hari ini berlaku satu kematian dalam keluarga. pagi-pagi lagi dah dikejutkan mama mengajak pergi menziarah. mama kata anak bongsu nek som meninggal. innalillah, aku jawab dengan mata masih tertutup. dan mama terus-terusan memberikan ceramah kesedaran kepada aku dan adik. sedikit sebanyak agak terpengaruh sebab nek som anak beranak baik dengan kami sekeluarga. tapi macam sedikit tak bersemangat sebab konon kurang kenal anak nek som yang bongsu neh. nek som ada ramai anak, dan muka semua lebih kurang. fine.
jadi aku bangun dengan rasa malas dan sedikit berpoya-poya. sakit kepala semalam masih bersisa. kadar masa yang diambil sangat lama berbanding bersiap untuk keluar dating; sungguh lembab ye aku tahu itu.
sampai di rumah nek som, aku tercari-cari cik ma aka anak nek som yang baik dengan kami dan sangat ramah. mesra dan lucu orangnya. tak nampak kelibat beliau. aku tanya pada mama, mama pun kata tak nampak. tanya adik pun dia tak nampak sebab ramai sangat orang. tapi mustahil sebab takkan dia tak ada waktu kematian adik beradik sendiri, kan?
nak jadi cerita, datang dua wanita duduk sebelah aku. kemudian aku terdengar, "kawan ma eh?", tanya cik yah, kakak kepada cik ma. terus aku terdiam terkesima. rupanya cik ma itu anak bongsu nek som aka jenazah yang terkujur di depan aku.
aku tepuk bahu mama dan maklumkan apa yang berlaku. mama terkejut, adik muka cuak terus nak menangis. haih. macam mana boleh tak tahu cik ma itu anak bongsu yang dimaksudkan. terus sebak sebab allahyarhamah baik orangnya. dan yang buat aku lebih terdiam, selama ini dalam ketawa beliau rupanya sejak kecil menderita sakit yang tak tertanggung. and she was just one year older than i am.
macam terfikir, aku tak pernah tengok or dengar dia mengeluh sakit. dan hari ini baru aku tahu she had had anemia sejak kecil. dan paling sedih sebab dari sembilan anak nek som, empat dah pun meninggal dunia termasuk cik me kerana sebab yang sama. sedih, sayu dan sebak bila tengok nek som dan atuk cium anak bongsu mereka buat kali yang terakhir.
dan paling buat aku terkesan, dalam aku rasa butir-butir seperti anak ke berapa, kerja apa, kerja di mana etc itu tak penting - hari ini membuktikan bahawa sikap aku ini tak elok diamalkan. satu perkara yang aku susah nak terima sebab aku claim cik ma baik dengan aku, tapi aku tak kenal dia lebih dari nama. even nama sebenar dia pun aku tak tahu.
ini cuma satu contoh kecil dalam kehidupan. betapa aku sebenarnya mengambil kesempatan dan menggunakan alasan tak ingat sebagai jalan mudah untuk malas ambil tahu. haih mungkin sudah tiba masanya untuk aku berubah.
sedih betul tapi entahlah. mungkin coretan aku hari ini tak betul-betul menggambarkan apa yang aku rasa deep down inside. tapi cukuplah niat aku nak sampaikan satu peringatan buat diri sendiri; hidup neh cuma pinjaman. tapi selama mana kita diberi peluang untuk hidup, isikan dengan kegembiraan dan keceriaan. bukan mengeluh itu ini sebab disebalik semua kesusahan dan dugaan untuk kita, ada yang lebih sakit lagi tapi tak pernah mengeluh. malulah, wei.
dan lagi satu peringatan; ignorance is not always bliss.
buat allahyarhamah cik ma, semoga urusan acik dipermudahkan di sana hendaknya. al-fatihah.
No comments:
Post a Comment