Thursday, December 29, 2011

we are all living in denial, aren't we?

aku sebenarnya  bukanlah manusia yang mudah difahami, and sometimes i hide everything i feel because i don't want to hurt anyone else. dulu, aku lebih banyak menyorokkan rasa hati. sekarang macam dah kurang sikit sebab aku selalu luahkan pada incik kekasih. 

cuma adakalanya, ada beberapa perkara aku tak boleh nak terlalu jujur. susah. sebab pertama, aku tak reti nak mulakan macam mana. dan kedua, macam biasa aku sudah tahu apa kesannya. most of the time bila aku luahkan pada incik kekasih, maknanya aku memang dah tak boleh hold everything to myself. aku rasa seperti dada aku mahu meletup.

dan masalahnya bila aku diganggu dengan sesuatu, aku keep on thinking about it. dan bila aku start untuk rasa marah, susah hati, sedih etc - aku terus jadi senyap dan berat mulut. orang memang akan instantly boleh tahu aku memang bad mood sebab walaupun mulut aku cuba untuk tak cakap or luahkan apa-apa, muka aku tetap yang paling jujur. 

sekarang aku ada satu terapi baru. aku suka hembus nafas as if orang nak bersalin. i learn that it eases the pain i have. tak kisahlah fizikal atau emosi. kadang bila aku nak marah or nak menangis, aku buat aje begitu untuk tenangkan diri sendiri. kamu bagaimana? ada tak terapi yang bagus yang boleh aku amalkan?

hari ini aku tak gembira. ada banyak perkara mengganggu minda aku. semalam aku terfikir, kadang kala kegagalan sesuatu hubungan bukan sebab pasangan itu sendiri, tapi faktor dari luar. atau orang lain. tidaklah aku kata hubungan aku dan pasangan aku gagal - aku terfikir kerana sesuatu secara tak sengaja. tapi siapa yang setuju dengan aku sila angkat tangan.

berkenaan tajuk entry - it's more like me. aku memang hidup dalam penafian. aku nafikan macam-macam, termasuk perasaan aku sendiri. kadang i really want something sooo badly tapi kerana aku tahu aku akan menyusahkan dan mungkin menyedihkan orang yang aku sayang maka aku akan beri pelbagai alasan as if aku tak teringin pun.

sometimes aku teringin nak orang tahu apa sebenarnya isi hati aku tanpa aku perlu luahkan dengan kata-kata. teringin orang faham kenapa aku marah dan sedih. teringin orang mengerti kenapa kadang-kadang aku berperangai seperti biatch atau green monster. percayalah, aku pun tak ingin mendera emosi aku begitu tetapi aku tak ada pilihan. kau ingat seronok ke mengongoi-ngongoi atau menyinga sana sini meneran to make your point heard.

aku terbayang sifat semulajadi anak kecil yang meragam kerana mahukan sesuatu tapi tidak tahu berkata-kata. aku melihat aku seperti itu. ada sesuatu yang aku pendam, tapi tak boleh diluahkan membuatkan aku berperangai jijik. seperti kau sudah geramkan sesuatu but nothing you can do about it dan secara tiba-tiba ada perkara lain yang memanglah geram tapi sebenarnya tak apa-apa pun maka terus kau amuk as if it's a big deal. heh tak apalah kalau kamu tak faham. aku faham je.

dan aku ada satu perangai pelik. bila aku terlalu marahkan sesuatu aku menangis sambil meluahkan. tu kadang  bila marah aku suka diamkan diri aje. tak payah nak luah-luah kang lain jadinya. tu kalau marah. kalau sedih tayah cakaplah. tahu-tahu dah meleleh. heh dulu muda aku tak begini pun, serius shit weh. muka ketat je orang ingat aku sombong berlagak acah-acah cun aje bahahaha. tapi sejak makin meningkat umur neh makin murah pulak airmata eee mensikkkk. dan airmata aku lagi murah bila dengan encik kekasih. ini lagi aku menyampahlahhhhh kau dah apehal nak jadi ratu airmata sangat sekarang, pompuannnnn?

huishhhh dua tiga hari ini emosi aku kurang stabil. mungkin kerana nak period. heh again, kau jadikan pms sebagai alasan padahal kau memang tak puas hati dengan macam-macam hal hari neh. tunggulah nanti dah lepas datang bulan macam mana pulak emosi aku. ke aku cakap ala-ala kita puuutaaaaaarrrr abang halim!

heh whatever.

4 comments:

  1. sbr ye luf. hik3...*pat2 kpaler.

    ReplyDelete
  2. ngu3 baiklah sayangku.

    ReplyDelete
  3. macam aku. kalau marah aku rela tahan saja dan kalau terlalu marah aku takut aku end up menangis. so lebih baik diam.

    kecuali dgn my other half. dgn dia aku selalu tunjuk perangai emo. hahaha

    ReplyDelete
  4. hahaha secocok la kita nehhhh.. aku selalu meroyan dekat pasangan aku..boleh londeh telinga beliau aku rasa.

    ReplyDelete