Monday, November 28, 2011

politics.

i'm not into politics. i hate politics. the reason why i despise politics so much is i hate to pretend. i hate to be nice to someone who has hurt my heart.

but in life we're not given options. sometimes pretending is all one needs. things are not the same anymore. and the sight of how happy she is after what she did hurts me even more. as if she had done nothing wrong at all. i swallow it hard to the fact that she had ruined what i had, and i wonder have i totally forgiven her as much as i say it.

and i wonder, is she really happy inside. i don't know what is truly in her heart or what was her intention, but if i were her - i'd suffer from guilt forever, or at least till i admit and apologize for it. still, i would still feel bad. being me, i am easily down with guilt and over concern.

or maybe it is just me and my hormones. there are times that i can keep this feeling away. the anger and disappointment and sadness. 

the moment is coming, like it or not. something i'd die for. but deep inside i'm not sure if i'm ready to handle this emotion. each time the feelings crept in, i would brush them aside by pretending i didn't see or hear things that triggered them. i would say to myself that i'm okay, i'm going to be okay. i can't share with the ones i love, because some would say that i have to forgive and let go, and that she has moved on so must i, and some would simply say i'm overreacted. and that hurts me more because it all appears to me as if they are denying what i truly feel; so no, i can't talk about this with anyone. but i'm sad. terribly.

i always wonder how someone can bring a huge impact to your self esteem. and i wonder how would people feel after they had crushed others'. what did they feel to embarrass the ones they don't like. and what did they think of when they did that.

i am angry. yeah, i am. thank God for giving me hell childhood memories, where i am now more prepared to face this kind of people. i'm super good at pretending, seriously good. and i'm good at healing myself. that's what i think, at least.

but deep inside, only God knows how much i cried asking for them to stop hurting me. and please just leave me alone. sometimes, i just wish that my love is strong enough to make me stay throughout everything hell. i wish i can have the magic tool that can erase my bitter memories, just like in MIB.


this song always worked before. let's try if it works now.

Friday, November 25, 2011

hari pertama tanpa awak.

walaupun awak selalu kata saya tak jiwang mahupun romantis, di mana saya memang tak reti nak berbasa basi berpuitis, tapi saya suka dengan awak, sayang awak tau.

saya bukan orang yang pandai sangat bermain kata-kata, apatah lagi mahu bermulut manis seperti awak selalu buat dengan saya.

tapi awaklah satu-satunya kawan baik saya. yang sentiasa ada menemani saya pagi petang siang dan malam. 

bila awak tak ada, saya jadi pendiam. tiba-tiba suara serak sebab terlalu lama diam tanpa bersuara bergelak ketawa.

dan ini baru hari pertama. betapa tak cerianya hidup saya tanpa awak. cepatlah pulang. saya rindu.

memikirkan awak ke sana nak shopping barang-barang kita (wiu3), saya anggap aje awak balik taiping. tapi kali ini lama sikit.

saya berdoa masa berlalu begitu pantas. tadi awak pesan, keep yourself occupied. saya dah cuba tapi tetap kosong juga rasa.

saya sedih tadi, sampai tak sanggup tengok muka awak betul-betul. baju awak pun saya tak tengok. saya tengok sipi-sipi aje masa dalam kereta.

dan sekarang saya rindu. sangat. cepatlah balik.

Thursday, November 24, 2011

BKK means budak kelam kabut. that's what my dad called me bahaha.

lega. for now. 

berbalik kepada tajuk entri hari neh, aku sebenarnya sayang plate no kereta sekarang daripada sayang kereta. maaf, aku suka kereta aku but i still strongly feel that proton sucks. kalau aku kaya, benda pertama aku tukar is my car, seriously.

masuk tahun ketiga, masalah masih belum dapat diselesaikan. maybe i should create some drama in the media, baru proton boleh kasi improve servis heh. kalau nak story satu persatu kisah aku dan proton, memang boleh buat tah berapa episod agaknya. too much.

by the way, that's not the point of me writing here. tak ada point pun sebenarnya. lebih kepada terasa nak menulis, banyak idea but once i start everything goes blank. 

tahniahlah malaysia menang bola lawan indonesia. tapi aku rasa macam tak fair bila semacam beria sangat keeper kita dipuji. sebab sepanjang aku nonton tu, aku rasa kredit patut diberikan pada player lain juga yang bermati-matian hadang bola dari sampai ke kawasan gol kita. entahlah, nak cakap banyak pun aku ni tak pandai sangat bab bola neh. konklusinya, pasukan kita menang kebanyakkannya kerana nasib. skil masih kurang dan kena perbaiki lagi.

ah sangap cerita tah apa-apa ni. banyak kerja menanti, sedang mempertimbangkan nak cari satu organiser comel. ada siapa-siapa nak hadiahkan? ehem ehemmm.

sebagai penutup kata, makanlah rambutan kerana ia merupakan pelawas yang terbaik eh eh tah apa kaitan. entri merapu sungguh hari ini.

okaylah, nak main saham. bye.

Wednesday, November 23, 2011

butterflies.

i've had my bittersweet parts when i was completing my thesis back then. and now, i'm about to embark my second journey of putting myself higher in terms of education. i'm doing something my dad wanted me to do long ago. i'm doing what my mom wants most, to make her proud. but i'm scared.

tomorrow, is my second meeting with my gonna be supervisor, i hope. but i'm terrified with the fact i'm not so quick like i was before, i'm not that bright; and i am terrified with the thought that people would push me away because i'm a slow learner.

i know negative thinking won't help in this situation, plus i shouldn't be typing in here ('coz i'm supposed to do some readings) but i'm just so scared of tomorrow and the future. but i'm not scared of the possibilities of making more money once i'm done heh so materialistic i am but who can run away from money, tell me.

i'm scared because i feel like i'm not well prepared even though i've read few stuff but still i feel clueless and helpless. in short, i am terrified because i don't know what to expect. i asked but she said just bring whatever. 

arghhhhhh takutttttnyeeeeeeee. may Allah be with me. it is just for one hour, but it feels like forever. may tomorrow is a good day for me. amiiin.

Tuesday, November 22, 2011

high maintenance.

kehidupan memerlukan wang, almost every second of living. baru-baru ini, aku membuat rawatan gigi. lebur jugalah duit dan tempat kerja cuma cover dental rm200 setahun. what the what tidakkah mereka tahu bahawa rawatan gigi menelan kos yang banyak apakah mereka tidak pernah memeriksa kesihatan gigi dan mengetahui rate terkini? tapi tak apa, aku bersyukur sahaja.

okaylah tamau bebel lagi sebab my another half sudah bergelap. tak elok biar beliau tidur seorang ececeh padahal bukan tidur sekatil pun teeheeee.

kalau minggu lalu emosi aku sedikit najis, minggu ini macam banyak pula perkara baik yang berlaku. despite so many stupid comments i received over the weekend, still i'm happy as i know we're gonna work on it to make it happens. to make what i wish to happen. alhamdulillah.

to you, please bear my talks on things i know may suffocate you. i just want it so badly.

Monday, November 14, 2011

da'ie and du'a

aku sungguh tak bersemangat hari ini. terima kasih, wahai pendakwah islam. kau buat aku rasa disgust dengan diri aku sendiri. sungguh berkonflik dalaman yang serius kali ini. sampai menangis tersedu-sedu di tandas selepas memberikan laporan pada timbalan bos. apa sahaja orang boleh katakan di atas emosi aku kali ini, tapi hanya Allah yang tahu apa sebenarnya di dalam hati ini.

Firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Qasas ayat 56).

tiada sesiapa pun di dunia ini yang tidak mahu mengecapi nikmat syurga, dan aku tidak terkecuali. ya Allah, permudahkanlah seperti mana telah Engkau mudahkan buatku selama ini. Amiin.

Friday, November 11, 2011

i feel you.

aku menonton sebuah drama korea sebentar tadi. tengok pun dah hujung. tapi betul-betul kena batang hidung. aku dapat relate dengan cerita tu sekaligus membuatkan aku menangis teresak-esak. satu perkara aku belajar, sabar itu indah.

kalaulah dulu aku lebih bersabar dan menjaga pertuturan dan perbuatan aku. dulu, aku baran. aku masih lagi baran aku rasa, cuma adakalanya aku lebih banyak berdiam diri terutama bila aku sedang marah dan sedikit emosi atau berkecil hati.

sebab aku pernah buat silap dulu. aku tak mahu buat silap yang akan aku sesali sampai mati sekali lagi. cukuplah satu kali itu.

kebelakangan ini aku agak stress tentang suatu perkara. entahlah. tak guna pun aku berkecil hati. dalam hal ini, tiada siapa yang patut dipersalahkan, walaupun diri aku sendiri. aku cuma berdoa agar perkara yang merungsingkan aku ini selesai dengan cepat. kadang bukan aku mahukan sangat perkara itu, cukup jika aku tidak rasa tersisih atau terhegeh-hegeh. 

aku wanita berego tinggi. jadi aku rasa, aku perlu diyakinkan sebab kepantangan aku bila aku terasa seperti aku perigi cari timba. dan orang sekeliling aku tidak membantu sebab di malaysia, perempuan cuma manusia kelas dua. 

entahlah. entri malam ini cumalah luahan hati sayu aku yang tak boleh aku luahkan dengan perkataan. tadi, aku ketawa riang sekali. dan seperti yang dijangka, aku menangis bila keseorangan.

berharap sunyi ini akan berakhir. tapi bila?

Thursday, November 10, 2011

mom's.

i find myself more interested to go back to kampung mama instead of kampung papa. mungkin sebab layanan, dan suasana yang lebih meriah dan seronok. so raya baru neh, sebab dah sangap asyik kena balik rumah nenet je maka kami adik beradik telah pun berpakat sepakat membawa berkat kat kat eh melalut pula. cuma nak cakap, this time we went back to kedah yang pada aku awesome sebab makanan murah, tempat tinggal free *of course la kan dah duduk rumah makcik* dan ada view yang superb.

belakang rumah ada sawah padi terbentang luas. memang seronok, mengujakan mata yang memandang. memang awesommmmeeeee. dah tak payah nak bebel panjang-panjang. jum tengok gambar okayhhh.


 neh otai main batu seremban.

 pakai guli besar ibu jari kaki. memang aku fail loser giler so dok tepi je hewwhewwwwhewww.

 luas wooo bendang nan ijau. bagus untuk si rabun ayam macam aku.

 
 dari rumah boleh nampak sawah. dari sawah boleh nampak rumah eh eh.

 
 motor kayuh. kalau malas pakai bateri. sooo technology nowadays.

yours truly.

nanti dah kahwin, aku memang nak pujuk suami *ehem* berphotoshoot di sini. a must do, ya know. and jumpa tok epon yang comel. gambar tak ada sebab beliau tak tutup aurat hak3.

tahun depan kita cuba balik raya puasa pulak. mesti lagi best makanan lebih meriah, harapnya. letih aku makan ketupat daun palas je sampai kembung huwwwww.

Friday, November 4, 2011

mixed.


we went to klia few days back, just to watch planes. suka. teruja. teringin. rindu. bercampur baur. 

melihat kepada suasana sibuk di airport, melihat airplanes turun dan naik (mostly turun) dan melihat orang yang mahu berlepas pergi - aku teruja dan teringin. suka sekali mahu merasai moment yang sama. merasa ke negara orang, melihat pemandangan. shopping bukanlah satu keutamaan buat aku yang tak suka membeli kerana pasti sedih melihat duit menjadi sedikit heh.

teringin yang sampai kau rasa nak menangis sebab terlalu mahukan sesuatu. pernah rasa?

tapi dalam pada rasa seronok, suka dan teruja - aku terkenangkan sesuatu. i guess i still don't get over my grief. or is it normal to be kept reminded of your father? aku terkenang perbualan aku dengan dia. how he loved australia because he always heard about it from his brother. how he really wanted to go there. how excited he was when he got to go there. how excited he was telling me about it. how excited his photos were. how i miss that enthusiasm and joy. 

i had promised myself upon hearing and seeing how happy he was and how hard he wished to visit australia that i would one day bring him to wherever he wanted to go. now that i miss the chance, i feel a pang in my heart. something you can't describe with words. a disappointment, maybe.

Semoga Allah memurahkan rezeki aku untuk berbuat baik dan berbakti pada mama. supaya nanti bila mama dah tak ada, tidaklah aku terkenang-kenang hajat dia.

aku rasa, if i really get to fly to australia, i would cry. heh such a baby, i am. but i really miss my father. and his memories live in me. forever.

Wednesday, November 2, 2011

terapi ikan gapi pi pi pi.

aku rasa terapi paling baik antara pasangan bila ada masalah adalah dengan meluahkan sesama sendiri. bukan di dunia cyber atau kepada kawan baik. biarlah pasangan nak kata aku mulut lahar, terlalu berterus terang atau cakap tak serupa bikin ke apa ke. aku tak mahu, bila aku pendam sampai satu masa aku meletus. dan yang paling tak baik aku meletus pada orang atau ruang yang salah.

tak apalah aku tak ada kawan; dengan temper yang aku ada aku rasa aku dan rumahtanggaku lebih selamat tanpa kawan hihi.

aku sayang hubungan yang aku ada. memang ada masa aku marah, aku beremosi. siapa yang tidak, kan? tapi kasih itu tetap duduk di tempat yang paling dalam dalam hati. kan?

kan kan kan, makan ikannnnn.... blup blupppp bluppppppp.