orang tua selalu pesan, terlajak kata buruk padahnya. tapi mereka lupa nak masukkan bahasa tubuh badan dan jelingan mata juga bisa membunuh dan membahayakan hubungan sesama manusia. dan sekali lagi, orang tua memang betol. makan garam terlebih dahulu boleh membuatkan kau kenal jantan betina dengan sekilas ikan di air.
mesti korang tertanya-tanya apa yang cuba aku sampaikan. cerita aku mudah sahaja; dari sepatah perkataan sahaja kau boleh membuatkan dunia terpusing dan berpaling daripada kau. jadi berhati-hatilah dengan mulut dan perbuatan. manusia ini lahirnya tak semua mudah memaafkan. ini peringatan untuk aku juga sebab kadang-kadang aku ini jujur sangat dalam mempamerkan emosi, perasaan dan pendapat aku.
tak seronok menjadi setahun lebih tua. sebab bila kau kanak-kanak atau umur kau masih layak dipanggil remaja, semua kesalahan kau diterima tanpa banyak budi bicara. kita rasa budak yang kuat melawan dengan gaya pelat itu comel padahal kalau kau berumur 30an confirm orang akan kata kau biadap. dan kalau kau masih remaja, orang akan kata kau tak matang lagi. walhal adab dan budi pekerti itu bukan tunggu kau berumur 30an, ye. dan paling tak best, pergolakan antara dua usia yang berlainan fasa amat merugikan yang tua. sebab dalam adat yang tua haruslah mengalah.
entah, aku rasa walaupun kiraan umur aku agak banyak tapi adakala aku bersikap keanak-anakan kerana aku terasa. aku nampak apa kau buat semalam, remaja. cuma aku mengambil keputusan untuk membiarkan kerlingan mata dan gerak mulut kau itu kerana aku tak nampak kelebihan aku dalam hal ini. aku bukan siapa-siapa.
lagipun, sepertimana aku selalu canangkan bahawa Allah itu maha mengetahui, maka aku berserah sepenuh hati. jika benar ianya seperti apa yang hati aku rasa, Allah berhak menentukan yang terbaik untuk aku dan kau. cuma satu sahaja yang aku bisa katakan di sini, itupun jika kau membaca nukilan aku - hidup tak selalunya indah. aku rasa kau pun tahu hakikat ini. dan betapa aku berharap kau walk the talk. konon menjadi penasihat pada kawan-kawan tentang itu ini, maka aku berharap kau juga bisa nasihatkan diri sendiri. jangan lupa, setiap pada kita ada khilafnya. kalau aku bisa memaafkan kesilapan bodoh kau apa kata kau fikir-fikirkan semula bahawa apa yang kau sudah lakukan tak semua betolnya. jangan jadi bodoh dan membabi buta membenci. sebab dunia ini macam roda. dan Allah tak pernah tidur.
aku doakan agar suatu hari nanti kau akan tersedar daripada kebodohan dan keangkuhan sendiri. sebelum waktu itu, yang boleh aku khabarkan pada hati adalah untuk tidak ambil peduli.
haih tak seronok betul jadi tua. kalau masih sama muda mesti sudah berlawan maki neh. teehhhee.
kite fight berdua je ah..dush2 kerutet bb..
ReplyDeletenyet nyetttt...
ReplyDelete