Friday, April 29, 2011

lama tak menulis, banyak yang dah berlaku.

tapi tetiba tak ada mood nak menaip panjang-panjang. letih + mengantuk. lately banyak rushing sana sini. dan siapa kata bila kau ceria-ceria gelak-gelak dengan pelajar kau tak penat? neh pulak duduk dalam bilik berhawa dingin.

it's just nice to sleep.

but i can't. need to run to alamanda to get two tickets for tonight's show. after twelve pulak tu. sedikit risau dua-dua akan terbongkang terlelap tidur hahaha. and need to find where to buy tali jam timex kekaseh hati. kalau ada pun mahal bebenor. tambah sikit dah boleh dapat jam baru.

tapi takpe. misi bulan sembilan adalah jam casio. tungggguuuuu. touching on that, my birthday is just a month+ away.

i'm soon going to be a year older. tak tahu patut gembira ke tidak. :)

lately selalu mimpikan papa. dipeluk. macam sangat benar. borak-borak dan aku khabarkan kerunsingan hati. dan papa menjawab sepertinya dia.

rindu. tapi pada masa yang sama aku tenang dan gembira. jadi jangan terkejutlah kalau tetiba aku dah berbaik pulak dengan housemate and officemate neh hahahahah.

internet kat rumah macam bangang. weng macam mabuk todi. pfffttttt.

ok nak nap kejap. kerja banyak but sungguh tak boleh nak fokus neh. haih bila mau ubah perangai neh. zzzz.

Monday, April 18, 2011

kenapa susah sangat untuk difahami?

kau mahu aku bercakap bahasa apa?

looks can be deceiving.
jadi jangan percaya dengan apa yang mata kau lihat.

tolonglah.
tolong fahami apa yang aku rasa.

tanpa aku sedari.

hari ini berlaku satu kematian dalam keluarga. pagi-pagi lagi dah dikejutkan mama mengajak pergi menziarah. mama kata anak bongsu nek som meninggal. innalillah, aku jawab dengan mata masih tertutup. dan mama terus-terusan memberikan ceramah kesedaran kepada aku dan adik. sedikit sebanyak agak terpengaruh sebab nek som anak beranak baik dengan kami sekeluarga. tapi macam sedikit tak bersemangat sebab konon kurang kenal anak nek som yang bongsu neh. nek som ada ramai anak, dan muka semua lebih kurang. fine.

jadi aku bangun dengan rasa malas dan sedikit berpoya-poya. sakit kepala semalam masih bersisa. kadar masa yang diambil sangat lama berbanding bersiap untuk keluar dating; sungguh lembab ye aku tahu itu.

sampai di rumah nek som, aku tercari-cari cik ma aka anak nek som yang baik dengan kami dan sangat ramah. mesra dan lucu orangnya. tak nampak kelibat beliau. aku tanya pada mama, mama pun kata tak nampak. tanya adik pun dia tak nampak sebab ramai sangat orang. tapi mustahil sebab takkan dia tak ada waktu kematian adik beradik sendiri, kan?

nak jadi cerita, datang dua wanita duduk sebelah aku. kemudian aku terdengar, "kawan ma eh?", tanya cik yah, kakak kepada cik ma. terus aku terdiam terkesima. rupanya cik ma itu anak bongsu nek som aka jenazah yang terkujur di depan aku. 

aku tepuk bahu mama dan maklumkan apa yang berlaku. mama terkejut, adik muka cuak terus nak menangis. haih. macam mana boleh tak tahu cik ma itu anak bongsu yang dimaksudkan. terus sebak sebab allahyarhamah baik orangnya. dan yang buat aku lebih terdiam, selama ini dalam ketawa beliau rupanya sejak kecil menderita sakit yang tak tertanggung. and she was just one year older than i am. 

macam terfikir, aku tak pernah tengok or dengar dia mengeluh sakit. dan hari ini baru aku tahu she had had anemia sejak kecil. dan paling sedih sebab dari sembilan anak nek som, empat dah pun meninggal dunia termasuk cik me kerana sebab yang sama. sedih, sayu dan sebak bila tengok nek som dan atuk cium anak bongsu mereka buat kali yang terakhir. 

dan paling buat aku terkesan, dalam aku rasa butir-butir seperti anak ke berapa, kerja apa, kerja di mana etc itu tak penting - hari ini membuktikan bahawa sikap aku ini tak elok diamalkan. satu perkara yang aku susah nak terima sebab aku claim cik ma baik dengan aku, tapi aku tak kenal dia lebih dari nama. even nama sebenar dia pun aku tak tahu.

ini cuma satu contoh kecil dalam kehidupan. betapa aku sebenarnya mengambil kesempatan  dan menggunakan alasan tak ingat sebagai jalan mudah untuk malas ambil tahu. haih mungkin sudah tiba masanya untuk aku berubah. 

sedih betul tapi entahlah. mungkin coretan aku hari ini tak betul-betul menggambarkan apa yang aku rasa deep down inside. tapi cukuplah niat aku nak sampaikan satu peringatan buat diri sendiri; hidup neh cuma pinjaman. tapi selama mana kita diberi peluang untuk hidup, isikan dengan kegembiraan dan keceriaan. bukan mengeluh itu ini sebab disebalik semua kesusahan dan dugaan untuk kita, ada yang lebih sakit lagi tapi tak pernah mengeluh. malulah, wei. 

dan lagi satu peringatan; ignorance is not always bliss. 

buat allahyarhamah cik ma, semoga urusan acik dipermudahkan di sana hendaknya. al-fatihah.

Thursday, April 14, 2011

malu sendiri.

kebelakangan neh, perangai sendiri sangat buruklah. suka fikir bukan-bukan. tak baik, tahu? lately awak sangat manjalah. tapi dah tak ceria macam dulu. mesti sebab awak penat kot. tengok awak tertidur dalam kereta macam sangat kesian. tak pernah okay awak tidur dalam kereta. tapi tadi awak lena sangat. 

mungkin awak patut fikir tukar bidang kerja. bukan saya tak suka awak kerja shift. tapi saya tengok awak penat sangat. dan awak tak ada semangat. sama macam saya masa saya kerja bank dulu. i know how it feels. rasa tak semangat nak pergi kerja. tapi mengenangkan awak, dan nak cari duit, maka digagahkan juga.

tapi sekarang saya dah tukar bidang. kerja yang saya suka. seronok. teruja bila nak pergi kerja. harap satu hari nanti awak jumpa kerjaya yang awak suka macam saya.

sabar la tau.

sayang awak. :)

okay jiwang. hurm. malu jugak hesh.

Wednesday, April 13, 2011

tak cakap itu lebih baik.

semalam lepas meluahkan rasa hati yang terbuku di sini, aku tidur. sampai sekarang aku rasa itu memang terapi terbaik buat amarah aku. selalu kalau aku bengang aku akan tarik nafas dalam-dalam, kosongkan minda kemudian pejamkan mata. bila aku terlelap walaupun cuma beberapa detik, buka sahaja mata marah aku hilang entah kemana. ajaib, kan?

kalau aku ikutkan amarah aku semalam, dah tentu yang dapat tempiasnya aku juga. buat apa sakit hati dengan nyamuk satu blok kau nak fogging wahaha tak relevan betul perumpamaan. kalau ikutkan konon bengang, mesti tak dapat jumpa semalam dan terus-terus amuk sakit rindu pula. eceh.

aku tak menyesal luahkan panjang lebar di sini. sebab daripada aku pendam lepas tu meletup tak pasal-pasal kan ke lagi naya tuh. tapi tadi lucu juga. hanya sebab nasi lemak aku menyinga macam hapa je. buat malu je haih.

mungkin sebab nasi lemak tu daripada bakal si biras yang kuat bodek dan suka menjahanamkan hubungan baik aku dengan pihak sana. takpelah, sila buat apa kau mahu. i'm not playing the game.

cuma this time aku akan lebih berhati-hati. tak sangka niat baik aku nak menolong, kau pula ambil kesempatan. hey, tak baik busuk hati dan dengki-dengki, tahu? selama enam tahun aku cuma menjadi diri sendiri sahaja. kenapa kau mesti usaha keras jadi aku?

mesti sebab diri kau sendiri tu buruk dan jijik kan. sorry, bahasa kasar. tapi sesuai untuk orang macam kau kot. mengongoi-ngongoi aku kerana terlalu sakit hati. mujur kekaseh kata tak apa, kau memang desperate so maafkan sahaja.

hurm all in all, still aku rasa fb tak bagus untuk relationship aku so i will try my best not to have one. tentang pasangan, aku rasa itu hak individu. susah la nak cakap kan so toksah la cakap.

dan pasal bakal biras tu, walaupun aku sedikit meluat dengan sikap suka sangat nak bersaing dan mengenakan aku tu, aku kena sabar jelah kan. terasa macam bangga pun ada sebab walaupun aku selalu rasa aku neh tak bagus, gemuk dan buruk suka cakap merapu; still ada juga yang rasa aku satu ancaman. 

kira aku neh bagus dan best jugaklah, kan? teeheeee.

miss and match haha.

baju hijau lumut berlabuci keemasan.
tudung kuning air bercorak bulat berwarna merah, oren dan coklat.
tetiba anak tudung merah menyala.

colours of rangoli macam jauh lagi, kan?

Monday, April 11, 2011

aku tak ada account fb :) :)

i never think that FB, friendster, myspace or whatever social networks are good and healthy for relationships. people become secretive and sometimes even if they don't, you are still hurt for all the unintentional acts of your loved ones. 

surely, hurting you and your feelings that may cause more troubles between you guys would be the last thing they want to; but still you can't help yourself from feeling upset and mad and disappointed not only with yourself but for everything.

i wonder how would it be bila aku ada fb. 

Sunday, April 10, 2011

bila kau kata kau sayang.

ewah. tajuk entry tak menahan. teeheee. coretan kali ini bukan jiwang, okay. sebelum aku teruskan menulis, teringin aku nak tanya kepada anda, anda dan anda *bajet ramai pembaca aku neh*, pernah tak anda terlihat senario di mana anak kecil dibawa bersiar-siar menaiki motosikal tanpa sebarang perlindungan?

aku pasti, ramai yang akan jawab ye. well, aku faham tak semua rakyat malaysia mampu membeli sebuah kereta. tapi nyawa bukan satu perkara yang patut dipertaruhkan. hal neh susah aku nak huraikan sebab pasti si pelaku akan memberi seribu satu macam alasan untuk mempertahankan tindakan tersebut.

jadi seperti biasa, aku akan kata ini pendapat aku sahaja. kalau tak suka, boleh pergi main jauh-jauh, okay.

yang aku sedihkan, semua ibubapa sayangkan anak. tapi kenapa bila tang pengangkutan kau buat main-main, ye? ada satu ketika, aku pulang dari kerja. lalu di tepi aku sebuah motosikal yang ditunggang dua orang dewasa. bagus, sebab dua-dua pakai helmet. tapi si bayi yang aku kira baru pandai tegakkan kaki dibiarkan tanpa sebarang perlindungan. siap kau biarkan bayi berdiri di paha kau. hoi, apakah? 

tak pernahkah kau terfikir, what would happen bila kau terlanggar lubang, dan motor kau bersepah di jalanan? what would happen to the baby? 

haish memang dalam islam tak digalakkan untuk berfikiran buruk. tapi all actions have their consequences. luculah kalau kau cakap kau sayangkan anak kau tapi perbuatan kau meletakkan nyawa anak kau di hujung tanduk. so ironic, di mata aku. ada kadang-kadang aku tengok petang-petang si bapa bawa anak kecil bersiar-siar, dibiarkan berdiri dalam bakul depan motor - membuatkan aku terfikir apa tak sekolah ke bapa-bapa ini? takkan seumur hidup tak pernah dengar peribahasa 'malang tak berbau'? itu belum lagi si bapa menjemput anak-anak pulang daripada sekolah. satu motor, seorang dewasa, tiga budak-budak. bapa pakai helmet, kepala anak dibiarkan gonjeng. ah come on, yang aku lihat ini rakan sekerja okay. yang aku tahu ada kereta. jadi apa alasan kau? jalan sesak? hanya sebab itu kau sanggup gadaikan nyawa anak kau? demi kesenangan kau? dan itu yang kau kata kau sayang?

dahlah ustaz pula tu. selalu sindir kami yang alim tak alim neh. yela. kau alim kan. kan dalam islam dah kata, anak yang mati muda ini akan bantu ibu bapa di akhirat. tu yang kau nak bunuh anak kau kan? tak amanah betul ah marah pula bila aku fikir-fikirkan. padahal bukan anak aku pun. hessh. emosi.

mungkin kerajaan patut pertimbangkan untuk menguatkuasakan undang-undang melarang anak kecil naik motor. walaupun aku kasihankan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, tetap aku rasa it is time to change. 

bila kau kata kau sayang anak-anak kau. buktikan dengan perbuatan. sebab kata-kata sahaja takkan cukup untuk menghapus rasa ralat kau bila anak kau mati disebabkan perbuatan kau yang dangkal. jangan dah terhantuk baru terngadah beb. time tuh nasi dah jadi bubur. menangis air mata darah pun tak ada gunanya.

*peh boleh menangis karam singh walia melihat kehebatan aku guna simpulan bahasa dan peribahasa whatever you call it haha*

Tuesday, April 5, 2011

kissing ass?

tadi aku godek-godek kemas office. dan terjumpa selonggok mag lama. waaaaayyy too old magazines. ada dalam seploh tahun lepas juga, aku ada terbaca satu artikel daripada salah satu mag tersebut. intipatinya aku ingat samar-samar sebab tadi terus pack and buang. 
kisahnya tentang orang-orang yang suka benar membodek di tempat kerja. ramai je yang macam tu di tempat aku neh. even masa aku belajar dulu pun, let it be school or uni memang bersepah-sepah makhluk begini. bagi aku yang mulot tak berapa manes puaka longkang je lebih, memang selalulah tak berjaya mengambil hati walau bagaimana bagus pun kerja kau.

dulu aku marah. emo. sakit hati bila situasi begitu berlaku. tapi bila baca artikel tuh, terus aku terfikir betapa ruginya aku kerana tak melihat lebih mendalam dan terlalu ikutkan perasaan.

baru aku tahu, orang yang suka membodek ini kurang keyakinan rupanya. takut dan tak yakin dengan Allah S.W.T. kenapa? sebab tak percaya bahawa rezeki itu datangnya daripada Dia. jadi bila kau tak yakin dengan rezeki yang ada untuk kau, so you become desperate untuk kipas bodek orang. make sense, kan?

so now, aku tak mahu lagi emo-emo lah. biarpun orang depan meja aku ni beria-ria tunjuk busy sampai berhempas-hempas barang konon kau lah yang paling banyak kerja. aku nak rilex je.. taip entry untuk hari ini.

bagus kan alasan aku nak bermalas-malasan? hahaaa.


bila orang sampaikan sesuatu pada kau, jangan cuma menadah percaya.
buka telinga, buka mata, buka hati.

sebab kau tak nampak kesannya pada orang yang kau aniaya.
pedih, tahu?

hati sakit menangis diam-diam sebab kau rosakkan apa yang aku cuba jaga.
kau senyum seronok fikir orang tak tahu apa kau dah buat.

aku tahu.
tuhan tahu.
kau tahu.

tak perlu aku palitkan di muka kau kebenaran.
takut nanti kau tak mampu nak berdepan dengan aku.

hey, kita kan akan jadi biras nanti.

tapi belum apa-apa kau dah tikam aku.
terima kasih, ya.

Monday, April 4, 2011

ABPBH 2010

tak pasti sama ada aku seorang yang berperasaan begini, atau ramai lagi di luar sana sama macam aku juga. semalam, aku duduk seorang di rumah. bosan yang teramat. ada astro pun cerita ulang-ulang. jadi, bila dengar juga gembar-gembur ada ABPBH, nak juga la tonton kot seronok dan menghiburkan. tapi aku rasa aku buka at the wrong time. terus turn off.

it was when azlan nyanyi. he definitely has a great voice. memang aku tak nafikan. mula-mula aku pun macam 'wow' okay juga improvisation yang dia cuba buat. but then bila dia start tarik suara and after that aku terus rasa rosak lagu tuh. satu lagu legend dari bintang lagenda. kecewa tak terkata sampai aku decided nak tukar channel. tak salah kau nak improvise. fine, kau nak ada identiti sendiri tapi tolonglah beringat itu lagu legend ok. bukan lagu tepi jalan yang kau ambil dan baiki bagi elok. lagu itu dah sedia indah, bagi aku.  tuh belum aku mention hujan nyanyi lagu tunggu sekejap tuh. macam siak tak best terus. sedap lagi jaq nyanyi beralun-alun meremang bulu roma.

sebab sakit hati, redha lagi aku tengok cerita trauma di ria walaupun dah berapa juta kali diulang tayang. lepas tuh konon bermonolog dengan diri sendiri, kalau tak beri peluang macam mana nak suka? dok cakap-cakap kat diri sendiri pujuk-pujuk supaya terima hiburan tanah air sendiri. kemudian aku pun tukar channel semula - just to see five clowns on stage singing with sticks. sumpah mencarut dalam hati. apakah?

isunya bukan suara mereka tak merdu. tak perlu pertikailah tentang kualiti suara sebab mereka bukan penyanyi. tapi macam kalut malut atas stage syok sendiri itu dah apa ke hal nye jang? nampak macam persembahan tangkap muat. macam bidan terjun. lepas tu apalah yang buat gaya macam monyet pun ada. dengan ada yang pusing-pusing on stage overshadow member yang lain, bagi punggung dekat kamera wth wth wth. tak habis persembahan lagi aku dah tukar tengok documentary.

aku suka usop hantu kak limah. memang kelakar. tapi bila kau asyik buat tangan macam menari tarian tradisional tuh macam bosan juga. tapi takpelah, dah itu trademark dia apo nak dikato. aku pun tak tengok part neh sampailah pagi tadi. itu pun tengok kat youtube sebab kawan suruh. walaupun orang kata kelakar, lucu bla bla bla. aku tengok sikit pun tak gelak. senyum pun tidak. haih aku kah yang tak lucu orangnya?

pendek kata, abpbh semalam tak berjaya menawan hati aku yang kering neh. bosan sangat dan pada aku, sungguhlah men'downgrade' minda warga malaysia. siapa yang rasa terhibur dan kata best tuh, aduhai anda memang sangat mudah terhibur kan?

hah siapa yang tak setuju pergi main jauh-jauh, okay.

Sunday, April 3, 2011

tolong jangan tipu diri sendiri lagi.

kalau kau rasa kau betul, kenapa melatah?
kalau kau kata kau berhak, kenapa marah?

aku tak fahamlah.

kau sakitkan hati aku. 
berkata itu ini konon demi kebaikan aku.

dan bila aku luahkan kembali, demi tujuan yang sama.
kau bengang.

kebaikan, konon.

padahal memang sakit hati dengan aku.
cemburu, iri hati.
 dengki.

get over it, please.

because you're acting like a bitch now.
konon kau neh sooo nice and sweet.

but we know that it is all pretentious.

kau memang tak boleh terima manusia yang gembira dengan hidup yang tak sempurna.
sebab kau tidak.
sebab kau super tak matang.

pathetic, weh.

you have almost everything.
but just because someone broke your heart, you become stupid.

he did not only take your heart away.
but also your brain.

seriously.

i'm done with you.


private practice.


adults always know what to do. 
but when we are scared, we don't.

so do i.
so do i.

i think i screw things up again.

at this age, i just hope life is being a little bit easy on me.
or at least the people in it.

:)

Saturday, April 2, 2011

overrated malay wedding.

terus terang aku kata aku tak suka dengan senario masyarakat melayu sekarang, walaupun aku ini berdarah keturunan melayu walaupun bukan seratus peratus tapi aku taklah cantik macam pan asian yang lain ehh ehh melalut daripada tujuan asal pula hehehe. 

come on, siapa setuju bila aku kata documentary tentang wedding anak chef terkenal itu agak berlebih-lebihan? tolonglah, benda-benda sebeginilah kalau kita tak berhati-hati akan mengakibatkan lebih banyak lagi anak luar nikah di masa akan datang.

tak percaya? atau masih tak nampak apa kaitannya?

meh aku ceritakan satu persatu. tapi harap kalian jangan marah (as if ramai pula pembaca aku) sebab ini cuma apa yang aku perhatikan.

banyak orang tak kahwin sebab tak ada duit. ada, tapi masih belum cukup untuk memuaskan hati orang itu, orang ini. padahal miang gatal merenyam nak macam-macam dengan pasangan. sudahnya, merata anak kau buang. haih kalau nak beli kondom for protection pun tak mampu beli, mampu ke nak bagi hantaran ribu-ribu? fikirlah sendiri.

umur aku sudah agak lanjut. tapi masih bujang. kalian tahu apa soalan paling kerap ditanya? hurmm tak perlu aku jawab sebab aku rasa itu sudah diketahui umum.

setiap kali soalan begitu diutarakan di muka aku, jawapan aku masih sama; 'mahu sponsor?' sebab baru sahaja aku sebut majlis aku nanti aku idamkan yang ringkas-ringkas, terus aku dihambat dengan hujah-hujah bangang yang semuanya melibatkan duit.

all that my people care is how the wedding would be. without thinking that it costs you a lot just to get married, according to malay customs and traditions. while in Islam, it is as simple as you can think off.

and that's why i am not married (yet). *cehh alasan*

seriously, sekarang nak kahwin, kalau hantaran kurang lapan ribu orang ingat kau anak tak dara aka buah kelapa bocor. tak pun bakal suami kau kemut duit atau tak reti menyimpan. dah macam jual beli barang dagangan. sakit hati juga bila fikir-fikir sebab kau neh nak bina masjid, tapi yang orang kisahkan adalah tanggapan orang tentang majlis kau.

bukan erti kata perkahwinan sebenar bagi aku. because pada aku (ini akulah kan you all aku tak tahu), wedding is just a one day or maybe two-day ceremony. but marriage is forever (InsyaAllah). banyak lagi yang kau nak kena uruskan dan beli itu ini selepas majlis jadi kenapa beria benar berhabis duit untuk majlis yang rukunnya cuma lima: suami soon to be, isteri soon to be, akad, wali dan dua saksi. jadi tang mana hantaran dan majlis harus gah wujud dalam masyarakat?

telan air liur aku bila dengar ibu saudara kata, 'kalau di tempat kami, sepuluh ribu tuh biasa-biasa je. dah common'. mujur aku orang sini hahaha.

entahlah, benda ini sangat subjektif sebenarnya. aku tak halang kalau betul duit kau banyak sangat. tapi bagi aku yang duit itu ada tak ada, susahlah kalau hidup asyik nak bersaing dengan orang. aku tak reti nak berlawan siapa lebih neh. because that's absurd, okay.

tapi berbalik pada perihal chef terkenal itu, takpelah. aku faham kalian banyak duit. cuma macam lucu hampir botak bapa berbelanja demi anak. harapnya kekal sampai matilah ye. ataupun sempatlah balik modal ke hahah eh jahat la weh.

cuma aku nak cakap, apa yang digambarkan dalam dokumentari tersebut cuma mewakili golongan atasan dalam masyarakat kita je. kau gila ke apa aku nak buat malam berinai siap ada belly dancers. mampus bapak aku bangkit dari kubur nanti.

haha. 

okay, tak kelakar.

ah whatever. 
so let me ask you again, nak tak sponsor ai kahwin? 
ai dah gatal sangat dah neh hahaha.