semalam lepas meluahkan rasa hati yang terbuku di sini, aku tidur. sampai sekarang aku rasa itu memang terapi terbaik buat amarah aku. selalu kalau aku bengang aku akan tarik nafas dalam-dalam, kosongkan minda kemudian pejamkan mata. bila aku terlelap walaupun cuma beberapa detik, buka sahaja mata marah aku hilang entah kemana. ajaib, kan?
kalau aku ikutkan amarah aku semalam, dah tentu yang dapat tempiasnya aku juga. buat apa sakit hati dengan nyamuk satu blok kau nak fogging wahaha tak relevan betul perumpamaan. kalau ikutkan konon bengang, mesti tak dapat jumpa semalam dan terus-terus amuk sakit rindu pula. eceh.
aku tak menyesal luahkan panjang lebar di sini. sebab daripada aku pendam lepas tu meletup tak pasal-pasal kan ke lagi naya tuh. tapi tadi lucu juga. hanya sebab nasi lemak aku menyinga macam hapa je. buat malu je haih.
mungkin sebab nasi lemak tu daripada bakal si biras yang kuat bodek dan suka menjahanamkan hubungan baik aku dengan pihak sana. takpelah, sila buat apa kau mahu. i'm not playing the game.
cuma this time aku akan lebih berhati-hati. tak sangka niat baik aku nak menolong, kau pula ambil kesempatan. hey, tak baik busuk hati dan dengki-dengki, tahu? selama enam tahun aku cuma menjadi diri sendiri sahaja. kenapa kau mesti usaha keras jadi aku?
mesti sebab diri kau sendiri tu buruk dan jijik kan. sorry, bahasa kasar. tapi sesuai untuk orang macam kau kot. mengongoi-ngongoi aku kerana terlalu sakit hati. mujur kekaseh kata tak apa, kau memang desperate so maafkan sahaja.
hurm all in all, still aku rasa fb tak bagus untuk relationship aku so i will try my best not to have one. tentang pasangan, aku rasa itu hak individu. susah la nak cakap kan so toksah la cakap.
dan pasal bakal biras tu, walaupun aku sedikit meluat dengan sikap suka sangat nak bersaing dan mengenakan aku tu, aku kena sabar jelah kan. terasa macam bangga pun ada sebab walaupun aku selalu rasa aku neh tak bagus, gemuk dan buruk suka cakap merapu; still ada juga yang rasa aku satu ancaman.
kira aku neh bagus dan best jugaklah, kan? teeheeee.
No comments:
Post a Comment