Wednesday, July 20, 2011

dua dalam satu.

hari ini genap setahun kawan baik aku pergi jauuuuh bangat. sedih, hanya tuhan yang tahu. resah hati semalam sampai tak boleh tidur. yang aku ada cuma semangat dan kekuatan yang dah dia beri selama aku hidup. masa mula-mula, aku selalu menangis rindu sebelum tidur. sebolehnya aku cuba untuk tak berseorangan supaya aku tak terlalu teringatkan dia. tapi aku cuma anak kecil yang kerinduan kasih dan belaian seorang bapa.

bukan aku mahu bersedih mengenang. dan bukan aku sengaja menulis di sini untuk menjaja cerita dan meraih simpati. di kala umur aku begini, aku tak rasa simpati yang aku cari. sementelah aku sedar semua orang ada kehidupan sendiri. dan orang mesti beranggapan yang by now i should be okay, no longer necessary to cry or sedih-sedih. siapa je pun yang lebih kasihkan diri kita sepertimana ibu dan bapa dan tuhan. siapa saja yang sudi untuk bangun di tengahmalam menemani kita menangis dan mengongoi over small things selain ibu dan bapa dan tuhan. walaubagaimanapun kau kata kau sayang, tetap kau takkan berjaga malam untuk si dia yang sedang berduka dan hati bergelora. 

bukan aku pinta begitu pun. sebab aku pun sama.

aku rindu. aku rindukan gelak terbahak dia. pelukan erat, dan rindu mahu bersalam dengan tangan gemuk bulat gebu yang padat dan comel. rindu mahu potongkan kuku dia seperti selalu. rindu mahu lipatkan lengan baju, dan memilih baju untuk dia sebelum keluar. rindu mahu duduk di sebelah melihat dia memandu. rindu mahu memeluk dia dari belakang bila naik motor ke tempat kerja. rindu melihat nama dia terpapar di skrin telefon. rindu panggilan dia setiap hari itu. rindu melihat cara dia berjalan. rindu mahu curahkan emosi dan menangis tersedu-sedu di bahu dia. aku rindu mahu bertengkar, berlawak jenaka dan berkongsi cerita suka dan duka.

hampir setiap malam sebelum aku tidur, aku membayangkan dia berjalan ke arah aku dengan senyum dan gelak tawa buat aku. 

demi tuhan, aku benar-benar rindu. aku rindukan segalanya tentang dia. setahun masih belum cukup sebab hakikatnya, aku ini anak bapa dan aku masih perlukan dia. haih.

ini satu lagu yang bila aku dengar, selalu aku rasa seperti dia sendiri yang katakan pada aku.


tanpa aku tahu kenapa. setiap bait lirik seperti apa yang dia mahukan untuk aku. supaya aku baik-baik saja. supaya aku jangan sedih sebab selama dia hidup, puas dipesan jangan ditangisi pemergian dia.

cumanya aku gagal miserably sebab aku cuma seorang anak kecil jiwanya.

3 comments:

  1. mari sedekahkn al-fatihah.
    kami bukan serupa..role kami berbeza...
    tapi sy akan cube isi kekosongan itu ok..dengan cara yg berlainan.
    smile always ;)

    ReplyDelete
  2. al-fatihah..

    aku tak seclose itu dengan ayah aku.. and semalam adalah birthday beliau.. anak ini lupa nak wish birthday -_-"

    ReplyDelete
  3. luf: tenkiu tau. you know how much i love you for always being there (expect time tdo) for me kennn.. hehehe. nanti moh main gusti-gusti lagi okayh. luf u!

    an idealist: hehe selamat hari lahir pakcik! ehh eh hahaha. tapelah tak close pun, at least masih ada ayah kan.

    ReplyDelete