Friday, July 22, 2011

tak semua perkara kejujuran itu satu kemestian.

sejak makin kenal ramai orang, banyak yang telah aku pelajari. ada ragam manusia yang aku suka, dan ada yang tidak. semalam, aku hampir hilang kawalan emosi dan aku ada terlepas cakap yang kalau kena pada batang hidung aku, mungkin aku akan sentap juga. tapi tuhan memang sayangkan aku, diberikan manusia sebaik-baiknya untuk jadi pengganti papa. mungkin bukan 100% sama, tapi sikit sebanyak rindu aku memang terubat dengan adanya dia.

papa selalu pesan bila aku marah-marahkan itu ini - jangan diluah terus. duduk dan bermuhasabah diri. dulu aku tak faham. tapi semalam, baru aku nampak keperluannya untuk aku bertenang dan jangan terlalu ikutkan emosi. bila aku fikir-fikir sedalam-dalamnya, hakikatnya perkara yang aku sedihkan sangat tu adalah apa yang aku pun dok buat juga. ah mungkin korang tak berapa faham apa yang aku cuba sampaikan di sini sebab bahasa aku bukannya elok mana hihi.

dalam pada kita dok sakit hati dengan orang dan apa yang orang buat pada kita, tanpa kita sedar kadang-kadang kita pun dok buat benda yang sama. bezanya samada kita buat depan dia ataupun tidak. atau samada dia sedar ataupun tidak. bukan mahu berfikiran buruk pasal orang, tapi bila kita sakit hati dengan cara orang terhadap kita, mungkin kita pun patut fikirkan dari sudut pandangan dia pula. mungkin dia juga ada tak suka tentang kita.

entahlah, dah banyak kali kekaseh bilang benda yang sama. tak semua orang suka kita. tapi aku asyik terikutkan perasaan. maaflah ye, sayang.

aku tak boleh nak berjanji aku takkan emo gothic lagi. tapi yang aku boleh janjikan, aku akan cuba untuk sentiasa ceria dan tak mahu fikirkan sangat hal-hal yang merobek jiwa neh. orang memang takkan berhenti bercakap, dan aku pun tak sepatutnya banyak cakap sangat. mohon Allah sucikan hati aku daripada hasad dengki dan dendam. dan moga masa bisa membuka hati orang yang pernah aku sakitkan dulu untuk maafkan aku. aku bukan sempurna, tapi aku mahu ada hati yang baik dan ikhlas.

dan aku mahu living the essence of islam. not just the symbol. :)

p/s: hadoyai tadi kawan opis dah mengadu itu ini. ini pula kawan sejawatan beritahu something happened. will only tell once i arrive at the campsite iskkk iskkk. berdebor mak, nyahhhh...

2 comments:

  1. cet patut la kalut bersiap nk jumpe i..sempat blogging lagi..hik3..luf u!

    ReplyDelete
  2. heheh alaaa biasalah i kan tak suka bertenggek berborak dengan jiran kat luar jadi bebel kat sini jela bila sempat curi-curi masa hihihi lebiuuuu...

    ReplyDelete