ewah. tajuk entry tak menahan. teeheee. coretan kali ini bukan jiwang, okay. sebelum aku teruskan menulis, teringin aku nak tanya kepada anda, anda dan anda *bajet ramai pembaca aku neh*, pernah tak anda terlihat senario di mana anak kecil dibawa bersiar-siar menaiki motosikal tanpa sebarang perlindungan?
aku pasti, ramai yang akan jawab ye. well, aku faham tak semua rakyat malaysia mampu membeli sebuah kereta. tapi nyawa bukan satu perkara yang patut dipertaruhkan. hal neh susah aku nak huraikan sebab pasti si pelaku akan memberi seribu satu macam alasan untuk mempertahankan tindakan tersebut.
jadi seperti biasa, aku akan kata ini pendapat aku sahaja. kalau tak suka, boleh pergi main jauh-jauh, okay.
jadi seperti biasa, aku akan kata ini pendapat aku sahaja. kalau tak suka, boleh pergi main jauh-jauh, okay.
yang aku sedihkan, semua ibubapa sayangkan anak. tapi kenapa bila tang pengangkutan kau buat main-main, ye? ada satu ketika, aku pulang dari kerja. lalu di tepi aku sebuah motosikal yang ditunggang dua orang dewasa. bagus, sebab dua-dua pakai helmet. tapi si bayi yang aku kira baru pandai tegakkan kaki dibiarkan tanpa sebarang perlindungan. siap kau biarkan bayi berdiri di paha kau. hoi, apakah?
tak pernahkah kau terfikir, what would happen bila kau terlanggar lubang, dan motor kau bersepah di jalanan? what would happen to the baby?
haish memang dalam islam tak digalakkan untuk berfikiran buruk. tapi all actions have their consequences. luculah kalau kau cakap kau sayangkan anak kau tapi perbuatan kau meletakkan nyawa anak kau di hujung tanduk. so ironic, di mata aku. ada kadang-kadang aku tengok petang-petang si bapa bawa anak kecil bersiar-siar, dibiarkan berdiri dalam bakul depan motor - membuatkan aku terfikir apa tak sekolah ke bapa-bapa ini? takkan seumur hidup tak pernah dengar peribahasa 'malang tak berbau'? itu belum lagi si bapa menjemput anak-anak pulang daripada sekolah. satu motor, seorang dewasa, tiga budak-budak. bapa pakai helmet, kepala anak dibiarkan gonjeng. ah come on, yang aku lihat ini rakan sekerja okay. yang aku tahu ada kereta. jadi apa alasan kau? jalan sesak? hanya sebab itu kau sanggup gadaikan nyawa anak kau? demi kesenangan kau? dan itu yang kau kata kau sayang?
dahlah ustaz pula tu. selalu sindir kami yang alim tak alim neh. yela. kau alim kan. kan dalam islam dah kata, anak yang mati muda ini akan bantu ibu bapa di akhirat. tu yang kau nak bunuh anak kau kan? tak amanah betul ah marah pula bila aku fikir-fikirkan. padahal bukan anak aku pun. hessh. emosi.
mungkin kerajaan patut pertimbangkan untuk menguatkuasakan undang-undang melarang anak kecil naik motor. walaupun aku kasihankan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, tetap aku rasa it is time to change.
bila kau kata kau sayang anak-anak kau. buktikan dengan perbuatan. sebab kata-kata sahaja takkan cukup untuk menghapus rasa ralat kau bila anak kau mati disebabkan perbuatan kau yang dangkal. jangan dah terhantuk baru terngadah beb. time tuh nasi dah jadi bubur. menangis air mata darah pun tak ada gunanya.
*peh boleh menangis karam singh walia melihat kehebatan aku guna simpulan bahasa dan peribahasa whatever you call it haha*
No comments:
Post a Comment