hahaha tajuk entri tak menahan. petua dia senang je, minta SA tolong hahahah. sebab sejak berpuluh tahun mempunyai buah dada ni, aku memang fail sangatlah bab knowing the right size. bila dah berusia sikit ni barulah tahu do's and don'ts; in which i would only know masa mengacu kat bahagian yang terlibat (hahah macam kelakar guna perkataan 'mengacu' tu).
eh lapar pula. nak ambil snek kejap hoho.
i'm back! bersama sepotong bluberi ciskek myotherhalf buat.
ni rupa fresh daripada oven.
gambar aku rembat daripada fb beliau.
sedaaaap sangat wehh.
ni dia main belasah je apa ada kat rumah sebab nak habiskan saki baki cheese, balance lepas settlekan tempahan 500 pieces blueberry mini cheesetart.
btw, back to business.
apa yang membuatkan aku terasa nak buat entri pasal bra ni adalah kerana tadi aku telah membasuh tangan enam ketol bra; empat adalah kesayangan manakala dua lagi sayang jugak sebab mahal tapi dah tak muat. sempat pakai tak lebih lima kali dengan kadar yang sekejap gila. inilah akibat beli sebab design cantik tapi lupa bahawa daku bersaiz wanita afrika bahahahahhaa.
i'm not gonna talk much on how to find the right size, sebab saiz bra adalah bergantung kepada design, jenis cup, dan jenama. serius tak tipu. untuk Xixili aku pakai D/E cup, tapi for La Senza, i still can fit B. dengan syarat bukan push up hahahaha. the definition of the right size according to me adalah bila kau test pakai, takda benjolan aneh yang tak sepatutnya ada terkeluar daripada cup tersebut. ramai orang membuat kesalahan ini ye kawan-kawan. not good. kalau dah nampak macam ada limpahan gunung berapi atau sepertinya ada daging lebih, bawak-bawakla tukar saiz tu hahaaha.
kesalahan yang paling kerap aku perhatikan adalah bra tak berada dalam garisan lurus. hahah apa bahasa aku ni. kekdahnya macam ni, kalau pakai bra dia mesti straight je wrapping your body; bukan terjongket dekat belakang menghampiri tulang belikat. salah tu. bukan sahaja nampak buruk malah memberikan kesan tidak baik dalam jangka masa panjang ecewaaa macam artikel majalah wanita dah. if that happens, maknanya getah dah loose la tu. punnnn kena ganti bra baru.
dulu masa muda, seronok beli bra. murah je dekat jusco tu. brand scarlet kot. dahlah murah, colourful funky-funky gitu. maklumlah, size pun wanita asia. cuba sekarang pegi beli - bertuahlah kalau jumpa size aku hahaha. bila badan bertambah comel, lemak pun berkumpul la apa lagi. mulalah cerita derita sengsara aku nak membeli bra hahahaha. dahlah mahal, aku pulak masa tu tak berduit sangat. hazabedahhhhh bra asyik la tak kena size maka tak selesa la. selalu ada kesan berbekas. sakit, gatal toksah cakapla kan. benda terjerut plak tu hahaha.
brand xixili adalah brand pertama aku guna sebab dia ada size aku, and the design is not macam nenek-nenek sangat so aku suka jugakla. however after years, aku notice design dah makin boring huhuhu. kebetulan aku pergi jpo last year, i decided nak give La Senza a try and i'm glad i made that decision. best gila bra dia.
if i were to compare between those two brands, dua-dua ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. cuma nak cakap, bila kita melabur lebih sikit untuk barang yang mahal - kualiti memang berbeza la. tahan lama bra aku ni so pejam mata jela bila spend almost 500 sekali purchase. even lacey panties pun pakai dah 4 tahun tak ada kesan terkoyak ke hapa hahahaha kewl wehhh. hook pun ok tak berkarat, underwire tu pun bagus tak berkarat dan yang penting, tak mencocok buah dada sehingga bocor hahaha.
now aku tengah gila tengok curvy kate collection. terus rasa nak beli dan-dan tu jugak hahahaha.
heh dah apahal la buat entry pasal bra ni. terus meleret-leret haha. byeee.
No comments:
Post a Comment