Sunday, December 30, 2012

summing everything up at once.

Hul-lo. I'm back (like ada yang kesah pun aku lama tak menaip entri hahaha). Many things had happened; benda regular je pun so nothing much can be said. I'm getting a year older in few days, so let's recap what had happened in a year, shall we?

1. Aku menjadi pelajar sepenuh masa, pekerja lebih masa bahahaha. sibuk teramat okay. tapi tak sambung belajar pun memang sibuk. now jadi berganda-ganda sibuk sampai aku pun jadi penyibuk eh eh hahahaha. kerja selalu bawak balik rumah ni dah macam dalam darah dah. tapi rasanya pas kahwin okay sikit kot. tak perlu mengular macam sekarang sebab boleh jumpa kat rumah hari-hari hihihihi gataaaaaiiiiii.

2. dapat diserap tetap dalam jawatan and naik pangkat jadi ketua jabatan. BANGGA gila yet takut tak tertanggung. tapi sebab fikir ada elaun terus tak takut hahahaha gila mata duitan. so far so good, walaupun kesibukan menguruskan department yang kecil come lote ada tiga orang anak buah je, kami tak menang tangan buat macam-macam aktiviti untuk pelajar. untuk staf, kami malas sebab staf kerek banyak cengkadak hahahaha.

3. sebagai pelajar semester dua, aku seronok dan sangat bangga kerana dah berjaya defend proposal research peringkat fakulti. wooohooooo. supervisor aku lebih seronok dan kembang kuncop kerana progress aku sungguh laju. aku cuma follow je ghant chart yang dia pernah bagi tu. wooottt woooottttt mari kita kekalkan prestasi begini lagi, okay? chayoooookkkkk! kepada yang ada niat nak sambung belajar tu, go ahead. jangan biarkan orang patahkan semangat korang macam aku kena dulu. almost all kata buat thesis super duper susah. aku tak nafikan sebab kekangan masa, tapi it's possible. lagipun, mana ada jalan mudah nak senang, kan?

4. dalam masa lapan bulan jabatan aku dah organise 3 program. satu pencapaian yang baik pada aku la. untuk sebuah jabatan kecik, aku bangga dengan anak-anak buah aku. of course ada hiccups here and there but alhamdulillah semua dapat di atasi. hubungan antara kitorang pun baik-baik aje (belakang kot ada mereka kata lain ke, aku tak tahulah). KPI semua memberangsangkan. although tak reach 90% yet, fret not sebab tahun depan menjanjikan yang lebih baik buat mereka. 

5. bila baca balik entri lama-lama nak tergelak pun ada. like, seriously ni ke aku hahahaha. tulis merepek je. ni pun apa kurangnya. 

6. aku mencintai kerjaya aku sekarang. mengajar sangat memuaskan hati. seronok sangat dapat berlawak jenaka dengan pelajar. dan diingati pelajar adalah perkara yang sangat menyentuh perasaan. seorang bekas pelajar aku, yang aku ajar tak sampai satu semester pun sebab lepas tu dia ke jordan untuk belajar kesusasteraan bahasa arab - call aku dari sana semata kerana rindukan aku. adoiiiii terharu sungguh. dan bila students gigih datang beraya rumah aku naik cab - kasih betul aku kat deme-deme ni hihihi. moga dengan ikhlasnya aku turunkan ilmu ini, papa pun dapat habuannya.

7. aku diminta secara personal untuk buat bengkel muet. dan pelajar yang dah bertahun lepas aku ajar masih datang mencari aku minta ditunjuk ajar. aku rasa sangat happy la. rasa sangat dihargai dan effort aku dihargai. biarpun pelajar lemah yang kadang-kadang aku pun susah hati jugak tak tau dah macam mana nak tolong, yet mereka kenang usaha kita. 

8. semester ini aku super busy sebab nak kena defend, jadi aku rasa aku sedikit mengabaikan mereka. i need to find ways to make things up for them la kan. maybe kerja extra hour hahahahahaa adoi wahai badan, bertabahlah ye. aku mudah jatuh sakit bila terlalu penat. ni pun aku demam selesema and batuk. thanks to niece and nephew the other half. nephew dia selamba je batuk sembur kat aku, and esoknya aku pulak yang terlentang demam hahahaha. 

9. anak-anak staff kata aku kelakar. terbahak-bahak gelak. jadi betul ke bila orang cop aku pensyarah paling garang? dan aku tak suka budak-budak? dua-dua tu aku setuju tapi tengoklah keadaan. mesti profesional jangan nak meroyan emosi merata semua orang pun menyampah inikan pulak budak-budak. aku bila bekerja memang serius tapi masih boleh melawak kalau tak sangap la aku dibuatnya haahah. cabaran waktu bekerja bila kau dikelilingi orang yang lebih berusia adalah kau dipandang enteng. i work hard to prove them wrong. walaupun aku takkan mungkin dapat memuaskan hati semua orang, tapi bila kerja dan usaha aku dihargai pihak atasan, hati aku puas dan lega and aku lebih bersemangat. 

10. haritu di pejabat aku ajarkan cara memilih buku untuk anak-anak. buku apa yang sesuai mengikut umur. puas aku ceramahkan kawan-kawan untuk beri pendedahan awal pada anak-anak supaya mereka lebih familiar dengan bahasa. for their own good jugak. dan alhamdulillah, mereka jalankan. dan aku pun belikan jugak buku-buku untuk diorang. plan nak bacakan untuk mereka tapi tak pasti lagi bila nak ada masa. haishhhh cita-cita macam-macam masa je takde.

sebagai penutup, tahun ni tahun yang indah buat aku. tahun depan aku harap lebih indah lagi. dan selagi masih ada kudrat, aku nak buat yang terbaik untuk anak bangsa aku - biar diorang jadi hebat malah lagi hebat daripada aku. manfaatkan ilmu yang kita ada, jangan lokek dan jangan carik pasal hahahahaa tetiba je. 

Ya Allah, panjangkanlah umur mama.
I want her to see her hard work of bringing me up is paid off.
I don't get the chance to do so with papa.
and let me have it with her please, Lord.

Sunday, December 23, 2012

chopped it off.

I made a drastic decision last Wednesday to chop off my locks. Do I regret it? No. I notice that when I get older, I give little care towards few things. Which in a way, is good for me. My other half selalu complain yang aku suka fikir banyak. It's just in my nerve; I don't know. Tapi sekarang dah mula nak kurangkan that obsession hihihi.

Khamis lepas aku sakit teruk. Dari lepas subuh muntah sampai lembik. Semua gara-gara migrain. Lama dah tak kena teruk macam tu. Selalunya lepas makan ubat I'll be fine but this time it didn't work. Terpaksa amik jab jugak. Baru boleh berdiri and buka mata. Gila ah. Sampaikan bunyi kipas pun boleh make me annoyed.

Aku ada one last assignment, due on next Wednesday. But I didn't feel like doing it. Dah few days abandoned. Dah tak ada semangat. I feel like sleeping for days, lazying around doing nothing. Aku teramat penat. Rasa macam nak cuti panjang pun ada. Tapi nak ke mana?

Aku buat kelas persediaan MUET. Ala-ala bengkel gitu. They pay me RM50 per pax. Duit dah nak habis kelas tak mula lagi bahahahaha. I really shouldn't be that generous huhuhu. Sekarang aku faham kenapa orang kata bila stress pergi shopping. For me tak semestinya shopping, tapi bila dapat belanja duit tanpa perlu fikir balance in the account - sangat puas. So sekarang, cita-cita aku bukan lagi menjadi professor tetapi mempunyai gaji yang membolehkan aku berbelanja at least RM100 per day. Pergghhhhh cita-cita tak menahan.

Heh impian nak gempak. Ni assignment tak siap ni, memang tinggal angan-angan jela jawabnya. Selamat berhujung minggu semuaaaa!

Wednesday, December 19, 2012

Kelantan.

Not that I'm being prejudice or what.
I know kenegerian seseorang has nothing to do with their personality or attitude. 
But orang Kelantan, please stop giving me nightmares. 
Stop doing things that may make me label you.

Yes, I'm judging people now. 
Thanks to you.

Monday, December 17, 2012

just when i think life is treating me so nice.

i am wrong.

sometimes i'm wondering, is it the hormone or i really think that life has been bad to me all this while? just when i want to think that i love my life, one after another test is coming. it's like telling me, don't be happy and content just yet.

i know, i shouldn't feel this way but i can't help it. syaiton yang direjam sungguh perasaanku ini. people who don't really know the situation must definitely instantly say what an evil i am. entahlah, cerita banyak pun tak guna. like i said, orang tak faham sebab aku pun tak pernah cerita detail kat sini hewehwehwhew. 

sedih. dahlah takda bapak. back up takdak hihi. anak yatim memang begini sob sob sob. i talked to the other half regarding this; and he said we would just proceed with what has been planned. i should say nothing, and ask nothing. pretend like i know nothing and don't get involve in anything. yang aku pulak lepas tu sebuk sedih no more bilik pengantin sebab surely aku kena mengalah. terus kena marah bahahahahha.

but surely ni hormone je kot. takkan la aku evil camni wehhh hahahaha.

back home, just to find out rumah dilanda ribut. habis dapur dan bilik. buku basah sob sob sob sedihhhhhhhhhhhhh. should be in class now, tapi aku terlalu penat nak pikir apa pun. i just want the day to end.

before that, lets take my ass off the couch, go to class, then settle tonight's event before i can call it off for today. wish me luck.

and Lord, grant me patience.

Monday, December 10, 2012

gedik.

pada suatu malam yang hening,

si gedik : urmmm after all these years, awak bahagia tak dengan saya?
si malas nak melayan : apa punya soalan tu? *menjeling*
si gedik: yelaaa.. awak salu cakap saya itu ini. kot la tak bahagia ke.

si malas nak melayan: *senyap*
si gedik: kot la awak bersama dengan saya sebab awak rasa dah gemok takde orang nak awak dah, saya je yang nak.
si malas nak melayan: kalau ye pun, kenapa baru sekarang tanya?
si gedik: eeee mensik. *mata ke atas*

padan muka. sapa suruh carik penyakit.

tuah ayam nampak di kaki.

i know sometimes i love to whine. i make my life, my job, my other half, people around me as the contributors.  i pour almost everything here; but that's not all about me. people who know me personally wouldn't believe i would have such emotions hahahaha. that's another reason why i'd love to be unknown. i don't want to be judged. 

my life is not perfect. but that doesn't mean i don't love it. i love all the people around me - they make me who i am. although i may be whining about how they drive me crazy, still i treasure their existence. this year has almost ended. knowing that fact makes me wonder; what have i done in my life so far? 

to be honest, this year has been so kind to me. i'm now a permanent staff, being promoted as the head of department, and my study is showing good progress. i have to admit that God is fair. despite all the good things in my life now, i still have my down moments. but i know, this will not last. definitely.

entri ni sebenarnya panjang, tapi aku dah padam. macam jiwang sangat nanti muntah darah bahahaha. 

kita sudahi celoteh kita hari ini dengan ucapan, selamat hari lahir wahai sultan. *tetiba*

Wednesday, December 5, 2012

annoyed.

ada beberapa perkara yang lately buat aku annoyed. perhaps it's due to my haywire hormone, nothing more. hopefully it's not permanent la wehhhh bahahaha.

pertama: orang yang treat aku as if i know nothing. contoh, hanya kerana aku belum berkahwin tak bermakna aku tak tahu apa-apa langsung pasal ikatan perkahwinan and how marriage is. yes, i am truly aware yang bercinta takkan sama dengan bila kau dah berkahwin, but that doesn't make you entitle to judge me. perlu ke aku hebahkan what have i gone through? and just because i don't have children doesn't mean i have zero knowledge of raising a child. i have three younger siblings; i spent my childhood cleaning their poop, bathing them, feeding them etc. i could have known more than you, honestly. it's just that i never breastfed them. agaknya kalau pernah baru di'consider' qualified to give opinion agaknya. heh.

kedua: student yang rude. of course la kan hihihi. macam semalam. fuhhh menguji iman selama aku mengajar. aku suruh buat dua kumpulan, bahagi sama rata lelaki dan perempuan bagi ada both genders dalam dua kumpulan; seorang pelajar kemudian membacakan aku ayat Al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud;

“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan).”

bagus tak student aku? just semata aku ajar English, tak bermaksud aku tak tahu Islam. niat aku nak diorang belajar body language; aku nak sampaikan how communication works in real world. tak sempat lagi aku nak beritahu next instruction terus dia bertanggapan begitu. Islam itu indah, dan aku faham ayat di atas. entah la malas aku nak ulas panjang. 

i think that's just us. orang kita suka menilai. suka judge orang. but then siapalah aku untuk mengatakan itu salah. because aku pun judge orang. tapi yang membezakan kita adalah rasa hormat. 

hormatlah orang, walaupun citarasa dan pendapat kita berbeza. tolonglah.

hari yang indah, badan yang segar ecewahhh.

aku seronok tidur macam kayu bangun lambat today. i know, i know i'm supposed to be in the office by now tetapi ni masih mengadap laptop sambil membuat kerja rumah. 

last week on friday, despite running out of time to study and prep myself up for yesterday's presentation (i'll talk about this soon), aku gigih mengemas rumah bagai nak rak sebab ada tamu nak datang sleep over bahahaha. first time rumah sekangkangku ini didatangi sebegitu ramai tetamu terus sengkak rumah, pastu berangan nak beli kerusi baru bahahahaa dasar makcik-makcik aku ni hahahaha.

rasa bangga bila diorang puji duk seorang tapi rumah cuci calat bersih perabot lengkap segala. dan aku pun konon tamau tunjuk la aku beria kemas rumah kemain respon menolak pujian. padahaaaaaaal saki kaki belakang semua hahahahahaa. dasar aku ni hihihi. pasal kelengkapan rumah, aku memang jenis suka treat rumah macam rumah sendiri bukan rumah sewa. rumah aku ada tiga bilik, semua aku letak katil. so senang kalau ada orang datang. selalunya mama and adik bongsu akulah yang datang tapi semua pun nak berlonggok dalam bilik aku end up bilik lain tak guna hahaha.

seronok tau, bila balik rumah tengok rumah bersih dan kemas. rasa sangat puas hati. walaupun rumah kecil tapi biar bersih dan jangan bagi berbau ecewah kauuuuu. ni sampah kena buang ni kemain aku kumpul kat dapur tu hahaha.

on the other hand, selepas men'torture' diri selama hampir dua minggu - semalam was the day. anddddd i did well!!!!

seronok betol hihihi. despite of sleepless nights and all the nightmares. one stage dah lepas, so lepas ni kena pulun write chapter 1, 2, 3. kemudia off we go pergi collect data. wooohoooooo. aku target nak abis by end of next year. ok ni moment aku semangat terlebih. sok lusa bila sangkut lagi mulalah meroyan kat sini rasa nak berhentila apa la hahahaha sakai.

okaylah, nak lunch. today masak sotong goreng kunyit. jimat duit lunch (padahal kelmarin kemain melantak at paparich. terus sengkek).

later, peepsssss.

Monday, December 3, 2012

woohhhoooo peepsssss.

it's tomorrow.
yup.

lepas ni dah tak boleh malas-malas dah.
or else nanti tak habis on schedule.

talked to the other half.
if i were to do my phd and working at the same time, no kids please.

aku bimbang berdosa sama amanah Allah.
nak jaga suami seorang pun rasa tak mampu lagi.

kalau bukan sebab sudah sangap menanggung rindu (ecewah gedik kauuuu), aku rela membujang bahahahaha.

ok, poyo.
hahahahaha.

Saturday, December 1, 2012

aku memang poyo bahaha.

okay, sekarang aku sumpah takde rasa nak study or buat pape.
just terpikir, how awesome life is kalau aku tak perlu stress sana sini.
nak pikir homework, assignment, defense, thesis whatever.
boleh berjimba-jimba terkangkang depan tv makan jajan huhuhu.

kalaulah aku tidak begitu mata duitan.
dan tidak berselera tinggi woohooo.

selasa is just around the corner.
and i have like lots and lots of amendments to make.

but now, i'm right in front of the tv munching chips and haven't started anything.

konon nak buat kerja sambil tengok tv.
konon nak turn things i hate to something i enjoy.

yeahhhhhhh right.
poyo je lebih bahaha.