Saturday, February 23, 2013

tamat sudah misi.

hihihi semalam settle sudah misi menanda dan key in markah. aku ingatkan aku sorang je dilema meroyan sana sini sebab stress menanda, rupanya bos aku pun sama haha comel je aku tengok orang laki membebel-bebel.

so malam tadi aku penuhi dengan rehat serehat-rehatnya. pagi ni bangun lambat gila; tu pun sebab mama call dah otw nak datang dia nak pergi nilai. sangap je aku tengok adik jantan aku tu kena tunggu mak aku hahaha.

ni aku tak tahulah aku keracunan makanan ke, perut angin. yang aku tau mual teramat ni, berpeluh-peluh dibuatnya. malam tadi aku mimpi makanan banyak telur lalat. apakah kaitannya? hahahaha tetiba je.

misi aku untuk esok dan lusa adalah mengemas rumah dan menyiapkan apa yang patut. konon semalam nak balik kerja, beria aku kepit file nak kena lengkapkan konon nak buat kat rumah - kemudian aku tersedar hoiihh tak payah nak workaholic sangat la baik aku setelkan perihal study dulu hihihi.

aku ada berita gembira ni. tapi masih terlalu awal nak beritahu. orang kata kalau awal-awal sangat tak boleh hebah lagi. eh tak, aku tak pregnant hahaha tetiba je lagi. gila kau bujang trang tang tang aku ni. mau mak aku sesah nanti -___-"

ni cerita lain. cerita tentang menggapai impian menuju puncak gemilang cahaya eh eh hahaha badi betul lagu akademi fantasia ni walaupun tak pernah tengok hihihi. 

nantilah bila almost settle, aku cerita *bajet ramai pembaca haha*





aku suka L-shape sofa. 
hihi.

Wednesday, February 20, 2013

bila pendidik hilang motivasi.

amboi semalam entri pasal psikologi, sekarang cerita pasal motivasi. mungkinkah ini petanda i should just quit being an educator who teaches english? hihihi.

entahla. beberapa ketika kebelakangan ini aku rasa macam nak give up pun ada hahahaha. sedih sebenarnye dengan situasi pendidikan di negara sendiri. bukan aku nak memuji negara orang - i can't say much pun sebab tak pernah experience sendiri belajar luar negara. tapi sistem pendidikan kita mendidik generasi tidak pandai berfikir. 

jenis apa kau bagi itulah dia - that's it; diorang tak kreatif, tak pandai cari jalan lain, tak reti nak berfikir extra mile. aku tak tahulah tak reti ke, memang tak nak. everything nak straight to the point. nak jalan mudah. aku ajar begitu, begitulah sebijik dia ikot tanpa melihat kepada kesesuaian. amboi apa aku berleter ni hahaha.

stress akan meningkat bila sampai masa kena menanda paper exam. semak otak. ditambah dengan sikap pelajar suka cari pasal dalam kelas lagilah tak membantu mood yang merudum ni hahaha. asyik teringat je betapa kereknya diorang.

bila dilayan dengan biadap oleh pelajar, sedangkan kita ini orang yang dipertanggungjawabkan untuk memberikan ilmu pada mereka; aku terfikir - beginikah sikap kita pada tuhan.

Allah gives us everything yet we are very arrogant. sedangkan Dia pemberi segala, sepatutnya aku menyembah taat, mendambakan diri dan tidak berlaku sombong. bila muhasabah diri begini, dok fikir kenapa pelajar sekarang kurang adabnya, aku terfikir juga kekurangan diri ni.

Allahuakbar.

macam mana nak jadi ibu kalau hubungan aku sama tuhan pun buruk. huhuhu. bagaimana anak aku nak hormatkan orang kalau aku sendiri tak belajar menghormati tuhan.

huuu insafff.

Tuesday, February 19, 2013

psikologi kanak-kanak.

aku ada satu habit yang kalau sekali pandang, macam elok. tapi bila dibelek ditenung diperhatikan patternnya, akan nampak buruk.

aku seringkali cakap 'maaf'. seringkali rasa setiap satu perkara buruk itu datangnya dari aku. mudah rasa bersalah. yang teramat sampai merimaskan orang, okay. so it's not normal.

bila aku mula belajar ilmu psikologi, aku kaji diri sendiri. aku buat diri jadi research subject. aku kaji kenapa aku begitu begini. kenapa aku sampai jadi begitu. dan at last aku dapat jawapan.

masa kecil, aku jadi mangsa buli. aku diejek sampai rasa diri tak ada harga. sampai malu nak angkat muka. aku jadi penyimpan perasaan. aku tak ada kawan. aku paranoid. aku rasa semua benci aku sebab aku buruk.

sedih wa cakap lu.

kehidupan kanak-kanak aku dipenuhi cerita p. ramlee. hari-hari tonton sampai hafal dialog, boleh? aku bawa diri. untungnya, aku hafal sifir seawal aku berusia 9 tahun sebab aku bosan sangat *skema*. aku aktif di sekolah sebab kebetulan i did things i liked. but friends never liked me. so i was very lonely. up to one point, aku sampai jadi lali and i no longer care. 

sekolah menengah, tingkatan dua. itu adalah saat di mana aku bangun menjadi diri sendiri. aku tolak tepi apa orang kata pasal aku. i kept on saying i don't care sebab i've been hurt enough. 

adalah few things yang masih buat aku sedih sampai sekarang tapi aku berjaya tutup dengan lakonan aku yang konon aku tak kisah.

tapi habit always say sorry tak hilang. sebab begitu terkesannya dalam diri aku bila masa aku kecil, aku digelar pembawa sial. serious feeling fasha sandha citer natasha tu bahahahaha.

kawan-kawan,

bila kita ada anak, kita kena pastikan anak kita tak didera secara mental oleh kawan-kawan. dipanggil hidung pesek, pendek, busuk; diketawakan sebab kesalahan kecil etc - walaupun dengan niat bergurau akan beri kesan pada personaliti anak-anak.

anak hilang keyakinan diri. bila jadi macam tu, dia akan turn out to be sangat bitter, sangat keras kepala. paling teruk, dia akan buat apa sahaja untuk buat dia rasa dia diperlukan, didambakan walaupun dia buruk.

thank god i didn't go to that extend. 

jangan salahkan bohsia tepi jalan buta-buta. selidik. most of them had been hurt so deep. yang kalau kau dengar cerita mereka, kau akan tertanya balik 'benarkah wujud senario begini?'

memang ada. 

haih sikap suka say sorry ni menyusahkan aku sebenarnya. i always feel not worth enough. the other half jalan then tersepak tembok batu pun, i feel like it was my fault. wth.

seriously, wth beb.

ingat. ada anak. tengok perkembangan anak. jaga betul-betul. our society tak seindah yang kita tengok dalam iklan.

Sunday, February 17, 2013

hati besar.

kadang aku bimbang dengan diri sendiri. suka berangan. aku rasa orang yang lahir bulan june memang kuat berangan kot hahahaha sesuka hati aku je buat generalization. dalam tahun ni, ada lima perkara aku berangan nak sangat. yang teramatlah wehhh hahaha.

1. beli rumah. seronok wehhh tak sabar nak deko-deko eric leong. tapi tak payah nak eric sangat ahhh. tercirik ada pikir mana nak korek duit nak buat kitchen kabinet haha.

2. kahwin. ni tayah cakap banyak la. memang dah gatal sangat hahahaha.

3. siapkan thesis by end of the year. Allah, mohon dipermudahkan dan dikuatkan hati dan semangat. semangat nak padam dah ni hahahah.

4. pergi umrah. teringin nak bawak mama jugak kalau ada rezeki. naaaakkkk sangat.

5. pergi australia. hahahahaha. sebenarnya, nak jenjalan obesi je. singapore pun bolehlaaaaaaaaaa. hahahah.

tetiba aku rasa nak reveal umur kat sini. tapi apa jadah plak bukan ada keperluan pun hahahah. 

bulan may ni aku tetiba je nak ikut mama pergi jakarta. ada wedding kawan mama. aku menyibuk je hihihi. entah kenapa laju berdesup aku bagi persetujuan sedangkan selama ni aku pikir macam-macam, end up tak pergi. mungkin sebab dah banyak kali kena 'tinggal' hahaha. hari tu ada wedding kat singapore pun aku tak dapat follow sebab nak exam. balik kedah ada wedding pun kena tinggal adohai sadisss.

haritu mama ajak pergi sabah, aku pasrah la sebab kos mahal tu satu hal, pastu aku plak takde free. tetiba mama ajak pergi ni, terus aku check ticket pastu beli hahahaha. terus my other half pun tanjat tak pernah-pernah dibuat aku macam tu haha. 

aku sendiri pun tanjat, okay. banyak hari aku pikir nape la aku gatal nak ekot sedangkan aku tak pasti lagi date tu okay ke tak. nasib lepas beli tu aku check takwim study tak kena date nak exam ke apa ke hahahaha. dasat nokkksss main sental je aku ni heh.

pikir punya pikir, aku bitau my other half - aku rasa hati aku kuat sangat nak pergi bercuti dengan mama. macam nak sangat pergi sebab who knows, lepas ni nak kahwin dah tak boleh nak berdua dengan mama dah ke haha. eh pergi jakarta ni akak aku pun adooo so taklah berdua pun hahaha.

masa mama ajak pergi sabah tu, dia cakap 'jomla ngah, nanti hang dah kahwin payah plak'. adoi sedih bila pikir hahaha. sooooo, jakarta, nantikan kedatangan ku okayyy.

konon nak sedapkan hati, aku cakap kat my other half boleh la aku beli kain untuk baju nikah aku kennnn. dia iye kan ajelah aku cakap tu. tapi hati aku plak tak sedap. walaupun orang kata kat sana murah daripada kat sini, i've decided aku akan beli kat sini jugak bersama dengan tunangku ecewah kau gedik tampau kang hahaha.

biarpun harga mungkin lagi cekik darah, biarlah bayar lebih demi menikmati buat persediaan nak kahwin tu sama-sama. akak pasrah nokksss biarpun kena bayar lebih hahah.  so nanti di sana, aku aim nak beli blouse banyak-banyakkkkk biar sampai muak. 

konon la nak beli banyak. tapi aku limitkan total perbelanjaan agar tak lebih daripada sepatutnya.

return ticket + accommodation + meals + transport + shopping = RM 1000 je max. hahahahah cukup ke wehhh?

akak kedekut nokkkss hahaha.

Friday, February 15, 2013

acceptance.

it has been a year since i did the surgery. apparently it didn't work for my case; even the doctor said kalau buat lagi sekali pun the outcome will be just the same. after much discussion with my other half, we have decided not to do anything for the time being. to be honest, after experiencing the ability to breathe easily after so many years was a relief for me. too bad it only lasted for a year due to the fact i'm very much exposed to the allergens. Allahuakbar. only Allah knows what's best for me.

---------------------

i think i've been a bad teacher. i neither read newspapers nor watch the news. even online news are included. i'm just annoyed with all the politics etc. so i decided that ignorance is bliss hahahaha. 

----------------------------------------------

i love f.o.s.

Sunday, February 10, 2013

hanya untuk bacaan wanita: bagaimana memilih bra yang betul.

hahaha tajuk entri tak menahan. petua dia senang je, minta SA tolong hahahah. sebab sejak berpuluh tahun mempunyai buah dada ni, aku memang fail sangatlah bab knowing the right size. bila dah berusia sikit ni barulah tahu do's and don'ts; in which i would only know masa mengacu kat bahagian yang terlibat (hahah macam kelakar guna perkataan 'mengacu' tu).

eh lapar pula. nak ambil snek kejap hoho.

i'm back! bersama sepotong bluberi ciskek myotherhalf buat. 

ni rupa fresh daripada oven. 
gambar aku rembat daripada fb beliau.
sedaaaap sangat wehh. 
ni dia main belasah je apa ada kat rumah sebab nak habiskan saki baki cheese, balance lepas settlekan tempahan 500 pieces blueberry mini cheesetart.

btw, back to business.

apa yang membuatkan aku terasa nak buat entri pasal bra ni adalah kerana tadi aku telah membasuh tangan enam ketol bra; empat adalah kesayangan manakala dua lagi sayang jugak sebab mahal tapi dah tak muat. sempat pakai tak lebih lima kali dengan kadar yang sekejap gila. inilah akibat beli sebab design cantik tapi lupa bahawa daku bersaiz wanita afrika bahahahahhaa.

i'm not gonna talk much on how to find the right size, sebab saiz bra adalah bergantung kepada design, jenis cup, dan jenama. serius tak tipu. untuk Xixili aku pakai D/E cup, tapi for La Senza, i still can fit B. dengan syarat bukan push up hahahaha. the definition of the right size according to me adalah bila kau test pakai, takda benjolan aneh yang tak sepatutnya ada terkeluar daripada cup tersebut. ramai orang membuat kesalahan ini ye kawan-kawan. not good. kalau dah nampak macam ada limpahan gunung berapi atau sepertinya ada daging lebih, bawak-bawakla tukar saiz tu hahaaha.

kesalahan yang paling kerap aku perhatikan adalah bra tak berada dalam garisan lurus. hahah apa bahasa aku ni. kekdahnya macam ni, kalau pakai bra dia mesti straight je wrapping your body; bukan terjongket dekat belakang menghampiri tulang belikat. salah tu. bukan sahaja nampak buruk malah memberikan kesan tidak baik dalam jangka masa panjang ecewaaa macam artikel majalah wanita dah. if that happens, maknanya getah dah loose la tu. punnnn kena ganti bra baru.

dulu masa muda, seronok beli bra. murah je dekat jusco tu. brand scarlet kot. dahlah murah, colourful funky-funky gitu. maklumlah, size pun wanita asia. cuba sekarang pegi beli - bertuahlah kalau jumpa size aku hahaha. bila badan bertambah comel, lemak pun berkumpul la apa lagi. mulalah cerita derita sengsara aku nak membeli bra hahahaha. dahlah mahal, aku pulak masa tu tak berduit sangat. hazabedahhhhh bra asyik la tak kena size maka tak selesa la. selalu ada kesan berbekas. sakit, gatal toksah cakapla kan. benda terjerut plak tu hahaha.

brand xixili adalah brand pertama aku guna sebab dia ada size aku, and the design is not macam nenek-nenek sangat so aku suka jugakla. however after years, aku notice design dah makin boring huhuhu. kebetulan aku pergi jpo last year, i decided nak give La Senza a try and i'm glad i made that decision. best gila bra dia.

if i were to compare between those two brands, dua-dua ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. cuma nak cakap, bila kita melabur lebih sikit untuk barang yang mahal - kualiti memang berbeza la. tahan lama bra aku ni so pejam mata jela bila spend almost 500 sekali purchase. even lacey panties pun pakai dah 4 tahun tak ada kesan terkoyak ke hapa hahahaha kewl wehhh. hook pun ok tak berkarat, underwire tu pun bagus tak berkarat dan yang penting, tak mencocok buah dada sehingga bocor hahaha.

now aku tengah gila tengok curvy kate collection. terus rasa nak beli dan-dan tu jugak hahahaha. 

heh dah apahal la buat entry pasal bra ni. terus meleret-leret haha. byeee.

Saturday, February 9, 2013

tentang perkara yang pasti.

I've just found out a shocking news of a friend, a colleague he was;
passed away in november last year.
what makes me even sadder is, the wife is 17 weeks pregnant at that time.
and he was just my age.

so young.
tetapi kematian adalah pasti.
janji Allah.

takkan pernah lewat.

dear friend,

i'm glad i turned back to say hi to you at pwtc.
how i wish i had said more than just hi and asked how were you doing.

al-fatihah.

Friday, February 8, 2013

kelakar la aku ni.

badan macam nak demam. selalunya, kalau aku penat sangat aku akan jatuh sakit. this week is quite busy. macam-macam hal. sebab tu emosi macam najis hahahaha.

aku memang menjadikan ini tempat luahan perasaan. sebab pertama, aku kurang kawan. in fact, aku bukanlah jenis suka nak meluah-luah sangat pun. jadi inilah ruang yang aku ada. the only place i feel that i'm not judged. kalau ada yang menghakimi hasil penulisan aku, terpulanglah. but tak perlu jujur sangat nak cakap kat aku, okay? hahahahahha.

mai rasa nak mencurah perihal rasa hati, berialah aku taip. kadang tak ada apa sangat pun, lebih kepada refleksi kepada sesuatu perkara. sebab tu aku tak mention nama ke siapa wataknya. kalau aku mention gak tu, maknanya memang stress sangat la tu hahahaha. dan kadang, bila rasa tu dah reda, aku akan baca semula. kalau penulisan aku tu sepertinya aku menghakimi orang secara melulu tanpa ada penjelasan jelas, selalunya aku delete je hahaha so that explains kenapa kadang-kadang entri aku tetiba gone hahaha.

selalunya perasaan huru-hara akan reda bila aku dapat luah pada my other half. tu yang kadang kesian tu terpaksa tadah telinga mendengar cerita aku. aku rasa dia dah kenal semua staff tempat kerja aku sebab aku rajin cerita hahaahhahah. tapi tulah, ada perkara aku tak boleh nak luah pada my other half so those things remain in here. tapi tetiba aku rasa macam nak delete plak hahahaha. tengoklah kalau ada masa.

tadi pagi time breakfast with myotherhalf, boleh pulak terkeluar cerita pasal nama anak. macam comel je aku tengok muka dia yang serius tu, diam sekejap pastu tetiba pop out idea nama anak sendiri. out of nowhere. aku tengah melongo tengok nasik lemak kopi o time tu, terkulat-kulat cuba nak paham dia ni nak cakap apa sebenarnya hahahaha. dia memang macam tu. melamar tak apa tak, tetiba plan nama anak la, deko rumah la, family car la, macam-macam la. tak pun, kadang tu, tengah dok diam saja-saja, tetiba je tanya aku sudi nak kahwin ke tak dengan dia la. but i think soalan tu macam dah lebih daripada sejuta kali kot sepanjang bercinta ni hahahahhaa. tu belum masuk cerita yang merepek-repek kot. bila adik aku tanya, apa je kitorang borak selama lapan tahun ni - aku nak jawab pun malu hahahaha.

sekarang hobby kitorang dah menjadi lebih dewasa sikit. suka berangan mendeko rumah sendiri. tapi aku rasa macam lebih kepada hobby aku je haha. wuhuuuuuu. seronok, kan? seronok ada rumah sendiri, is a thing. being able to decorate it, is another thing. permudahkanlah semua urusan hendaknya.

aku tengah perah otak ni, cemana nak combine pastry kitchen dengan hot kitchen ni. pastry kitchen tu dah tentulah untuk dia. jangan main-main, myotherhalf ni jenis detail buat kerja. siap ada SOP lagi. dulu puaslah aku berteka-teki jadahla SOP dia ni. dok tanya apa SOP aku bila aku buat cookies tu. rupanya Standard Operating Procedure. ha amik kau. ni aku malas hantar dia belajar tinggi-tinggi ni hahahahahha. aku ni orang kampung je, janji siap biskut aku tu aku sental jelaaa. SOP jadahnya la hahahah. 

comel la boifren aku ni. macam nak gigit je tangan muscle tu. eeee nampak tak dah gatai nak berlaki ni hahaha. ewahhh galakkkk. kemain perah otak pikir deko rumah, keja aku melambak ni lupa dah kewww. 

dah nak sambung keja. hikkkksss.

p/s: aku rasa aku kelakar. kau rasa aku kelakar tak? hahaha meh tampar diri sendiri.

Thursday, February 7, 2013

petua.

kalau orang tanya aku apa petua bertahan bercinta selama lapan tahun.
aku nak jawab:

1. make him/her your bestest friend.
2. effective communication.
3. acceptance.
4. love.

love akhir sekali.
sebab lepas kau dapat yang all three of the above, love will surely be there.
aku rasa in marriage world pun this is gonna be applicable.

tapi yela, sapa je aku nak bagi nasihat pasal marriage.
aku kan bujang lagi. 
apa la yang aku tahu pasal dunia perkahwinan ni kennnnnn. 
*cynical*

Monday, February 4, 2013

perjalanan yang terhenti.

amboi kau tajuk tak menahan. this is regarding my thesis. aku dah stop for a month dah. serious mood ke laut huhuu asyik pikir kahwin and misi rahsia je hahahahaha.

so kena mulakan balik secepat mungkin. dalam keadaan sekarang ni, aku nak duit duit duit je. study malas hahahahhaa. ni nak bayar yuran study ni cemana la hahahaha. i made a vow that my children do not have to go through such financial difficulty macam mana aku lalui. biar dia rasa jadi macam bapak dia. tapi kalau main-mainnnnn, siap la kauuu hahaha nampak tak potensi nak jadi mak yang garang ni haha.

not saying my parents are bad sebab tak mampu nak bayarkan yuran aku. gila la aku dah tua ganyut ni pun nak mintak mak tanggung dahla ibu tunggal tu haha. somehow aku rasa, mungkin ini peringatan Allah nak bagi pada aku - supaya lebih beramal.

lekanya aku. haishhh meh nak babap.

moga hajat tercapai.

umur meningkat setahun lagi tahun ini.
moga aku dapat apa yang aku angankan semenjak dua tiga tahun ni.

ihikkksss.
meh layan gambar.