Tuesday, February 19, 2013

psikologi kanak-kanak.

aku ada satu habit yang kalau sekali pandang, macam elok. tapi bila dibelek ditenung diperhatikan patternnya, akan nampak buruk.

aku seringkali cakap 'maaf'. seringkali rasa setiap satu perkara buruk itu datangnya dari aku. mudah rasa bersalah. yang teramat sampai merimaskan orang, okay. so it's not normal.

bila aku mula belajar ilmu psikologi, aku kaji diri sendiri. aku buat diri jadi research subject. aku kaji kenapa aku begitu begini. kenapa aku sampai jadi begitu. dan at last aku dapat jawapan.

masa kecil, aku jadi mangsa buli. aku diejek sampai rasa diri tak ada harga. sampai malu nak angkat muka. aku jadi penyimpan perasaan. aku tak ada kawan. aku paranoid. aku rasa semua benci aku sebab aku buruk.

sedih wa cakap lu.

kehidupan kanak-kanak aku dipenuhi cerita p. ramlee. hari-hari tonton sampai hafal dialog, boleh? aku bawa diri. untungnya, aku hafal sifir seawal aku berusia 9 tahun sebab aku bosan sangat *skema*. aku aktif di sekolah sebab kebetulan i did things i liked. but friends never liked me. so i was very lonely. up to one point, aku sampai jadi lali and i no longer care. 

sekolah menengah, tingkatan dua. itu adalah saat di mana aku bangun menjadi diri sendiri. aku tolak tepi apa orang kata pasal aku. i kept on saying i don't care sebab i've been hurt enough. 

adalah few things yang masih buat aku sedih sampai sekarang tapi aku berjaya tutup dengan lakonan aku yang konon aku tak kisah.

tapi habit always say sorry tak hilang. sebab begitu terkesannya dalam diri aku bila masa aku kecil, aku digelar pembawa sial. serious feeling fasha sandha citer natasha tu bahahahaha.

kawan-kawan,

bila kita ada anak, kita kena pastikan anak kita tak didera secara mental oleh kawan-kawan. dipanggil hidung pesek, pendek, busuk; diketawakan sebab kesalahan kecil etc - walaupun dengan niat bergurau akan beri kesan pada personaliti anak-anak.

anak hilang keyakinan diri. bila jadi macam tu, dia akan turn out to be sangat bitter, sangat keras kepala. paling teruk, dia akan buat apa sahaja untuk buat dia rasa dia diperlukan, didambakan walaupun dia buruk.

thank god i didn't go to that extend. 

jangan salahkan bohsia tepi jalan buta-buta. selidik. most of them had been hurt so deep. yang kalau kau dengar cerita mereka, kau akan tertanya balik 'benarkah wujud senario begini?'

memang ada. 

haih sikap suka say sorry ni menyusahkan aku sebenarnya. i always feel not worth enough. the other half jalan then tersepak tembok batu pun, i feel like it was my fault. wth.

seriously, wth beb.

ingat. ada anak. tengok perkembangan anak. jaga betul-betul. our society tak seindah yang kita tengok dalam iklan.

No comments:

Post a Comment