Sunday, December 30, 2012

summing everything up at once.

Hul-lo. I'm back (like ada yang kesah pun aku lama tak menaip entri hahaha). Many things had happened; benda regular je pun so nothing much can be said. I'm getting a year older in few days, so let's recap what had happened in a year, shall we?

1. Aku menjadi pelajar sepenuh masa, pekerja lebih masa bahahaha. sibuk teramat okay. tapi tak sambung belajar pun memang sibuk. now jadi berganda-ganda sibuk sampai aku pun jadi penyibuk eh eh hahahaha. kerja selalu bawak balik rumah ni dah macam dalam darah dah. tapi rasanya pas kahwin okay sikit kot. tak perlu mengular macam sekarang sebab boleh jumpa kat rumah hari-hari hihihihi gataaaaaiiiiii.

2. dapat diserap tetap dalam jawatan and naik pangkat jadi ketua jabatan. BANGGA gila yet takut tak tertanggung. tapi sebab fikir ada elaun terus tak takut hahahaha gila mata duitan. so far so good, walaupun kesibukan menguruskan department yang kecil come lote ada tiga orang anak buah je, kami tak menang tangan buat macam-macam aktiviti untuk pelajar. untuk staf, kami malas sebab staf kerek banyak cengkadak hahahaha.

3. sebagai pelajar semester dua, aku seronok dan sangat bangga kerana dah berjaya defend proposal research peringkat fakulti. wooohooooo. supervisor aku lebih seronok dan kembang kuncop kerana progress aku sungguh laju. aku cuma follow je ghant chart yang dia pernah bagi tu. wooottt woooottttt mari kita kekalkan prestasi begini lagi, okay? chayoooookkkkk! kepada yang ada niat nak sambung belajar tu, go ahead. jangan biarkan orang patahkan semangat korang macam aku kena dulu. almost all kata buat thesis super duper susah. aku tak nafikan sebab kekangan masa, tapi it's possible. lagipun, mana ada jalan mudah nak senang, kan?

4. dalam masa lapan bulan jabatan aku dah organise 3 program. satu pencapaian yang baik pada aku la. untuk sebuah jabatan kecik, aku bangga dengan anak-anak buah aku. of course ada hiccups here and there but alhamdulillah semua dapat di atasi. hubungan antara kitorang pun baik-baik aje (belakang kot ada mereka kata lain ke, aku tak tahulah). KPI semua memberangsangkan. although tak reach 90% yet, fret not sebab tahun depan menjanjikan yang lebih baik buat mereka. 

5. bila baca balik entri lama-lama nak tergelak pun ada. like, seriously ni ke aku hahahaha. tulis merepek je. ni pun apa kurangnya. 

6. aku mencintai kerjaya aku sekarang. mengajar sangat memuaskan hati. seronok sangat dapat berlawak jenaka dengan pelajar. dan diingati pelajar adalah perkara yang sangat menyentuh perasaan. seorang bekas pelajar aku, yang aku ajar tak sampai satu semester pun sebab lepas tu dia ke jordan untuk belajar kesusasteraan bahasa arab - call aku dari sana semata kerana rindukan aku. adoiiiii terharu sungguh. dan bila students gigih datang beraya rumah aku naik cab - kasih betul aku kat deme-deme ni hihihi. moga dengan ikhlasnya aku turunkan ilmu ini, papa pun dapat habuannya.

7. aku diminta secara personal untuk buat bengkel muet. dan pelajar yang dah bertahun lepas aku ajar masih datang mencari aku minta ditunjuk ajar. aku rasa sangat happy la. rasa sangat dihargai dan effort aku dihargai. biarpun pelajar lemah yang kadang-kadang aku pun susah hati jugak tak tau dah macam mana nak tolong, yet mereka kenang usaha kita. 

8. semester ini aku super busy sebab nak kena defend, jadi aku rasa aku sedikit mengabaikan mereka. i need to find ways to make things up for them la kan. maybe kerja extra hour hahahahahaa adoi wahai badan, bertabahlah ye. aku mudah jatuh sakit bila terlalu penat. ni pun aku demam selesema and batuk. thanks to niece and nephew the other half. nephew dia selamba je batuk sembur kat aku, and esoknya aku pulak yang terlentang demam hahahaha. 

9. anak-anak staff kata aku kelakar. terbahak-bahak gelak. jadi betul ke bila orang cop aku pensyarah paling garang? dan aku tak suka budak-budak? dua-dua tu aku setuju tapi tengoklah keadaan. mesti profesional jangan nak meroyan emosi merata semua orang pun menyampah inikan pulak budak-budak. aku bila bekerja memang serius tapi masih boleh melawak kalau tak sangap la aku dibuatnya haahah. cabaran waktu bekerja bila kau dikelilingi orang yang lebih berusia adalah kau dipandang enteng. i work hard to prove them wrong. walaupun aku takkan mungkin dapat memuaskan hati semua orang, tapi bila kerja dan usaha aku dihargai pihak atasan, hati aku puas dan lega and aku lebih bersemangat. 

10. haritu di pejabat aku ajarkan cara memilih buku untuk anak-anak. buku apa yang sesuai mengikut umur. puas aku ceramahkan kawan-kawan untuk beri pendedahan awal pada anak-anak supaya mereka lebih familiar dengan bahasa. for their own good jugak. dan alhamdulillah, mereka jalankan. dan aku pun belikan jugak buku-buku untuk diorang. plan nak bacakan untuk mereka tapi tak pasti lagi bila nak ada masa. haishhhh cita-cita macam-macam masa je takde.

sebagai penutup, tahun ni tahun yang indah buat aku. tahun depan aku harap lebih indah lagi. dan selagi masih ada kudrat, aku nak buat yang terbaik untuk anak bangsa aku - biar diorang jadi hebat malah lagi hebat daripada aku. manfaatkan ilmu yang kita ada, jangan lokek dan jangan carik pasal hahahahaa tetiba je. 

Ya Allah, panjangkanlah umur mama.
I want her to see her hard work of bringing me up is paid off.
I don't get the chance to do so with papa.
and let me have it with her please, Lord.

No comments:

Post a Comment