tadi aku godek-godek kemas office. dan terjumpa selonggok mag lama. waaaaayyy too old magazines. ada dalam seploh tahun lepas juga, aku ada terbaca satu artikel daripada salah satu mag tersebut. intipatinya aku ingat samar-samar sebab tadi terus pack and buang.
kisahnya tentang orang-orang yang suka benar membodek di tempat kerja. ramai je yang macam tu di tempat aku neh. even masa aku belajar dulu pun, let it be school or uni memang bersepah-sepah makhluk begini. bagi aku yang mulot tak berapa manes puaka longkang je lebih, memang selalulah tak berjaya mengambil hati walau bagaimana bagus pun kerja kau.
dulu aku marah. emo. sakit hati bila situasi begitu berlaku. tapi bila baca artikel tuh, terus aku terfikir betapa ruginya aku kerana tak melihat lebih mendalam dan terlalu ikutkan perasaan.
baru aku tahu, orang yang suka membodek ini kurang keyakinan rupanya. takut dan tak yakin dengan Allah S.W.T. kenapa? sebab tak percaya bahawa rezeki itu datangnya daripada Dia. jadi bila kau tak yakin dengan rezeki yang ada untuk kau, so you become desperate untuk kipas bodek orang. make sense, kan?
so now, aku tak mahu lagi emo-emo lah. biarpun orang depan meja aku ni beria-ria tunjuk busy sampai berhempas-hempas barang konon kau lah yang paling banyak kerja. aku nak rilex je.. taip entry untuk hari ini.
bagus kan alasan aku nak bermalas-malasan? hahaaa.
No comments:
Post a Comment