan tu aku saspek otak dia tinggal dalam rumah sebab tu bebal lain macam.

7. tangga jadi tandas awam.
anjing tu aku paham la binatang, takde akal. yang kau tuan biar dia kencing kat tangga tu, kau pun anjing ke hapa hahahaha. macam nak tampar kepala tuan tu hadoiiii. tu laluan aku nak naik. dah satu hal dengan perot boyak terpaksa main ting-ting nak mengelak najis mughallazah pulak. naik atas, najis kucing pulak. aku ni duduk kawasan perumahan manusia ke, kawasan binatang? binawe betoi manusia lahanat ni hahaha.

eh dah banyak. cukuplah carutan hari ini. aku masih tak dapat maafkan kahak berlendir kat kereta aku ni. rasa nak letak gam gajah kat tombol pintu rumah dia. biar mereput dalam rumah jangan keluar membiak hahahahah.

sorry sebab harini kakak tak sabariah sangat. i tak maksum, uolsss. tulang sum-sum je ada. aummmm.

7 comments:

  1. hehehe tergelak baca post kau.. relax k.. ibu mengandung xleh marah2 hehehe.. tapi seriously.. teruknya jiran2kau.. pindah la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha pertama kali bapak mertua aku datang rumah, soalan pertama dia tanya majoriti penduduk kerja apa? haha nampak sangat dia risau anak dia duduk kawasan hitam haha.

      doakanlah, ada rezeki tahun ni duduk rumah tanah plak hehehe.

      Delete
  2. huiiii...urut dada dpt jiran mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. urut dada kaki tangan semualahhhh hahaha. mujur rumah cantik, view pun cantik tengok pokok-pokok dan taman. kawasan macam elit, tapi otak penduduk tak elit sangat hahaha.

      Delete
  3. terkekek-kekek gelak... adoiiii..!! lahanat betul bab kahak-kahak tu.. awak kahak kan je dia balik.. buat2 macam ada kahak pun takpe.. hahahhaa.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wanita melayu terakhir mana reti nak meludah tak tentu hala ni hahaha.

      Delete
  4. lama dh xbaca blog u..ni mmg lawak haha..bole sawan layan jiran camni

    ReplyDelete