aku pernah buat entry pasal proses pembelian rumah few years ago dalam blog lagi satu. lepas tu tak sempat-sempat nak update, dengan pelbagai isu yang timbul yang boleh bikin pecah kepala jugaklah. up until now, urusan pembelian masih belum selesai 100% hahah can you imagine? sekarang lawyer pulak buat hal. tapi takpe, aku memang berniat nak documented every detail pasal proses membeli rumah ni cuma time will tell bila hihih. bawah ni aku copy paste je pasal proses awal membeli. nanti aku cuba karang lagi apa proses-proses lain, dan apa yang kau patut elak buat supaya tak jadi mangsa macam aku huhuhu.
................................................................................................
hari ini entri sedikit ilmiah. ini berikutan nak menjawab pertanyaan rakan-rakan yang datang pada masa yang tidak serentak membuatkan aku rasa macam kaset rosak pun ado hahahaha.
sebagai peringatan, entri ini bukanlah bersifat takabur mahupun bongkak dan riak, cuma nak berkongsi pengalaman membeli sebuah rumah yang tidaklah mewah tapi cukup mahal buat aku hahahaha. bukan mudah ye, nak menambah hartanah di kawasan selangor ni. sengkekkkkkk.
aku mulakan dengan proses pertama; mencari rumah idaman. idaman ni besar maknanya. ada orang, rumah banglo adalah rumah idaman. ada orang, rumah teres lot tepi. ada orang, minat cuma kondominium or apartment. aku? aku minat rumah murah hahahaha. disebabkan bajet aku kecil, aku memang usha apartment saja. mujur juga memang aku minat apartment plus memang sedar diri hahaha.
masa mencari rumah, aku setkan budget siap-siap. syukur berkat pernah bekerja bank dulu, aku adalah kawan yang boleh dijadikan rujukan. penting, okay. sebab each time ada rumah aku berkenan, aku akan cari sahabat aku yang satu ni untuk tanya pasal installment la legal fees la market price la macam-macam lagi la. dia pun tekun je melayan. mencari rumah yang berada di dalam jangkauan bajet dan memenuhi citarasa adalah sangat payah. aku mengambil masa almost two years. dalam tempoh masa tersebut, aku mendapati bahawa aku cuma mampu membeli rumah di bawah harga 100k. penting ni tau. kena tahu berapa monthly commitment kau mampu nak bayar. tambah tolak hutang semua so kena ambil kira saving bla bla bla. pendek kata, tahu dulu kemampuan komitmen bulanan baru house hunting. tu cara aku la sebab tamau menanggung duka lara kecewa dah tengok rumah yang best, sekali tak mampu pulak untuk bayaran bulanan dan deposit hahahahaaa banyak kali dah kena cisss.
ini satu lagi pesanan khidmat masyarakat: ada beza diantara beli rumah daripada developer dan subsale (beli atas orang). dalam kes aku, aku beli subsale. sebab area aku nak beli ni kalau nak beli yang baru jawabnya kena gelak dengan pihak bank. mak tak mampu, nakkkk. harga sampai setengah juta mana nak cekau duit nokkk. mengemis nanti hahaha.
okay, ni pulak masa pergi tengok rumah. kau kena be a little meticulous jugaklah. tapi dalam kes aku jatuh cinta pandang pertama so tak tengok sangat hahahahha. lebih kepada nak grab je sebab harga dah mampu milik; dan aku dah semakin ada kesedaran bahawa kalau beli rumah baru pun ada je menda nak renovate, beli subsale lagilahhhh. and lagi satu, kawan aku dah tengok rumah tu sebelum aku, makanya adalah gambar-gambar dia ambil. lepas bincang ala kadar dengan other half, aku decide untuk proceed je.
aku cuba jugak nak nego, tapi dapat kurang tak banyak. still below market price so aku setuju je cepat-cepat. aku cuba minta mark up loan; owner rumah was a bit hesitant at first tapi mungkin dah rezeki tetiba je dia setuju. so aku dah banyak jimat kat situ.
aku ingtkan akak yang bawak aku tengok rumah tu adalah seorang ejen, tapi entah mungkin rezeki aku akak tu sangat baik membantu and tak pushy pun nak duit 3% tu. terus dia dealkan aku dengan this lawyer (yang super baik jugak) tanpa aku perlu bayar booking fee whatsoever. akak tu cuma suruh ready kan 10% je, nanti lawyer dah siap s&p agreement baru bayar. akak ni punya la baik siap tolong check kan lagi berapa aku boleh amik loan, and market price rumah, dan memberikan aku contact-contact pegawai bank yang boleh bantu aku apply loan rumah. siap dia pulak yang call aku bimbang masalah loan aku tak setel hahahaha suweet nye akak ni nanti aku belanja makan.
lama aku tunggu lawyer suruh bayar sampai naik bimbang hahahaha. selalunya pembeli culas nak bayar, yang aku ni pulak kemain teruja. aku pinjam duit mak aku sebab aku memang tak ada cash and aku plan nak buat personal loan nanti untuk bayar balik (jujur je hahahha). betul, aku nekad nak beli rumah tanpa ada sen dalam tangan. mujur ada mama hewhewhew.
mungkin uols kata kenapa aku tak guna EPF untuk bayar rumah kan? reason dia, aku memang guna akaun EPF aku untuk pendidikan. sobbbsss. aku anak yatim, noksss. belajar bayar guna duit sendiri hahaha.
okayh berbalik kepada cerita beli rumah. sebelum nak sign s&p agreement tu, aku siapkan bank draft dulu. buat salinan tau untuk simpanan sendiri. aku keep everything daripada mula deal nak beli rumah; dari kertas sekecil-kecil ke sebesar-besarnya aku letak dalam satu sampul. tak susun je lagi hak hak hak. dah sign tu, aku kena bayar lawyer agak mahal jugak. almost 3k hohohoho. dia bagi diskaun tapi 2 hengget je hahahahaah.
kat sini sebenarnya aku tak tau boleh nego. sebenarnya boleh mintak diskaun. tapi aku rasa harga aku bayar tu berbaloi sebab lepas tu aku ada masalah sikit sangkut dekat loan. ni satgi la aku cerita. akak lawyer kata, kalau lawyer loan pun amik dengan firm diorang, maka aku entitle untuk dapat great diskaun. how great tu aku tatau la sebab dia bagi rough quotation pun dah lebih 4k hahahhahaha sengkek weh kalau takde cash dalam tangan.
bila dah ada s&p tu barulah boleh apply loan secara berleluasa haha. tapi aku cuba tiga bank je. lagi dua bank tu pun sebab bank pilihan hati tu banyak cekadak plak. aku cuba bank islam, cimb and maybank. yang paling pantas is maybank. ko apply harini, lusa dapat jawapan. pehhh lajuuuu hahahaha. aku terpaksa reject pasal dia conventional dan beberapa alasan lain. aku memang nak yang islamik. aku apply cimb sama hari dengan maybank. ambil masa less than two weeks untuk approve. bank pilihan hati aku which is bank islam sampai ke sudah tak approve sebab dia rigid sikit. dia bukan check purchaser yakni aku je, tapi vendor sekali. susahla bila vendor punya track record tak bagus. aku dah wasted sebulan dah menunggu bank islam punya process and procedure sampai lawyer and akak bank tu pun give up hahahaha.
kalau baca cerita orang lain, banyak yang pergi survey bank sana sini. aku tak survey pun main grab je mana mudah sebab pertama aku super busy, kedua aku malas. jangan tiru macam aku tau. kalau korang banyak masa dan rajin silakanlah.
so tadi aku dah sign agreement. aku cerita setakat ini dululah. ada lagi nak cerita detail pasal MRTA vs MLTA, fire insurance, kos valuer, etc tapi ni pun dah panjang. later aku story lagi. hope this helps la kepada siapa nak beli rumah k.
stress wehhhh stress sebab dah masuk tahun ke dua masih tak settle hahaha. lawyer ni memang nak kena bakor gamaknyaaa. dah dapat duit terus slow progress bajingan betol hahaha.
ReplyDelete