Friday, July 22, 2011

tak semua perkara kejujuran itu satu kemestian.

sejak makin kenal ramai orang, banyak yang telah aku pelajari. ada ragam manusia yang aku suka, dan ada yang tidak. semalam, aku hampir hilang kawalan emosi dan aku ada terlepas cakap yang kalau kena pada batang hidung aku, mungkin aku akan sentap juga. tapi tuhan memang sayangkan aku, diberikan manusia sebaik-baiknya untuk jadi pengganti papa. mungkin bukan 100% sama, tapi sikit sebanyak rindu aku memang terubat dengan adanya dia.

papa selalu pesan bila aku marah-marahkan itu ini - jangan diluah terus. duduk dan bermuhasabah diri. dulu aku tak faham. tapi semalam, baru aku nampak keperluannya untuk aku bertenang dan jangan terlalu ikutkan emosi. bila aku fikir-fikir sedalam-dalamnya, hakikatnya perkara yang aku sedihkan sangat tu adalah apa yang aku pun dok buat juga. ah mungkin korang tak berapa faham apa yang aku cuba sampaikan di sini sebab bahasa aku bukannya elok mana hihi.

dalam pada kita dok sakit hati dengan orang dan apa yang orang buat pada kita, tanpa kita sedar kadang-kadang kita pun dok buat benda yang sama. bezanya samada kita buat depan dia ataupun tidak. atau samada dia sedar ataupun tidak. bukan mahu berfikiran buruk pasal orang, tapi bila kita sakit hati dengan cara orang terhadap kita, mungkin kita pun patut fikirkan dari sudut pandangan dia pula. mungkin dia juga ada tak suka tentang kita.

entahlah, dah banyak kali kekaseh bilang benda yang sama. tak semua orang suka kita. tapi aku asyik terikutkan perasaan. maaflah ye, sayang.

aku tak boleh nak berjanji aku takkan emo gothic lagi. tapi yang aku boleh janjikan, aku akan cuba untuk sentiasa ceria dan tak mahu fikirkan sangat hal-hal yang merobek jiwa neh. orang memang takkan berhenti bercakap, dan aku pun tak sepatutnya banyak cakap sangat. mohon Allah sucikan hati aku daripada hasad dengki dan dendam. dan moga masa bisa membuka hati orang yang pernah aku sakitkan dulu untuk maafkan aku. aku bukan sempurna, tapi aku mahu ada hati yang baik dan ikhlas.

dan aku mahu living the essence of islam. not just the symbol. :)

p/s: hadoyai tadi kawan opis dah mengadu itu ini. ini pula kawan sejawatan beritahu something happened. will only tell once i arrive at the campsite iskkk iskkk. berdebor mak, nyahhhh...

Wednesday, July 20, 2011

dua dalam satu.

hari ini genap setahun kawan baik aku pergi jauuuuh bangat. sedih, hanya tuhan yang tahu. resah hati semalam sampai tak boleh tidur. yang aku ada cuma semangat dan kekuatan yang dah dia beri selama aku hidup. masa mula-mula, aku selalu menangis rindu sebelum tidur. sebolehnya aku cuba untuk tak berseorangan supaya aku tak terlalu teringatkan dia. tapi aku cuma anak kecil yang kerinduan kasih dan belaian seorang bapa.

bukan aku mahu bersedih mengenang. dan bukan aku sengaja menulis di sini untuk menjaja cerita dan meraih simpati. di kala umur aku begini, aku tak rasa simpati yang aku cari. sementelah aku sedar semua orang ada kehidupan sendiri. dan orang mesti beranggapan yang by now i should be okay, no longer necessary to cry or sedih-sedih. siapa je pun yang lebih kasihkan diri kita sepertimana ibu dan bapa dan tuhan. siapa saja yang sudi untuk bangun di tengahmalam menemani kita menangis dan mengongoi over small things selain ibu dan bapa dan tuhan. walaubagaimanapun kau kata kau sayang, tetap kau takkan berjaga malam untuk si dia yang sedang berduka dan hati bergelora. 

bukan aku pinta begitu pun. sebab aku pun sama.

aku rindu. aku rindukan gelak terbahak dia. pelukan erat, dan rindu mahu bersalam dengan tangan gemuk bulat gebu yang padat dan comel. rindu mahu potongkan kuku dia seperti selalu. rindu mahu lipatkan lengan baju, dan memilih baju untuk dia sebelum keluar. rindu mahu duduk di sebelah melihat dia memandu. rindu mahu memeluk dia dari belakang bila naik motor ke tempat kerja. rindu melihat nama dia terpapar di skrin telefon. rindu panggilan dia setiap hari itu. rindu melihat cara dia berjalan. rindu mahu curahkan emosi dan menangis tersedu-sedu di bahu dia. aku rindu mahu bertengkar, berlawak jenaka dan berkongsi cerita suka dan duka.

hampir setiap malam sebelum aku tidur, aku membayangkan dia berjalan ke arah aku dengan senyum dan gelak tawa buat aku. 

demi tuhan, aku benar-benar rindu. aku rindukan segalanya tentang dia. setahun masih belum cukup sebab hakikatnya, aku ini anak bapa dan aku masih perlukan dia. haih.

ini satu lagu yang bila aku dengar, selalu aku rasa seperti dia sendiri yang katakan pada aku.


tanpa aku tahu kenapa. setiap bait lirik seperti apa yang dia mahukan untuk aku. supaya aku baik-baik saja. supaya aku jangan sedih sebab selama dia hidup, puas dipesan jangan ditangisi pemergian dia.

cumanya aku gagal miserably sebab aku cuma seorang anak kecil jiwanya.

Tuesday, July 19, 2011

tentang aku.

ada beberapa perkara tentang aku yang tak ramai orang tahu sebenarnya. tapi hari ini aku terasa macam hendak membuka pekung di dada sikit esheehh.

kita mulakan dengan fakta yang pertama. aku ini hakikatnya tak bermulut cabul mana pun. cuma ramai yang menganggap aku bermulut puaka sebab kebetulan apa yang aku cakap itu benar dan tepat kena di batang hidung sendiri. bak kata omputih, truth hurts. that's right bebeh jadi ramailah yang mudah terasa dengan aku yang lurus jujur berbudi pekerti neh kan. 

plus, aku bukanlah jenis yang begitu pandai berlakon sebab kalau aku dah tak suka, susah sikit aku nak cover. contohnya, kalau aku tak suka dengan cara seseorang, samada aku sound tepek gelak-gelak ataupun aku diamkan saja dan sibuk mengarahkan makhluk-makhluk kecil di dalam telinga dan hati aku supaya bekerja keras to shut it down. sekali lagi aku memetik kata-kata omputih, ignorance is bliss.

dan walaupun kerja aku gelak dan berlawak bodoh sama kawan-kawan, tetap aku punya hati dan perasaan. tapi sesetengah orang lupa yang aku ini bukan mesin raja lawak jadinya perasaan aku selalu diketepikan dengan alasan 'ah dia tak kesahlah weeeh'. padahal aku kesah juga kadang-kadang. tapi sampai satu tahap orang-orang sebegini aku singkirkan daripada senarai kawan-kawan rapat sebab pada aku, jika kau mengaku kawan, maka kau tak sepatutnya memandang enteng tentang perasaan seseorang walaupun dia sentiasa ketawa dan ceria memanjang. sebab pedih di hati siapa yang tahu, beb. takkan aku nak menangis berguling-guling baru kau nak percaya aku sedang bersedih isk merepeklah yu ols neh.

dan walaupun aku ini mudah ketawa over small things, aku juga agak cengeng sebenarnya. dalam erti kata lain, aku pun mudah menangis macam wanita-wanita lain. cuma, aku tak menangis sembarangan di hadapan siapa-siapa. siapa yang pernah melihat aku menangis adalah manusia bertuah sebab bak kata mak aku, aku neh hati kering dan tak sensitif langsung. dan bak kata kawan-kawan kerja aku - kalau aku menangis dan termenung bersedih mereka akan buat kenduri menyambut kemurungan aku itu ceh apa punya erti friendship neh. entahlah, mungkin sudah perangai aku suka tunjuk kuat depan orang padahal lembik macam jeli isk isk isk hebak juga lakonanku.

dan untuk pengetahuan semua ececeh macam ramai je pembaca, aku menangis bila aku sangat marah okay. semacam menggegel-gegel satu badan menahan marah lantas airmata bercucuran haih bab neh susah sikit nak kawal. tapi disebabkan aku jenis tak suka fikir banyak sangat hal orang maka aku jaranglah nak marah beria-ria sangat. tapi kalau mention pasal mak sedara yang paling aku palang tuh, memang menjadilah penyakit marah dan menangis aku neh.

akhir kata, aku cuma nak kata walaupun aku bersedih tentang banyak perkara dan ralat tentang itu ini - aku cuma nak go on dengan hidup aku dengan ketawa sebab itu je yang can keep me alive. macam tadi, walaupun hati aku diselubungi awan mendung kelabu tentang beberapa perkara yang semuanya berpunca daripada hati baik aku sendiri, tetap aku cuba ceria dan lupakan yang lain. tak guna aku fikir banyak sebab apabila sesuatu masalah itu bukan melibatkan aku semata-mata, memang susah nak selesaikan and only time will tell.

for the time being, aku cuma boleh berharap yang semangat keceriaan aku ini akan mengubat segala luka duka lara di hati. and buat si dia yang sudi melayan aku yang gila ini, jutaan terima kasih aku ucapkan buat kamu. you have no idea how having you made me survive the shittest moment in life.

:)

Saturday, July 16, 2011

dengan perut yang berkeriuk keriuk keropok moni ehh.

aku punya mulut puaka tapi hati yang sangat baik. haaaa cemana tu wehh. memang tak seiring dan sejalan. hish. 

on the other hand, it annoys me tengok orang gedik neh. rimas okayh. super duper rimas dan menyampah. especially with those gediks who try so hard to appear sweet and ladylike hurmmm.

and satu lagi. usia itu cuma nombor. tapi aku memang sedikit alah dengan orang yang lebih tua daripada aku dan kemudian berperasan dia hebat dan tahu semua. oh tapi orang yang lebih tua tapi tidak bersikap matang seperti sepatutnya juga tak digemari.

dan paling tak suka bila orang cuba-cuba bagi ceramah dan cakap banyak sangat as if you know it all; walaupun it is none of your damm business.

i guess i am just a complex human being. dan aku memang sangat-sangat memilih dalam berkawan. so padanlah muka sekarang dah macam kera sumbang woot woooooot. well, i guess it's better to choose quality over quantity o yeahh.

*hutang tag nanti-nanti aku buat ye.

Tuesday, July 12, 2011

kerana sayang.

lepas difikir-fikir, ditengok-tengok pada yang lain, aku rasa aku kena juga usahakan sesuatu.
semuanya kerana aku sayangkan kamu dan aku mahu berikan yang terbaik buat kamu. 
agar kamu tak malu.

biar aku mencuba dulu, ye.
doakan saja.

:)

feewiiiitttt.

Monday, July 11, 2011

makan garam.

orang tua selalu pesan, terlajak kata buruk padahnya. tapi mereka lupa nak masukkan bahasa tubuh badan dan jelingan mata juga bisa membunuh dan membahayakan hubungan sesama manusia. dan sekali lagi, orang tua memang betol. makan garam terlebih dahulu boleh membuatkan kau kenal jantan betina dengan sekilas ikan di air.

mesti korang tertanya-tanya apa yang cuba aku sampaikan. cerita aku mudah sahaja; dari sepatah perkataan sahaja kau boleh membuatkan dunia terpusing dan berpaling daripada kau. jadi berhati-hatilah dengan mulut dan perbuatan. manusia ini lahirnya tak semua mudah memaafkan. ini peringatan untuk aku juga sebab kadang-kadang aku ini jujur sangat dalam mempamerkan emosi, perasaan dan pendapat aku.

tak seronok menjadi setahun lebih tua. sebab bila kau kanak-kanak atau umur kau masih layak dipanggil remaja, semua kesalahan kau diterima tanpa banyak budi bicara. kita rasa budak yang kuat melawan dengan gaya pelat itu comel padahal kalau kau berumur 30an confirm orang akan kata kau biadap. dan kalau kau masih remaja, orang akan kata kau tak matang lagi. walhal adab dan budi pekerti itu bukan tunggu kau berumur 30an, ye. dan paling tak best, pergolakan antara dua usia yang berlainan fasa amat merugikan yang tua. sebab dalam adat yang tua haruslah mengalah. 

entah, aku rasa walaupun kiraan umur aku agak banyak tapi adakala aku bersikap keanak-anakan kerana aku terasa. aku nampak apa kau buat semalam, remaja. cuma aku mengambil keputusan untuk membiarkan kerlingan mata dan gerak mulut kau itu kerana aku tak nampak kelebihan aku dalam hal ini. aku bukan siapa-siapa.

lagipun, sepertimana aku selalu canangkan bahawa Allah itu maha mengetahui, maka aku berserah sepenuh hati. jika benar ianya seperti apa yang hati aku rasa, Allah berhak menentukan yang terbaik untuk aku dan kau. cuma satu sahaja yang aku bisa katakan di sini, itupun jika kau membaca nukilan aku - hidup tak selalunya indah. aku rasa kau pun tahu hakikat ini. dan betapa aku berharap kau walk the talk. konon menjadi penasihat pada kawan-kawan tentang itu ini, maka aku berharap kau juga bisa nasihatkan diri sendiri. jangan lupa, setiap pada kita ada khilafnya. kalau aku bisa memaafkan kesilapan bodoh kau apa kata kau fikir-fikirkan semula bahawa apa yang kau sudah lakukan tak semua betolnya. jangan jadi bodoh dan membabi buta membenci. sebab dunia ini macam roda. dan Allah tak pernah tidur.

aku doakan agar suatu hari nanti kau akan tersedar daripada kebodohan dan keangkuhan sendiri. sebelum waktu itu, yang boleh aku khabarkan pada hati adalah untuk tidak ambil peduli.

haih tak seronok betul jadi tua. kalau masih sama muda mesti sudah berlawan maki neh. teehhhee.

Friday, July 8, 2011

far far ahead.

kadang tak boleh terlalu yakin dengan kehidupan. 
cuma yakin dengan Tuhan yang Dia takkan tinggalkan kita.

hidup macam roda.
ada masa kita di bawah, dilenyek-lenyek sampai penyek.

tapi bila kita di atas, mendongak bongkakkah kita?

jangan bersangka baik dengan kehidupan.
yang perlu cuma sama Tuhan.

terlalu banyak perkara yang buat aku berfikir lewat kebelakangan ini.
dan semuanya buat aku buka mata.

haih kalaulah boleh aku zahirkan satu persatu dengan perkataan.

:)

Thursday, July 7, 2011

when you don't synchronize hands and brain.

two days ago i forgot to take my atm card from the cdm.
i just left without looking back. 
so yesterday i went to do a new atm card with hassle.
serve me right la kan heh.

dah lah before that aku masukkan no account yang salah padahal it was obviously wrong.

and i notice that sometimes i am very much influenced by what i do for living.
for example, i know i want to write 'console' at my bf's blog but i wrote 'consult' instead.
or i want to say 'too' but i wrote with less o.
or when i want to say than it becomes then.
ishh.

and there were times i just wrote without checking the spelling.
either i was too angry or too busy or that was just a quicky.

and i notice that when i'm busy and too focused on something, i don't even hear my phone rings. or anything people say.

i just stare with a blank face.
as if i'm somewhere else.

am i weird?

oh see.
too focused writing this till i didn't notice i have a message on my phone waiting to be replied.
isk isk.

Wednesday, July 6, 2011

pembawakan budak.

aku boleh terima kalau pembawakan budak tu buat kau over sensitif, suka menangis, suka marah-marah, loya sana loya sini pening sana pening sini. but when you become a nosy person, aku aneh sebab so far this is a rare case. aku tak tahu pula pembawakan budak bisa buat kau tetiba rasa nak jadi sherlock holmes.

in case kau tak perasan, tempat kita kerja pelajarnya diajar supaya tidak bemulut begitu puaka seperti aku untuk menegur yang kau sebukkan sangat itu cuma perkara remeh. aku malu kerana kita berkongsi profession yang sama yet kau macam lupa yang tugas hakiki kau itu mendidik, bukan jadi penyelidik tak bergaji. dahlah yang kau selidikkan itu hal gosip atau cerita liar pelajar. tak ada kerja sangat, ke?

aku malu sebab kita dilihat sebagai pendidik, sepatutnya bersikap lebih matang dan bukan melaga pelajar sana-sini. haih malulah sikit pada anak yang belum lahir. kalau besok keluar perangai penyibuk macam kau, memang aku slam terus setepek aku bagi dimuka. stress, tahu?

tak seronok bila pelajar datang bercerita itu ini, bertanyakan aku itu ini as if aku sama penyibuk macam kau. sorry beb, i tell them exactly how i feel and somehow like it or not it may have left some stain on your name. entahlah, call me bad but still that can't justify your ridiculous action in handling the matter.

you are playing with a girl's pride. where did you put your brain when you decided to INVESTIGATE the matter? because all that i can see now - seems like the girl is on the losing end. what the heck happens to us who are supposed to save her face from humiliation? first, you had just listened to her classmates on how gedik she is. when you asked me, i couldn't agree with that because she behaved in my class and i see her as a very young lady who is going through another phase of her life. what is so difficult about that that you can't understand? weren't you young before? and aren't we ladies too? aren't you ashamed if you were in her shoes? why?? kerana dia berniqab ke maka kau hukum dia kerana bersifat manusia biasa yang punya rasa suka, sayang dan cinta pada kaum adam? sejujurnya, layakkah kau menilai dia? siapa kau?

haih stupid stupid you. i am mad because you can't see the damage you've done. and i can. if anything happens to that young lady, you'll be the one i'll curse straight onto your face. seriously, beb.

i think your nonsense is beyond tolerance. stupid moron idiot. haih no word can actually define you. seriously.

Tuesday, July 5, 2011

mimpi ngeri si miskin.

empat-empat tayar kereta dihiris leper.
sakit jantung dibuatnya.
isk isk isk.

Sunday, July 3, 2011

different definition.

people may think of it as a joke.
something sweet and memorable, perhaps.

but those who were not laughing didn't think so.
they thought it was humiliating.
they didn't think it was funny.

not at all.

they might laugh to cover up.
to show that they were cool.
but their hearts didn't.
they only smiled because they didn't want to look stupid.

me?
how i feel?

i think they successfully pulled it through.
no matter what the intention was.

flabbergasted i'm not.
:)