Wednesday, September 21, 2011

terkudut.

tengahari tadi, sewaktu aku berlenggang kangkung nak ke kereta, aku telah berpeluang menyaksikan satu adengan yang selama ini aku cuma tengok dalam drama je. adengan peragut dan mangsa peragut. tergamam youuuuu. aku pun tak tahu nak buat apa sebab jarak agak jauh tetapi tergerak hati kalau aku ada berdekatan pasti sudah aku tabrak motor mereka. lepas tu bila dah masuk kereta dengan hati yang berdebar-debar, terus terfikir eh nanti sapa pulak nak bayar bil repair kereta tuh ohh tidak tidakk.. heh sungguh tak boleh jadi hero.

nak salahkan peragut tu of course la. tapi kadang mangsa pun tak membantu juga. berapa banyak kes beg tangan diragut kerana you all jalan lenggang kangkung pegang handbag macam bawak plastik berisi ikan dan sayur. lepas tu yang kalau naik motor pula selalu benar aku nampak letak dalam bakul. tak pun pakai macam biasa tanpa ada attempt nak cuba letakkan diri dalam keadaan 'what if'. lepas tuh walaupun dah banyak kali dengar kes cermin kereta kena pecah waktu berada di traffic light, masih lagi kau letak handbag atas kerusi.

memang lah orang kata tak elok bersangka buruk, tapi aku rasa untuk kes macam ini elok juga ada sikap paranoid tu. aku bukan nak puji diri aku sangat, tapi perkara utama bila masuk kereta adalah cuba kunci pintu secepat mungkin. tingkap aku takkan buka luas-luas. aku letak handbag di lantai. aku tak letak handphone atas seat. dan bila berjalan aku akan kepit pegang handbag aku macam ada duit sejuta. sebab memang aku paranoid orangnya. lagi banyak kes aku baca, lagi takut dan phobia. 

lepas tu kejap-kejap aku check tepi bag sebab dulu masa bagpack aku kena seluk dekat jalan tar 2 hari sebelum raya (that was the last time aku pakai bagpack), aku pun semangat pergi balai polis nak buat report. sekali bila masuk, ramai gila mangsa bag kena toreh tapi mangsa tak sedar tahu-tahu bila seluk nak amik purse, bag dah tembus. sejak daripada hari tu aku terus cuak takut dan selalu fikir daripada minda pencuri heh gila saiko. lepas tu juga aku jadi berdebar-debar pergi tempat crowded, and since modus operandi bag aku kena seluk itu adalah himpit tolak sambil seluk, aku memang pantang ah kalau berlaga-laga neh. memang aku peluk bag aku macam anak.

tapi yelah. kita manusia. kadang aku pun ada juga terlupa sana sini. jadi pada siapa yang ingat tu, saling mengingatilah kita hendaknya ye. sedih betul bila kejadian tak diingini berlaku yang bila diselidik-selidik rupanya berpunca daripada kita sendiri. lagipun, kalau katalah aku ini mangsa ragut - kompemlah panas ati bila tetiba orang kata 'heh patutla cik kena ragut. cik tak berhati-hati ke?' walaupun benda itu ada benarnya. nak marah pun tak guna sebab benda betul kan. jadi berhati-hatilah and if benda buruk masih berlaku, then only you can say it's fated.

cam boifren aku, dia seorang yang sangat bagus dan tegas dalam hal neh. kadang aku neh over excited sket terus lupa dunia hahaha. maka dia akan bertindak berjalan di sebelah kiri (aku sebab aku pakai handbag sebelah kiri) bila berjalan di jalan raya. tak pun dia akan bagi alarm ringtone (berupa kata-kata nasihat yang tegas) supaya pegang handbag tuh betul-betul bukan macam pegang bag plastik hahaha. oh dan bila dalam kereta beliau akan suruh aku letak handbag dekat lantai juga sebab semak mata dia tengok aku dok pegang bag tanak lepas hahaha. tapi bagus, sebab peragut senang nak ragut bag atas riba, kan? so fikir-fikirkanlah ye.

p/s: tetiba bila baca perenggan terakhir aku macam nak promote - carilah pasangan yang tegas dan awesome cam boifren aku. heh bagilah kredit kat boifren sebab lately dia sangat behave hahahah.

2 comments:

  1. sy paranoid juge kalau rase cm wallet xde kt poket..rupenye nipis sbb duit takde..hahaha.

    ReplyDelete
  2. hahah kadang sy pn paranoid bila korek2 bag tak jumpa purse rupanya purse tersorok bag sepah sangat =.= hahahha.

    ReplyDelete